> From: "isa hamzah" > Sent: Friday, February 18, 2005 9:59 AM > Subject: Catatan Wakil ISMA ke Acheh > > > > Tsunami; Cacatan Ringkas Perjalanan Tim ISMA Ke Acheh > > Oleh : Ust. Lah Zaik > > > > Tsunami satu istilah dalam bahasa Jepun bermaksud > ombak besar yang disebabkan oleh gegaran gempa bumi > bawah laut. Pada 26 september 2004 lebih kurang jam > 8.30 pagi waktu Acheh satu gegaran besar berlaku pada > jarak 146 kilo meter ke utara laut Sumatera sekuat 9.8 > skala richter. Ia telah menyebabkan gelombang tsunami > dan melanggar kawasan pantai 11 negara termasuk > Malaysia. Dilaporkan lebih dua ratus ribu manusia > terbunuh dan jutaan yang lain kehilangan tempat > tinggal atau terjejas. Berputar dalam pemikiran setiap > orang yang beriman persoalan, apa yang berlaku ini > adakah satu hukuman tuhan atau bencana alam? > > > > Wakil ISMA berpeluang untuk melihat sendiri kesan > kejadian ini dengan lebih dekat. Satu rombongan yang > diketuai oleh Tim. Presiden telah dihantar dua minggu > selepas kejadian. Distinasi yang dipilih oleh ISMA > ialah Acheh. Pada 11 Jan. 2005 rombongan bertolak dari > KL ke Medan. Perjalanan dari KL ke Medan hanya > mengambil masa 45 minit. Kami berehat sebentar di > Posko PKPU di Medan sementara menunggu penerbangan > dari Medan ke Acheh yang dijadualkan pada pukul 12.20 > tengahari. Tetapi oleh kerana keadaan di bandara Medan > sangat sibuk dengan pesawat yang keluar masuk > menghantar bantuan, maka perjalanan kami lewat > beberapa jam dan hanya dapat bertolak ke Banda Acheh > pada jam 6 pm. Kami tiba di Banda Acheh sekitar jam 7 > pm. > > > > Kami disambut oleh orang PKPU di sana. "sabar dulu > pak, esok kita lihat", jawapan Pak Safwan kepada kami > apabila dihujani oleh berbagai persoalan dari anggota > rombongan yang tidak sabar lagi ingin mengetahui > keadaan sebenar. Oleh kerana kami sampai pada waktu > sore tak banyak yang dapat kami lihat dalam perjalanan > ke rumah tempat kami menginap di Lambaru lebih kurang > 9 kilometer dari banda Acheh. Pada malam itu kami > hanya dapat dengar cerita, tanyangan CD selepas dijamu > dengan makan malam lauk burung puyuh goreng. > > > > Pada keesokan harinya sebagaimana yang dijanjikan, > kami kelokasi -ikut istilah orang sana. Kami di bawa > melihat Banda Acheh, Ulee Lhee dan Lhok Nga. Disamping > menyaksikan dan merakam gambaran sebenar kami juga > menemuramah mangsa tragedi yang menyayat hati itu. > Memang benar seperti dikata lebih 80 % kawasan yang > dilanda Tsunami musnah sama sekali. Ombak deras > melanggar dan meruntuhkan segala yang berada didaratan > sejauh 5 kilo meter dengan kelajuan 700 km sejam. Pada > fikiran mereka yang terlibat itu adalah kiamat seperti > yang digambarkan oleh Al Quran dan hadis. > "Nafsi-nafsi" ya nak ! ini kiamat, masing masing > menyelamatkan diri, ayah tidak dapat menyelamatkan > anak dan anak tidak dapat menyelamatkan ayah, dunia > sudah kiamat" kata mereka sewaktu menceritakan apa > (keadaan) yang terbayang dalam fikiran mereka waktu > kejadian. > > > > Waktu kami tiba, lebih kurang dua minggu selepas > kejadian keadaan masih tidak banyak berubah. Kami > melihat kawasan yang dahulunya sebuah bandar atau > kampung yang penuh dengan (ratusan bahkan ribuan) > bangunan, rumah kedai dan penginapan, kini rata > kebumi. Sisa-sia bangunan batu bertimbun-timbun dalam > bentuk serpihan batu-batan yang kecil. Pohon-pohon > yang tumbang dan diding-diding rumah kayu yang > dihayutkan membentuk timbunan sampah yang menutupi > jalan dan padang. Kenderaan berat seperti lori minyak, > jentolak dan tenggiling apa lagi kereta-kereta hanyut > kesawah. Bahkan kapal besar dan bot-bot ditemui empat > kilo meter kedarat. Masih banyak mayat yang belum > dialihkan, dengan mudah kami dapat jumpa mayat -mayat > yang masit terapong dalam longkang, mereka yang > terperangkap dibawah runtuhan bangunan belum diusik, > jalan-jalan ke tempat bencana belum banyak dibuka > menyebabkan bantuan belum boleh dihantar. Penempatan > mangsa-mangsa yang masih hidup belum selesai > diselenggarakan, bantuan belum terselaras dengan baik > dan masih bertimbun distor-stor, belum dapat diagihkan > kerana masalah pangangkutan dan tenaga relawan yang > sangat berkurangan. Keadaan di khemah-khemah sangat > daif dimana satu khemah kadang-kadang memuatkan sampai > ratusan orang dalam keadaan bercampur lelaki > perempuan, kanak-kanak dan orang tua. Malangnya juga > mereka yang datang membantu semuanya dari luar Acheh. > > > > Tidak sempurna rasanya lawatan kami kalau tidak ke > Meulaboh dan kawasan-kawasan pantai barat Acheh. Kami > berikhtiar untuk kesana. Dengan doa