Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PAS
SATU TUMPUAN

ROSLAN SMS
 
Mukatamar Tahunan PAS Pusat dijangka diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 1hb Jun nanti. Pada kali ini mukatamar akan memilih pucuk pimpinan PAS diperingkat pusat untuk tempoh satu penggal. Ianya merupakan proses pemilihan pertama setelah PAS mengalami kekalahan di dalam pilihanraya umum ke 11 lalu.



Masing-masing cawangan dan kawasan PAS diseluruh negara sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing. Menurut perlembagaan PAS kawasan akan mencalonkan nama-nama untuk pemilihan diperingkat Pusat. Dan sudah pastilah proses ini sedang diikuti dengan penuh tekun dan teliti oleh kalangan ahli-ahli PAS seluruh negara. Contohya PAS Kawasan Kapar antara yang awal telah selesai Mesyuarat Agung Tahunannya dan telah mencalonkan Dato' Dr Haron Din sebagai calon Timbalan Presiden.

Namun memandangkan PAS merupakan sebuah parti yang telah memain peranan besar dalam lanskap politik negara sejak dari pilihanraya umum Persekutuan 1955 sebelum merdeka lagi maka sudah pasti sebarang perkembangan mengenainya turut diberi perhatian oleh semua pihak termasuk dari kawan dan lawan di luar lingkungan PAS sendiri. Kerana itulah sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar tempatan dan laman-laman web tidak henti-henti menerbitkan pelbagai spekulasi dan bacaan berkenaan proses pemilihan ini.

Pastinya pemilihan di dalam PAS bukan sebagaimana pemilihan dalam Umno. Dalam PAS walaupun ada pencalonan dan pertandingan sebagaimana Umno namun tidak pernah ada larangan pertandingan untuk mana-mana jawatan. Contohnya gesaan agar jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan demi kononnya perpaduan parti tidak pernah berlaku dalam PAS.
Dan yang lebih ketara lagi tidak berbangkit politik wang dalam pemilihan PAS kerana jawatan di dalam PAS tidak pernah menjanjikan kemewahan dan kesenangan melainkan dugaan, cabaran dan tekanan yang tidak pernah kunjung padam.

Di dalam PAS tidak ada beza peluang bagi ahli yang baru ataupun yang lama. Syaratnya adalah keikhlasan dan kejujuran untk berjuang yang dinilai dan dijadikan kriteria oleh para perwakilan. Menurut sejarah contohnya Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi yang baru dijemput menyertai PAS telah terus dipilih dalam muktamar untuk menjadi Yang Dipertua Agung PAS (ketika itu) walaupun baru beberapa ketika menjadi ahli. Demikian juga contohnya Datuk Kamaruddin Jaafar bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS sebelum pilihnaraya 1999 telah dipilih menjadi AJK PAS Pusat dan seterusnya menjadi calon dan menang di Parlimen Tumpat sehingga hari ini.

Ringkasnya pemilihan pucuk pimpinan dalam PAS memang meriah namun tidak pernah membabitkan gelanggang yang berat sebelah, perlakuan tidak bermoral ataupun kem-kem politik. Setelah muktamar lazimnya yang menang dan yang kalah akan bertaut kembali dan mementingkan perpaduan parti dan jemaah di atas segala-galanya. Itulah beza PAS dengan yang lain-lain dan itulah insyallah hendaknya sampai bila-bila. [EMAIL PROTECTED]
 

posted by Roslan SMS 12:01 PM

* * * * * * * * *

MEMPERKUKUHKAN INSTITUSI PARLIMEN
SATU KEWAJIBAN

ROSLAN SMS
 
Ahli-ahli Parlimen dari BN ataupun BBC Parlimen sedang bermukim selama 3 hari berakhir hari ini, bukannya di kawasan perkampungan tetapi di resort lima bintang Nexus Karambunai di Kota Kinabalu, Sabah.



Pastilah banyak isu yang mahu dibincang dan dibahaskan sesama ahli Parlimen BN tambahan setelah setahun diberi mandat oleh rakyat. Rakyat diluar menunggu dan menagih pelbagai janji manis yang ditaburkan semasa kempen pilihanraya termasuklah mahu membawa pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Terengganu umpamanya!

Apa yang menarik dari permukiman 5 bintang ini adalah kenyataan Pengerusi Kelab Shahrir Abdul Samad yang juga ahli parlimen Johor Bharu. Di dalam ucapannya Shahrir telah mencadangkan agar status dan kedudukan Parlimen Malaysia diletakkan setanding dengan badan eksekutif dan badan kehakiman. THE STAR melaporkan:

Parliament should be an independent institution Shahrir said adding that the move would enable government officers to be seconded there to serve as assistants to MPs.

Kata Shahrir Parlimen sepatutnya menjadi sebuah badab bebas dan kakitangan kerajaan sepatutnya dibekalkan untuk bertindak sebagai pembantu kepada ahli-ahli Parlimen.

Memang wajar sangat setelah hampir 48 tahun merdeka dengan usia parlimen mencecah 11 penggal perkara ini perlu diberikan perhatian serius. Ahli-ahli parlimen perlu dilengkap dan dibekalkan dengan pelbagai bantuan dan sokongan agar tugas dan tanggungjawab mereka dapat dilaksanakan dengan baik, sempurna dan profesional.

Yang paling utama kerajaan perlu mengiktiraf dan meletakkan institusi Parlimen ini benar-benar sebagai sebuah badan bebas yang berada terus di bawah Yang Dipertuan Agung. Ia perlu memiliki peruntukkan kewangannya sendiri dan disokong dengan kakitangan dan petugasnya sendiri dan tidak lagi diletakkan di bawah mana-mana kementerian ataupun jabatan.

Masing-masing ahli parlimen sepatutnya diberikan pejabat yang lengkap di bangunan Parlimen dan di kawasan masing-masing. Mereka juga perlu disediakan dengan kakitangan yang berpendapatan tetap dan berpencen untuk membantu tugas mereka disamping melakukan kerja-kerja sokongan dan penyelidikan.

Setiap ahli parlimen wajar diberikan peruntukkan tahunan tidak kira dari mana parti kerana status mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat. Peruntukkan ini harus mereka gunakan untuk membantu dan membangunkan kawasan masing-masing.

Selagi pembaharuan seumpama ini tidak diberi perhatian serius maka selagi itulah jangan berangan-angan mendabik dada sebagai negara maju dunia pertama kerana kita sebearnya tidak banyak berbeza dengan negara dunia ketiga yang lain termasuklah Zimbabwe, Myanmar, Kemboja dan lain-lain. [EMAIL PROTECTED]
 

posted by Roslan SMS 11:28 AM


Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday!
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke