Friday, March 04 @ 15:23:11 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Keputusan jemaah kabinet untuk mengambilalih Taman Pertanian Bukit Cerakah di Shah Alam disifatkan sebagai langkah menyelamatkan Menteri besar dan Exco yang terbabit.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, isu sebenar yang perlu diselesaikan kerajaan pusat adalah soal bagaimana kelulusan boleh diberikan kepada pemaju untuk menggondolkan tanah di kawasan terbabit sehingga mengakibatkan perubahan terhadap ekosistemnya.
Sebaliknya, kerajaan dilihat cuba melindungi pihak yang bertanggungjawab memberi kelulusan untuk mengusahakan tanah berhampiran untuk dimajukan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kabinet mengambilalih pengurusan Bukit Cerakah yang dilaporkan terjejas teruk akibat pembangunan kawasan berhampiran.
Bukit Cerakah yang satu ketika dahulu menjadi nadi tarikan pelancong ke negeri Selangor berikutan keindahan taman pertaniannya kini telah musnah ditelan pembangunan tidak terancang.
Mengulas lanjut isu itu Mazlan berkata, dalam hal ini kerajaan negeri melalui Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dan barisan exco kerajaan negeri adalah mereka yang perlu dipertanggungjawabkan.
"Bagaimana mungkin pemaju pembangunan boleh mengerjakan tanah tanpa pengetahuan kerajaan negeri,"tegasnya.
Sambil menyifatkan alasan Khir yang mengatakan tidak tahu menahu mengenai soal pengambilalihan tanah itu sebagai tidak rasional, beliau berkata Khir cuba mengalih kesalahannya kepada pihak lain termasuk pemaju.
Justeru katanya, keputusan kerajaan mengambilalih pengurusan Bukit Cerakah dilihat sebagai bukanlah perkara utama yang perlu dilakukan.
Sebaliknya, kerajaan katanya perlu menyiasat semua pihak termasuk kerajaan negeri, pemaju dan individu berkaitan dalam memastikan mereka yang terbabit diambil tindakan.
"Dalam hal ini, Khir perlu bertanggungjawab.Kegagalan beliau ini dan keputusan kabinet mengambilalih Bukit Cerakah adalah kerana rasa tidak percaya kerajaan terhadap Khir,"kata Mazlan.
Justeru katanya, Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan menyiasat semua yang terbabit di samping menggesa Khir segera meletak jawatan atas kegagalan tersebut.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dato' Dr Salleh Mohd Nor menyokong langkah kerajaan mengambilalih kawasan tersebut.
Katanya, pengambilalihan kawasan seluas 886 hektar itu bakal menjadikan taman itu lebih terurus dan terpelihara.
�Cadangan Kerajaan Pusat kena pada masanya dan MNS berharap pengambilalihan itu disegerakan untuk menjamin kelestarian kawasan itu.
�Kita tidak mahu ada lagi penebangan hutan dan penerokaan tanah secara berleluasa tanpa pemantauan yang kurang berkesan daripada kerajaan negeri,� katanya semalam.
Laporan akhbar hari ini menyebut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata, beliau khuatir apabila Bukit Cerakah dibangunkan sebagai kawasan perumahan atau pembangunan lain, ia akan memberi kesan kepada taman pertanian itu pada masa depan.
Katanya, pada masa ini pun rakyat sudah boleh melihat kerja membersihkan kawasan itu memberi kesan kepada taman pertanian itu.
Malah, katanya, kajian terperinci Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang menguruskan taman itu mendapati berlaku kerosakan kepada pokok, tanaman ditenggelami air dan memberi kesan ekologi kepada kawasan itu.
"Sehubungan itu, saya berpendapat kerajaan negeri perlu menyediakan perunding bebas untuk mengkaji kesan pembangunan di kawasan itu. Kos kajian mungkin boleh ditanggung oleh pemaju,� katanya dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ditanya mengenai langkah yang bakal diambil kementerian itu selepas Kerajaan Selangor membuat keputusan mengenai permintaan Kabinet supaya taman pertanian itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Kelmarin, Kabinet mahu Kerajaan Selangor menyerahkan kawasan seluas 886 hektar yang menjadi Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam di Bukit Cerakah, Shah Alam, kepada Kerajaan Persekutuan untuk diwartakan sebagai Taman Botani Negara. - mks.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
