----- Original Message -----
Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:09
PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] ICM-Malaysia
lebih memerlukabn pendekatan beradab
ICM-Malaysia lebih memerlukabn pendekatan beradab
Assalamualaikum, Harap semua cerdik pandai Islam lebih
sensitif dengan apa yang berlaku di Malaysia. Tindakan yang proaktif dari
kita semua diperlukan dalam memantau gerakan-gerakan pihak liberal dari
terus berleluasa. Tindakan ini perlu demi menjamin generasi yang baru berada
dalam persekitaran yang harmoni berasaskan konsep tauhid. Sekiranya dibiarkan
berleluasa gerakan-gerakan ini akan menjalar seperti 'api dalam sekam'
seterusnya ditakuti pandangan mereka akan menjadi dokongan generasi muda. Mungkin
tlh ramai yg maklum tentang pri pentingnya isu ini... walau apapun disertakan
pandangan ABIM berkenaan isu ICM:-ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
mengalu-alukan ketegasan pemerintah untuk menangguhkan penubuhan Inter-Faith
Commission of Malaysia (ICM). Dengan ini juga, ABIM mendesak agar pemerintah
tidak cuma menangguhkan penubuhan ICM, bahkan menolak terus cadangan tersebut
dari dipertimbangkan di mana-mana peringkat sama ada di peringkat Parlimen
mahupun di peringkat Kerajaan.
Sehubungan ini, ABIM juga mengharapkan agar pemerintah tidak tunduk
dengan desakan, cadangan dan anjuran beberapa pihak yang tidakpun mewakili
sebahagian besar masyarakat Malaysia yang berjumlah 25 juta orang, untuk
meneruskan penubuhan ICM. Tuntutan penolakan kepada ICM yang terdiri dari
berbagai NGO dan masyarakat Islam tempoh hari menunjukkan keprihatinan
mereka tentang usaha-usaha yang hendak dilakukan oleh segelintir kelompok
ke arah konflik yang berpanjangan.
ABIM juga menyeru masyarakat beragama di Malaysia agar menyuarakan bantahan
secara lebih lantang kerana apa yang dicadangkan oleh segelintir pendokong
ICM itu menyentuh isu asas mengenai kewujudan negara ini. Mereka ini perlu
diperingatkan dengan sejumlah butiran terperinci mengenai Kontrak Sosial
yang telah disepakati oleh kesemua masyarakat utama di negara ini sebagai
asas mencapai kemerdekaan pada 1957. Kontrak sosial ini ternyata memberi
formula yang baik bagi menjamin keharmonian sesebuah negara. Kalaupun ada
kekurangannya bukanlah dengan cara merungkai seluruh ikatan perpaduan yang
telah dikecapi.
Yang amat menyedihkan, ABIM difahamkan bahawa persidangan untuk menubuhkan
ICM tersebut turut menjadi medan mengkritik dan meremehkan agama dan masyarakat
Islam di Malaysia. Sikap yang diambil oleh persidangan ini amatlah tidak
wajar. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia harus diperingatkan bahawa
kebebasan tanpa batas, termasuk untuk menghina dan menghasut sesiapa sahaja,
lebih-lebih lagi yang menyentuh hak-hak yang sedia ada, akan hanya mengundang
tindakbalas yang tidak kurang bezanya. Di dalam persidangan tersebut juga,
difahamkan bahawa beberapa peruntukan yang jelas dan khusus di dalam Perlembagaan
telah dinafikan secara terang-terang. Ini sekaligus memperlihatkan sikap
ketidaktelusan (not transparent) dan ketidakjujuran (dishonesty) para pendokong
ICM ini. Mengapakah Islam dijadikan fokus dalam tuntutan penubuhan ini
?
Dengan ini ABIM mengajak semua pihak agar tidak mengambil kesempatan
kepada kelunakan sikap pemerintah untuk menjuarai kehidupan a la Barat
yang sarat dengan ethos, sistem nilai, pandangan hidup (worldview) yang
tidak langsung mengakar kepada budaya teras masyarakat Malaysia. Sistem
nilai a la Barat yang begitu fanatik dengan kebebasan mutlak tanpa batas
moral ini, telah terbukti meruntuhkan sistem nilai, kehidupan berkeluarga
dan bermasyarakat di negara-negara mereka masing-masing.
