Wednesday, February 23 @ 15:52:13 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 23 Feb - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) mendakwa dasar penswastaan air negara akan membawa derita buat rakyat di mana peningkatan perkhidmatan yang dijanji cuma angan�angan kosong sahaja.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shaharim, dalam pada perbincangan mengenai penswastaan sedang diperhalusi, kerajaan Negeri Sembilan bertindak mendahului kerajaan pusat.
Kata Badrul Hisham, kerajaan Negeri Sembilan melalui Menteri Besarnya, Dato' Mohamad Hassan telahpun menjerumuskan rakyat negeri ini ke dalam satu ruang derita baru dengan menswastakan perkhidmatan bekalan air di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan mengenai isu penswastaan air di Negeri Sembilan selepas mendapat maklumat mengenai perjanjian penswastaan air di negeri itu.
Terbaru menurutnya, Sarawak Concrete Industries Bhd (SCIB) melalui Eurologic Sdn Bhd telah diberi hak majoriti (65 peratus pegangan saham) ke atas NS Water Konsortium untuk mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan.
Sementara kerajaan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) hanya diberikan pegangan 10 peratus sahaja.
KeADILan melihat, usaha penswastaan air oleh kerajaan negeri ini juga dibuat secara tergesa�gesa.
Menurut Badrul Hisham, ketika ini kerajaan pusat sudah mengumumkan akan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Span) untuk menyelaraskan sistem pembekalan air seluruh negara.
Bagaimanapun, tindakan kerajaan Negeri Sembilan ini seperti memberikan 'tiket loteri bertuah' kepada agensi swasta yang terlibat.
Bagi KeADILan katanya, masalah besar akan berlaku apabila Span hendak mengambil alih bekalan air negeri�negeri pada masa akan datang.
Tambahnya, sudah tentu kerajaan pusat terpaksa membayar ganti rugi tertentu kepada syarikat yang telah awal diberikan hak penswastaan oleh kerajaan negeri.
"Apakah ini taktik kerajaan BN melalui syarikat swasta (kroni mereka) untuk mengaut untung sambil memijak rakyat yang telah sedia menderita. Pemimpin perlu menjelaskannya,"kata Badrul Hisham.
Mengulas lanjut perjanjian itu Badrul Hisham berkata, dalam syarat penswastaan yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri menyatakan syarikat terbabit diberikan hak konsesi sekurang� kurangnya 30 tahun.
Menurut Badrul Hisham, mengikut perjanjian dalam tempoh 30 tahun pemegang konsesi diberi hak mengkaji semula tarif air negeri tersebut.
Tambahnya, kerajaan negeri juga telah bersetuju bahawa harga air akan naik sebanyak 25 peratus sebaik sahaja operasi pengambilalihan bermula.
Selepas itu, akan ada kenaikan 20 peratus setiap lima tahun sehingga tahun 2026.
Manakala dari tahun 2026 hingga 2034 kenaikan dijadualkan sebanyak 10 peratus setiap lima tahun pada tempoh tersebut.
"Ini bermakna tarif air di Negeri Sembilan bakal mencecah sehingga hampir RM3 per �cubic�.Ini satu kezaliman,"tegas Badrul.
Sambil menyatakan air sebagai anugerah tuhan turun dari langit beliau juga bimbang bahawa penswastaan yang dilakukan bakal memburukkan keadaan malah membebankan rakyat negeri tersebut.
Sehubungan itu, KeADILan dan Barisan Alternatif (BA) Negeri Sembilan dengan serius mendesak untuk kerajaan menarik balik penswastaan tersebut.
"Ini satu pengkhianatan dan penipuan terhadap rakyat. Mohamad Hassan jelas mengkhianati janji membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan masalah rakyat,"katanya. - mks.
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
