-----Original Message-----
From: m_mjj [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, March 16, 2005 7:18 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: [terjemahan_alquran] SURAH AL-BAQARAH (Ayat 273 ~ 276)





Terjemahan Al-Quran ini dihantar secara PERCUMA kepada ahli dari
masa kesemasa bermula dari surah pertama (Al-Fatihah) hingga ke
Surah 114 (An-Naas). Untuk menjadi ahli sila hantar email kepada :
[EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SURAH AL-BAQARAH (Ayat 273 ~ 276)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[273] (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin 
yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau 
berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya 
mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu 
disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana 
mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka 
dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak 
meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), 
apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya 
Allah sentiasa Mengetahuinya. 

[274] Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada 
waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka 
beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari 
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka 
pula tidak akan berdukacita.

[275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat 
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk 
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang 
demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya 
berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah 
menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu 
sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari 
Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang 
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi 
haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang 
mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah 
ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. 

[276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan 
mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang 
dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka 
kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu 
melakukan dosa. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semuga ia memberi manafaat bagi mereka yang membaca dan memahaminya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila forwardkan semuga penerimanya mendapat menafaat & petunjuk.
Untuk melanggan : [EMAIL PROTECTED]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




 

Yahoo! Groups Links



 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke