|
minta maaf...kenyataan di atas saya forwardkan
tanpa usul periksa dan berkemungkinan hanya fitnah..harap maklum.
sekian terima kasih
----- Original Message -----
Sent: Thursday, March 17, 2005 2:39
PM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Sosej
usus babi
JENAMA SOSEJ CAMPUR USUS BABI IALAH MULLER, AZMY,
SAUDI, PRIMA...DISAHKAN OLEH PPIM. TOLONG SEBARKAN KEPADA MUSLIMIN DAN
MUSLIMAT
TQ
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:14
PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Sosej
usus babi
Edisi Nasional: Sosej usus babi
Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin [EMAIL PROTECTED] SELAYANG: Pihak berkuasa membongkar kegiatan sebuah kilang
memproses daging sosej yang dikesan menggunakan usus haiwan disyaki babi
sebagai sarung sosej.
Kilang berkenaan turut didapati
menggunakan logo halal palsu pelbagai jabatan agama pada bungkusan
produknya.
Sosej yang dikeluarkan syarikat pengilang bukan Bumiputera
itu diedar secara meluas ke beberapa pusat beli-belah terkemuka tanpa
disedari pengguna Islam.
Hasil siasatan mendapati pemilik kilang
terbabit turut membekalkan hampir 4,000 sosej setiap hari kepada restoran di
sebuah pasar raya terkenal di Damansara.
Kegiatan itu didedahkan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapati kilang yang
membekalkan sarung sosej berkenaan syarikat sama yang turut memproses produk
berasaskan daging babi.
Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat
Noordin, berkata Bahagian Siasatan PPIM yang melakukan risikan sebelum ini
mendapati kilang terbabit mendapatkan bekalan sarung sosej diperbuat
daripada usus haiwan daripada sebuah syarikat yang beroperasi di Subang
Jaya.
Menurutnya, pihaknya pernah menyamar sebagai wakil pengilang
untuk membuat tempahan sarung sosej terbabit dan syarikat itu mengakui
produk itu diperbuat daripada haiwan yang haram dimakan umat
Islam.
Perkara itu terbongkar selepas pemeriksaan lebih empat jam
oleh 15 pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Kesihatan
negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) dan PPIM di kilang memproses daging sosej dan kilang membuat
sarung sosej berkenaan, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam
10 pagi itu, pengilang sosej yang berusia lewat 50-an gagal menjawab soalan
berhubung sarung sosej yang digunakan.
Malah, puluhan bungkusan
berisi kulit usus terbabit yang siap digaram tidak mempunyai label pengeluar
pada tongnya, menyebabkan ia disyaki usus babi mentah yang sudah dibuang
lemak.
“Tambah mengejutkan apabila Jabatan Perkhidmatan Haiwan
sebelum ini mengesahkan tiada syarikat luar negara yang diiktiraf dan
disahkan halal oleh pihak berkuasa negara ini bagi membekalkan sarung sosej
berasaskan organ haiwan.
“Oleh itu kita mengesyaki ada sesuatu tidak
kena di kilang sosej terbabit. Malah, kebanyakan pengguna terpedaya apabila
pengeluar sewenang-wenangnya melekatkan label halal Majlis Agama Islam
Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bungkusan produk,”
katanya.
Menurutnya, sarung sosej yang dihasilkan daripada bahan
protein haiwan pada amnya sukar ditentukan halal haramnya kerana selepas
haiwan disembelih, kulit usus atau bahan mentah yang diproses menjadi sarung
sosej akan melalui satu proses lain yang memerlukan teknik tertentu di
kilang berlainan dari rumah penyembelihan.
“Setiap sarung sosej yang
dihasilkan memerlukan bahan mentah yang banyak. Kemungkinan bahan mentah
daripada haiwan yang disembelih akan bercampur dengan bahan mentah haiwan
tidak disembelih adalah tinggi.
“Perkara ini menimbulkan tanda tanya
berikutan tiada kilang mengeluarkan usus halal di negara ini. Pengguna Islam
perlu dijelaskan berhubung keraguan ini,” katanya.
Sementara itu,
Ketua Unit Siasatan dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohamad Sopa Sarjan, berkata pihaknya
mengambil tindakan tegas terhadap pengilang terbabit atas kesalahan
menggunakan logo halal Jais yang sudah tamat tempoh pada 28 Januari
2004.
Menurutnya, pengilang terbabit turut menggunakan logo halal
palsu Jakim serta satu logo halal lain yang salah ejaan dalam tulisan jawi
pada kotak, label pelekat dan bungkusan plastik.
“Pengilang boleh
dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1972 kerana
kesalahan menggunakan nama agensi kerajaan tanpa kebenaran yang boleh
didenda RM250,000.
“Hasil serbuan itu KPDNHEP merampas kotak, pelekat
selain 115 kotak sosej yang sudah siap dibungkus,” katanya.
Susulan
serbuan pertama itu, pihak berkuasa turut membuat rampasan produk berkenaan
di sebuah lagi kilang pengeluar barangan makanan yang menggunakan sijil
halal tamat tempoh di Selayang.
Hasil siasatan mendapati kilang itu
masih menggunakan logo halal walaupun tempohnya sudah tamat pada 28 Januari
tahun lalu.
Berikutan itu, pihak berkuasa merampas 95 kotak sosej
yang dianggar bernilai RM23,750 serta menyita kilang terbabit selama dua
minggu.
Siasatan juga mendapati, kilang itu mengedarkan produk
keluaran mereka di beberapa pasar raya dan hotel terkemuka di Lembah
Klang.
“Satu serbuan turut dilakukan di restoran di sebuah pasar raya
dipercayai mendapat bekalan daripada kilang terbabit dan kami merampas 60
kotak berisi sosej bernilai RM14,425,” katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk
Abdul Rahman Palil, yang turut serta dalam operasi itu berkata, pemeriksaan
mendapati kedua-dua kilang terbabit menggunakan logo halal tamat tempoh dan
sudah ditarik balik kebenarannya oleh majlis agama.
“Penutupan
selama dua minggu itu akan membolehkan pemantauan lanjut dibuat,” katanya
kepada pemberita selepas serbuan ketiga diadakan di sebuah pasar raya di
Damansara
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
-- This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean. Disclaimer: Jabatan Mineral dan Geosains
Malaysia Queries: Postmaster
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
-- This message
has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean. Disclaimer: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Queries: Postmaster
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
![click here]() | |
![]() |
Yahoo! Groups Links
|