RENUNGKAN  ...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
 kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula
    ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
  setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah
 sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
                             mengingatimu....

   Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
  takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia
                        masih boleh digunakan lagi.

  Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya. Janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
 anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
  mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
 Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
                          hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, dan cuba mencari makanan
yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan
             kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

 Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti
  membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
    berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar
  kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik
                                orang lain.

                     Kamu juga yang akan menyesal.....






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke