Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat.
Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus
bila memakannya. Roti yang sudah
lama dan tidak elok akan menyebukan perut.  Roti yang terdapat sekam gandum
mudah dicernakan. Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu
dengan memotong dengan tanganmu
kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid,
membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan
dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh
menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi
sup barli kepada orang yg mengidap
demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan
cara menyapu kepala dengan basil
yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan
dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada
perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga
sangat berguna untuk memanaskan
badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al
sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah
Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah
hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran
urat yang halus.  Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras.
Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit
sendi dan yang terbaik ialah daging
ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam.
Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan
hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu".  Limau ini
menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik
pada kulit, menghapuskan kelaparan dan
melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan
berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam
di dalam air dan diminum adalah baik
untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan".  Nabi s.a.w.
sendiri pernah menanam kurma atau tamar.  Kurma hendaklah dimakan dengan
badam untuk menghapuskan parut yang
tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.  Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan
dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau 1/4 masak) bukan direbus keras.
Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan
menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah
yang paling baik dan yang dipenghujungnya
sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan
janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak
ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan
emas".  Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk
menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah
bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin
kerana sebenarnya inilah buah syurga".  Oleh itu
makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan,
bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni
dalam air.  Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak
seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani.  Baik
untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk
merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w
pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama
bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan
ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah
Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga
itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas
calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan
sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai
bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan
cinta.  Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai
inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan
masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh
mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku
dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat
akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat
masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri
mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dianggap ibu segala makanan, minuman
dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam
musim bunga (spring), seterusnya dalam
musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan
dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan
banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa
memakan kekacang akan menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu
menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan
terlalu banyak memakannya juga melemahkan
penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari
berturut-turut juga tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang
paling baik ialah daging kambing.  Ianya bersifat
panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing
jantan yang berumur satu hingga dua tahun.  Adapun
daging babi haram dimakan.  Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai
daging kuda sebagai makanan biasa.  Ibnu Sina
berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan
sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang
memakan daging binatang pemangsa.  Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke