Sunday, March 06 @ 16:22:43 MYT
KUALA TERENGGANU, 6 Mac (Hrkh) � PAS Terengganu tidak terkejut dengan sikap Ketua Penerangan Umno negeri, Ahmad Shabery Cheek yang telah membatalkan debat terbuka cukai pintu dengan PAS.
Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Yahaya Ali berkata dari awal lagi beliau sudah menjangkakan Umno akan mencari apa sahaja alasan untuk membatalkan debat tersebut walaupun atas alasan teknikal sebagaimana pengalaman dan sejarah debat PAS-Umno pada masa yang lalu.
Beliau berkata, adalah tidak munasabah sama sekali Shabery membuat kenyataan debat itu dibatalkan tanpa berunding dengan PAS terlebih dahulu.
Tambahnya, ini bermakna pembatalan itu adalah dari satu pihak dan menggambarkan sikap dan peribadi beliau yang tidak serius dan mengambil sikap sambil lewa sahaja dalam isu besar seumpama ini.
�Nampaknya dia (Shabery) membuat keputusan sendiri, padahal dialah yang mula-mula membuat cabaran, kemudian setelah dihubungi sanggup untuk bersemuka dan berbincang dengan PAS tapi akhirnya dia sendiri pula yang membatalkan debat cukai pintu itu,� ujarnya ketika ditemui di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.
Beliau juga mempersoalkan apa lagi yang dikehendaki oleh Umno kerana PAS telah memberi respons berhubung dengan surat yang ditetapkan oleh Umno untuk dijawab pada 27 Februari yang lalu dan telahpun diterima oleh wakil Umno di pejabat perhubungan Umno negeri.
�Tetapi dengan biadap telah dikembalikan semula selepas itu semata-mata kerana lewat sedikit pada masa yang ditetapkan. Apa hak Umno untuk menetapkan semua ini. Kita tidak pernah berbincang dan bersetuju dengan 'deadline' ini. Itupun kita masih bertolak ansur,� ujarnya.
Katanya, Umno khususnya Shabery bukanlah jenis pihak yang berjiwa besar dan dia lebih berminat membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar walaupun telah beberapa kali dihubungi oleh pihak PAS untuk berunding bagi menyelesaikan beberapa perkara dasar sebelum debat ini diadakan, tetapi tidak pernah hadir walau sekalipun.
Menurutnya, sikap berdolak dalik dan tidak berminat untuk mengadakan debat jelas terbukti apabila dia hanya menghantar setiausaha dan setiausaha kerja bironya sahaja untuk berunding sedangkan kedua-duanya tidak boleh membuat keputusan sebagaimana yang berlaku dalam pertemuan kali pertama pada 12 Januari lalu.
Sedangkan, kata Yahaya, beliau sendiri dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili anggota harian parti turun sendiri pada pertemuan pada 12 Januari dan 6 Februari yang lalu.
�Ini menggambarkan betapa rendahnya Umno dan Shabery dalam soal adab dan protokol perbincangan dan boleh jadi juga program ini tidak mendapat restu dari bosnya sendiri sebagaimana kenyataan Idris Jusoh dalam sidang akhbar sebelum ini yang mengatakan perkara debat ini adalah urusan Shabery dan inisiatifnya sendiri,� ujarnya.
Beliau berkata, sebenarnya tidak ada apa-apa perbincangan dengan wakil Shabery yang tidak boleh membuat keputusan pada 6 Februari yang lalu sebagaimana yang digembarkan-gemburkannya dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari lalu.
Beliau berkata, sekiranya Umno benar-benar jujur untuk berdebat dalam isu cukai pintu itu, sepatutnya surat balasan dari PAS pada 27 Februari sebagai pandangan balas cadangan dari Umno atau Shabery boleh dijadikan asas untuk berunding dan seterusnya berusaha menyelesaikan apa saja perbezaan pendapat bagi menjayakan debat ini.
�Adalah tidak munasabah kita tidak boleh bertolak ansur bagi memberi keutamaan kepada kepentingan yang lebih besar iaitu kepentingan rakyat dalam menjayakan isu besar seumpama ini,� ujarnya. - ayu/mns
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
