Superman Palestin ?
Posted on Wednesday, March 16 @ 18:13:22 MYT by admin 
 Anonymous writes "Anda begitu arif dengan karektor gagah Superman
ciptaan barat sehinggakan kita berangan ingin terbang dan sekuat
Superman. Tahukah anda di Palestin, sudah lama wujud Superman ini
tetapi tidak datang dengan tubuh gagah perkasa malah hanya berkerusi
roda. Maszlee Malek membongkarkan identiti Superman ini.

Tanggal 22 Mac 2004, tatkala rakyat Malaysia keletihan menerima
keputusan pilhanraya umum ke-11, bumi Palestin digegarkan dengan
letupan tiga buah peluru berpandu yang dilancarkan oleh komando
terbaik tentera Rejim Zionis. Tiga buah peluru yang dilancarkan oleh
helikopter perang Apache milik tentera rejim tersebut bukanlah
disasarkan kepada kubu-kubu pertahanan pejuang Palestin. Ianya bukan
juga ditujukan ke arah keereta kebal-kereta kebal milik pejuang
Palestin kerana mereka tidak pernah memilikinya. Ianya bukanlah juga
ditujukan ke arah jet-jet pejuang milik rakyat Palestin kerana perkara
seumpama itu hanya boleh mereka miliki di dalam mimpi-mimpi siang
mereka sahaja. Ianya ditujukan kepada seorang tua yang lumpuh seluruh
tubuh kecuali kepalanya, seorang tua di atas kerusi roda yang
mengalami masalah pendengaran telinga kir inya, seorang tua yang tidak
mampu untuk mengangkat tangannya pun untuk mengambil barang. Orang tua
yang lemah fizikalnya, tetapi mempunyai jiwa dan roh yang kental dan
padu sekukuh tembok besar Cina. Itulah Syeikh Ahmad Yassin.

Kedatangan 22 Mac tahun 2005 ini menandakan genapnya setahun pemergian
Syeikh Ahmad Yassin yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis
Israel. Untuk membunuhnya sahaja, komando-komando terbaik diperlukan,
Apache diperlukan, peluru-peluru berpandu diperlukan, belanja yang
besar diperlukan, keputusan Knesset diperlukan, malah keberanian sang
komando-sang komando juga diperlukan. Sedangkan dia hanyalah seorang
tua yang lumpuh lagi uzur. Mengapa sehebat itu Syeikh Ahmad Yassin
digeruni?, mengapa tidak langkah yang sama diambil untuk membunuh
rakyat-rakyat Palestin yang lain?, ataupun mengapa tidak Arafat
dikenakan tindakan sedemikian rupa?, sudah tentu insan yang bernama
Syeikh Ahmad Yassin ini seorang yang hebat di sebalik kelemahan
fizikalnya.
 

Syeikh Ahmad Yassin dalam kenangan (1937-2004) 


Latar belakang kehidupannya 

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama
al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun
1938. Nama Ahmad merupakan pilihan ibunya, namun pada awalnya amat
ditentang oleh sang bapa yang kebetulan mempunyai seteru bernama
Ahmad. Nama tersebut telah diberikan kepada ibunya di dalam mimpi
sebelum beliau dilahirkan. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun
1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan
keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza sebagai pelarian di
Negara mereka sendiri.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya,
beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah.
Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman
persekolahannya. Pada zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan,
di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah di pantai Gaza
yang telah menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Pendidikannya 

Keadaannya yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan
kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti
Islam. Di sekolah rendah dan juga menengah, Ahmad Yassin telah menjadi
pelajar cemerlang dan telah dipilih untuk melanjutkan pelajarannya
ketika beliau masih muda lagi. Membesar sebagai seorang pelajar yang
cemerlang di dalam pelajarannya, beliau amat disayangi oleh
guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang
ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya.

Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain
Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut
walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah
dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana
penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966.
Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak
berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir
ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif
dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah
Islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak
aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di
masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi
terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya
terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun
1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah
menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga
pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan
didikan Islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970
pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza.
Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut,
Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan
kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang
diberikan nama "Mujamma al-Islam" (Akademi Islam).

Perjuangan dan penahanannya 

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak
aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di
masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi
terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya
terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun
1967.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah
merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup
sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota
pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi-
operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha
membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi
mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman
15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan
pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh,
menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh
tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan
penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata
kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan
yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi
jangkitan pada paru-parunya dan jangkitan pada abdomennya. Keadaan
kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara
terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib
al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan
pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di
antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan
beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak
rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba
menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan
untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang
ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan
juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di te mpat kejadian.
Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul
Maqdis.

Pembebasannya dan kebangkitan rakyat Palestin 

Pada 1/10/1997, hasil daripada perundingan pertukaran tawanan di
antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin telah
berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan telah berjaya memberkas dua orang
anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan
untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman,
Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak
rejim Zionis telah bersetuju dengan ta waran yang diberikan oleh
mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin
dibebaskan.

Sejurus selepas pembebasannya, Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan
peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin
mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh
rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah
kali kedua selepas Perdana Menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah
mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh
Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun
berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada
rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang
paling teruk dalam 50 tahun penubuhan negara haram Israel. Penentangan
berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya
pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan
rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh
orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang
Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil daripada kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin
telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan
menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal
mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain
lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat
tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilamana sebuah
helikopter Apache milik tentera Zionis telah membedil dan merobohkan
rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami
kecederaa n ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami
oleh Abdul Aziz Rantissi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil
keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh
Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah
selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah
dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah mengorbankan diri
Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya, Abdul Ghani.

Warisannya 

Beliau tidak meninggalkan harta yang banyak untuk isteri dan juga
anak-anak beliau. Rumah yang didiaminya sangat sederhana. Rumah yang
mempunyai satu bilik, yang mana dapur dan ruang tamunya adalah satu.
Beliau juga tidak meninggalkan sebarang simpanan ..... (selanjutnya di
www.palestinkini.info)



________________________________
Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke