Friday, March 04 @ 14:51:18 MYT
TEMERLOH, 4 Mac (Hrkh) - Pengguna kesal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak mengumumkan kenaikan harga beras di pasaran sejak seminggu lalu.
Mereka mendakwa kenaikan harga �barang kawalan� secara senyap-senyap tidak seharus berlaku. Ia wajar diumumkan kementerian terbabit melalui hebahan media bukanya dinaikan secara senyap-senyap sebagaimana sudah berlaku. Difahamkan kenaikan harga beras 10 sen sekilogram sejak seminggu lalu mengejutkan pengguna kerana ia dianggap tinggi. Ini bermakna setiap kampit 5 kilogram beras kenaikanya sebanyak 50 sen manakala setiap kampit beras 10 kilogram kenaikanya ialah RM1.
Ini bermakna jika sekampit 5 kilogram beras dahulu di jual pada harga RM8.50 kini ia dijual dengan harga RM9.00 manakala bagi kampit 10 kilogram dahulu dijual dengan harga RM17.00 kini dijual dengan RM18.00.
Suri rumah, Hajar Abdullah 31, berkata beliau terkejut apabila terpaksa membayar lebih RM1 daripada harga biasa bagi beras 10 kilogram yang dibelinya dan peniaga mendakwa harga sudah naik.
�Biasanya kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang melalui media tetapi kali ini ia buat secara senyap-senyap,� katanya.
Kenaikan harga beras ini berlaku sebelum kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Diesel sebanyak 5 sen seliter berkuasa kuasa semalam, 3 Mac.
Spekulasi kenaikan harga barang keperluan akan berlaku berikutan kenaikan harga diesel pasti akan berlaku.
�Jika beras sudah naik harga sebelum kenaikan diesel diumumkan apa yang boleh menghalang akan berlaku lagi kenaikan harga bahan makanan utama itu dalam masa terdekat ini,� ujar seorang pengguna.
Ini kerana diesel adalah bahan api utama yang diguna di dalam industri pengangkutan dan pertanian khususnya untuk menggerakkan jentera berat.
Walaupun kenaikan 10 sen setiap kilogram beras didakwa kecil oleh sesetengah pihak, tetapi bagi peniaga dan peruncit ia melibatkan kos yang besar dan mereka akan turut menaikkan harga jualan kepada pengguna untuk mengekalkan keuntungan.
�Kita terpaksa menaikkan harga runcit beras kerana harga yang ditawar pemborong sudah dinaikkan,� kata seorang peruncit beras di jalan Ahmad Shah 1, sekat sini.
- BAW/zs
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