Tidak perlulah segelintir masyarakat kita merasa terlalu hina dan rendah
diri, sekiranya masyarakat Malaysia memilih untuk tidak mengikuti pengalaman
kebebasan a la Barat ini. Tidak perlulah kita mengikuti denai-denai yang
telah dirintis Barat hanya sekadar untuk menonjolkan bahawa kita sedang
mengikuti kemajuan dan peredaran zaman, sedangkan kita mempunyai cara-kaedah
kita sendiri untuk membina masyarakat Malaysia yang beradab. Malah mereka
juga telah membuktikan tindakan-tindakan seperti diskriminasi kepada minoriti
umat Islam di negara mereka. Sepatutnya di negara merekalah wajar dicadangkan
penubuhan Interfaith Commission ini.
ABIM juga merasakan bahawa cadangan penubuhan ICM ini akan menyebabkan
jurang hubungan antara pelbagai kaum, bangsa dan agama akan bertambah melebar
dan keharmonian negara akan terjejas. Sedangkan negara mempunyai banyak
isu-isu lain untuk ditangani bagi mengukuhkan asas moral masyarakat beragama.
Apa yang diperlukan ialah meningkatkan jalinan hubungan di antara penganut
pelbagai agama untuk menghayati, memahami dan menghormati perbezaan masing-masing.
Oleh itu, dialog diantara pemimpin agama wajar di Jadikan agenda bagi membolehkan
persefahaman dan perpaduan dapat dijalinkan seutuhnya.
Kenyataan beberapa pihak bahawa kesemua agama juga perlu disamaratakan
hanya kerana ingin menonjolkan keterbukaan sikap masyarakat Malaysia adalah
sikap yang tidak bertanggungjawab kerana umumnya, kita telah sedia maklum
bahawa setiap penganut agama telah memilih sesuatu agama di atas kepercayaan,
kerelaan, kehendak dan ilmu masing-masing. Tidak timbul keperluan untuk
menyamaratakan mana-mana agama. Dan menghormati dan toleransi diantara
agama-agama ini adalah suatu budaya yang jelas dalam kehidupan bermasyarakat
dalam negara ini.
Untuk isu-isu tertentu khususnya isu yang bersangkutan dengan sentimen
dan rasional keagamaan seperti isu murtad, ABIM merasakan bahawa penganut
Islam, sama ada di peringkat rakyat jelata, pemimpin atau menteri, harus
membuat keputusan untuk berbeza pendirian (draw the line). Bersikap terbuka
tidak membawa makna bahawa mana-mana manusia yang tidak berkepentingan
dibolehkan dan dihalalkan mencerobohi dan merubah ajaran-ajaran asasi mana-mana
agama! Tindakan campur tangan sebegini wajib ditolak, bukan sahaja oleh
pemerintah, malah oleh sekalian rakyat jelata, khususnya masyarakat beragama
di Malaysia.
Yang menjadi isu di sini ialah masyarakat Malaysia yang telah lama menerima
persepakatan untuk menjadi warganegara Malaysia, juga telah menerima hakikat
bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia manakala agama-agama
lain bebas dipraktikkan di dalam batas sempadan negara ini. Mana-mana usaha
untuk meremeh dan menafikan fakta dan hakikat sejarah ini pastinya mengundang
kontroversi dan bantahan. ABIM merasakan adalah tidak bijak untuk kita
merungkaikan kesemua atau sebahagian dari mana-mana butiran Kontrak Sosial
yang telah disepakati ini yang telah hampir 50 tahun membina masyarakat
Malaysia.
Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Kuala Lumpur, MALAYSIA
3 Mac 2005
Wassalam,
Haslinda-Notts
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned
or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish
to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com
to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED]
with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned
or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish
to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com
to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED]
with the title "change to daily digest".