dan solat hajat > Allah kabulkan permohonan kami. Pada hari Sabtu, dua > hari sebelum kami dijadual berangkat pulang, kami ke > Meulaboh menaiki helikopter TUDM. Kami sempat merakam > kemusnahan yang melanda kawasan sepanjang pantai ke > Meulaboh melalui udara. Dalam perjalanan yang memakan > masa 50 minit-waktu pesawat- kami juga dapat > menyaksikan kebenaran yang diceritakan bagaimana > masjid-masjid masih utuh walaupun kawasan sekitarnya > sudah licin bersih. Subhanallah, itu satu keajaiban. > > > > Perjalanan biasa melalui jalan darat ke Meulaboh > memakan masa 5-6 jam, tetapi oleh kerana semua > jambatan rosak dan jalan terputus kami tidak dapat > kesana melaui jalan darat. Bantuan yang dihantar > kekawasan-kawasan sepanjang pantai tersebut hanya > boleh dibuat melalui udara atau perjalanan darat > melalui Medan yang memakan masa lebih 24 jam. Kami > rasa gembira kerana bantuan yang kami bawa telah > membantu dalam penghantaran sukarelawan dan bekalan ke > Sigli, Lhok Semawe dan Meulaboh. Kawasan yang dianggap > sangat memerlukan bantuan pada waktu itu. Sewaktu ke > Meulaboh kami menyaksikan berpuluh puluh jenis pesawat > dari berbagai negara asing sibuk menghantar bantuan > termasuk dari Malaysia. Kami sempat berkenalan dengan > Kept. M.Sabri pilot Helikopter TUDM yang menceritakan > kekesalannya terhadap kegagalan media Malaysia > melaporkan gambaran aktiviti bantuan oleh rakyat > Malaysia ke Acheh. Menurut kept. Itu lagi mubaligh > keristian dan budha dah masuk, mana NGO Islam ?? > tanyanya, mempersoal kegagalan pertubuhan Islam untuk > memainkan peranan membantu mangsa Tsunami. "Kami tak > mahu Amerika , kami mahu bantuan dari Malaysia", "kami > perlukan tudung dan Quran" , ajuk kept. Sabri > menceritakan bagaimana orang Acheh mengharapkan > bantuan orang Islam dari Malaysia dan menolak bantuan > dari orang kafir. > > > > Lawatan kami mengambil masa seminggu. Kami dijadualkan > balik pada 17 Jan. Pada malam 16 Jan. kami bertolak ke > Medan melalui jalan darat kerana gagal mendapat tiket > pesawat yang sentiasa penuh. Hanya dua penerbangan > sahaja yang berulang alik dari Medan ke Banda Acheh > iaitu Jantayu dan Garuda. Di sepanjang perjajalanan > kami sempat singgah sekejap di kawasan-kawasan yang > terjejas di sepanjang pantai timur Acheh seperti Sig > li, Lhok semawe dan lain-lain. > > > > Sewaktu di Acheh kami bertemu dengan banyak delegasi > penghantaran bantuan dari Malaysia seperti Yayasan > amal, JIM, Haluan dan terserempak juga dengan 'team' > jejak rasul di Ulee Lhee. Hari tu hari jumaat dan kami > bersolat jumaat di masjib Baitu arrahman yang masyhor > itu dan sempat mendengar ucapan wapres Yusuf Kalla > yang datang untuk apucara penyerahan bantuan oleh > penderma asing. Oleh kerana kami sudah menyerahkan > bantuan kepada PKPU, maka tak dapatlah kami berikannya > kepada Yusuf Kalla. > > > > Perjalanan darat dari Banda Acheh ke Medan memakan > masa 14 jam menaiki mobel yang disewa khas. Anda boleh > bayangkan bagaimana kami menamatkan perjalanan yang > panjang tersebut dalam keadaan sebahagian besar > daripada kami telah pun cirit birit, muntah-muntah dan > pening-pening. Jumlah kami termasuk drebar ialah 7 > orang, kerusi belakang mobel Kijang pula hanya boleh > memuatkan 3 orang bersesak dibaris pertama dan 2 orang > lagi bersumbat ditempat letak barang. Jadi > terpaksalah bergilir-gilir tempat kedepan dan > kebelakang. Tambahan pula anggota rombongan kami gedek > gedek belaka. Waktu turun dari rumah niatnya nak jadi > relawan, tetapi sampai disana bila tengok saiz dan > usia berbanding relawan disana nampaknya tak lulus. > Apa lagi lagak relawan kita gaya dan caranya macam > menteri. Mujurlah kita ada seorang doktor, dapat juga > beri sumbangan perubatan di khemah-khemah pengunsi > yang dilawati. Anda boleh lihat visual lawatan kami > dengan membeli CD lawatan ke Acheh ISMA. > > > > Setelah melihat sendiri apa yang berlaku kami buat > kesimpulan bahawa tsunami adalah bukti kekuasaan > tuhan, dan amaran kepada manusia yang alpa bahawa > kiamat adalah suatu yang yang bakal terjadi. Tidak > sukar bagi Allah untuk melakukannya. Tidak dapat > digambarkan kekuatan ombak yang mengahancurkan ribuan > bangunan kongkrit hingga rata ketanah, ada banguan > yang terangkat hanyut ketempat lain dan kebanyakan > mayat yang dijumpai dalam keadaan tertanggal pakaian > mereka. "Allah akbar, Allah akbar saya berdoa bencana > ini tidak kena lagi kepada umat nabi Muhammad" kata > seorang mangsa semasa menceritakan detik-detik > berlakunya gempa dan Tsunami kepada kami. >
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
