Ubah fahaman �jangan tepi kain orang�
Wednesday, March 02 @ 18:27:22 MYT


TANAH MERAH, 2 Mac (Hrkh) - Masyarakat Melayu hari ini khususnya di kampung-kampung hendaklah mengubah kefahaman iaitu 'jangan suka jaga tepi kain orang' kerana ia tidak sesuai di zaman sekarang.

Ketua Penolong Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, (ADK), Zahid Ibrahim berkata, suasana kehidupan masyarakat hari ini sebenarnya memerlukan perhatian semua pihak.

"Kefahaman atau kata-kata yang sering digunakan seperti jangan suka jaga tepi kain orang, perlu dibuang kerana ia tidak sesuai lagi digunakan.

"Tanpa diberi perhatian remaja mudah terjebak dengan gejala sosial seperti dadah," ujarnya. Beliau berkata, melalui cara itu diharap gejala tersebut tidak akan merebak.

Beliau bagaimanapun berharap keluarga remaja yang terlibat dengan gejala dadah hendaklah berlapang dada menerima segala teguran orang lain mengenai perilaku anak-anak mereka.

"Jangan pula bila ada orang mengadu tentang anak kita, kita pula marahkan orang.. aku tahulah jaga anak aku, dan macam-macam lagi," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah kesedaran dadah anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan dan Majlis Daerah Tanah Merah serta ADK Tanah Merah di sini, baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan kepada pengedar-pengedar dadah supaya tidak membina kekayaan di atas keruntuhan institusi keluarga orang lain. "Jangan rosakkan negara dan masyarakat hanya kerana mahu mengaut keuntungan peribadi," katanya. � SMH/mj

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke