Assalamu alaykum,

Penyebaran  maklumat mengenai syarikat yang terlibat dalam sosej haram
secara berleluasa tanpa memeriksa kesahihan fakta telah menyebabkan
kita mungkin menzalimi rakan-rakan kita, melingkupkan bisnis mereka.

Berikut saya sertakan satu artikel yang berkaitan semoga ia bermanfaat.

Omar Yaakob
_____________________________________________________

Sanad oh Sanad 1.

Kita sering menyebarkan maklumat yang kita perolehi  samada melalui
email atau SMS tanpa usul  periksa...

Kita juga sering memperkuatkan pendapat kita dengan bersandarkan
cerita, kata-kata, pendapat, pandangan, fatwa orang lain.

Misalnya kita akan berkata:
Mengenai sosej  haram, seorang jurucakap PPIM berkata..
Sheikh Fulan berkata
Mengikut Dr. Fulan
Imam Fulan berpendapat..
Tersebut sebuah kisah siFulan
Seperti terjadi dalam kes siFulan

Semua ini kita sebut untuk memperkuatkan hujjah kita; atau menegakkan
pendapat kita, atau meneguhkan pandangan kita, atau menyokong pegangan kita.

Tetapi dalam kebanyakan kes kita tidak kisah tentang sanad (rantaian
pembawa berita, chain of narrators) sedangkan sanad  amat penting dalam Islam.

Allah meminta kita menyemak sebarang cerita yang datang kepada kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik
membawa berita, maka periksalah dengan teliti!  Agar kamu tidak
menimpakan musibah kepada sesuatu kaum dalam keadaan kamu jahil yang
menyebabkan  kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (al-hujurat:6).

Allah juga meminta agar kita tidak mengikut apa yang kita tidak ketahui;

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya."

(al-Isra':36)

Kadang-kadang tanpa kita ketahui, berita yang nampak sahih, berita
yang nampak cantik bagi kita,  tiada cacat cela bagi kita,  yang
memperkukuhkan pandangan kita itu bila disiasat dan diteliti
sebenarnya didapati berita palsu.

" (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita itu dari mulut ke mulut dan
kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui, dan kamu
menganggapnya sesuatu yang ringan saja, padahal dia di sisi Allah
adalah besar." (an-Nur:15)

Sanadâ rantaian pembawa berita, chain of narrators.. adalah disiplin
ilmu Islam yang amat penting bagi memenuhi tuntutan ayat-ayat di atas.
Kita dituntut untuk memeriksa di mana dan dari mana cerita,
kata-kata, petikan, pendapat itu diperolehi. Benarkah ia diucapkan
oleh Sheikh Fulan atau ditulis oleh  Ustaz Fulan atau difatwakan oleh
Imam Fulan.  Ini kita kena semak.

Misal:

Katakan kalau  rakan kita Ali  mengatakan bahawa  siFulan mencuri,
kita kena semak  dari mana Ali dapat tahu berita ini.  Adakah dia
lihat sendiri? Adakah dia tangkap sendiri? Adakah dia dengar dari
orang lain? Kalau ya, siapa orang tersebut.. katakanlah Ali kata dia
dengar dari  Abu, kita kena semak pula dari mana Abu dapat berita ini;
Adakah dia lihat sendiri? Adakah dia tangkap sendiri? Adakah dia
dengar dari orang lain?  Dan begitulah seterusnya.

Contoh lain mungkin kita mendengar berita dari si A yang mendapatnya
dari internet.

Atau kita memperolehi berita dari surat khabar melalui pemberitanya
yang menemubual  seorang lain yang mengaku mendegar sendiri ucapan
seseorang tokoh.

Ini adalah sanad.. rantaian penyampai berita.

Terdapat dua komponen pada sanad yang menjadikannya kuat atau lemah:

Komponen pertama ialah KESINAMBUNGANNYA yakni misalnya memang betul
dan logik Ali mendengar dari Abu yang mendengarnya dari Ahmad yang
berkata dia melihatnya sendiri. Kita boleh sahkan bahawa Ali ada
bertemu dengan Abu selepas insiden tersebut dan Abu ada bertemu dengan
Ahmad.  Kalau demikian baguslah kesinambungan sanad. Tetapi
kadang-kadang kita mendengar berita yang tidak dapat dipastikan
sanadnya berkesinambungan. Ada yang putus di kepala, ada yang
tersangkut di ekor.

Komponen kedua kekuatan sanad ialah keyakinan kita terhadap
KEMUNGKINAN KELEMAHAN PADA MATA-RANTAI (anasir) SANAD. Misalnya dalam
kes di atas tadi walaupun sanadnya bersambung, berita tersebut kurang
boleh dipercayai kerana si Ahmad terkenal selalu berbohong atau si Abu
biasanya suka menokok tambah atau si Ali dikenali sebagai seorang yang
pelupa.

Jika kita kurang keyakinan ke atas sesuatu berita kerana SANADnya
lemah kerana  tidak bersambung atau kelemahan mata-rantainya, maka
eloklah kita mengambil sikap berhati-hati dengan berita tersebut; jauh
sekali kita menceritakan dari mulut ke mulut atau dari emel ke emel.

Inilah sikap yang sepatutnya, sentiasa menyemak berita dan cerita yang
datang kepada kita sebelum kita menyebarkan kepada orang lain, sebelum
kita membuat keputusan atau hukuman atau pandangan ke atas seseorang
atau sekumpulan orang atau sesebuah organisasi.

Kita perlu menyemak setiap perkara tanpa mengira siapa yang
membawanya. Kalau berita datang melalui dengan cara mana sekalipun,
kita perlu berhenti sejenak, semak sumber berita sebelum membuat
apa-apa atau menyebarkannya. Kita perlu berbuat demikian walaupun
berita tersebut datang daripada rakan rapat, adik beradik, kaum
kerabat, ibu-bapa, guru, pensyarah, sheikh atau pemimpin kita.
Semak.. betul ke? Dari mana dia dengar ni? Dari mana dia dapat ni?
Dari mana sumber sebenar maklumat ni, boleh percaya ke?.

Kita kena berwaspada dengan berita mengenai semua perkara dalam urusan
dunia dan akhirat kita.

Kita perlu lebih-lebih lagi berhati-hati apabila orang membawa sesuatu
mengenai agama kita..tak kira siapa yang membawanya.

Kita sering mendengar ustaz/rakan/sahabat/ pemimpin kita mengatakan "
Mengikut Sheikh Yusuf Qardhawi â." , atau,  " Imam Abu Hanifah
berkata.." , atau  "Pendapat terkuat di kalangan ulama'â."  atau
"Maulana Yusuf berpandanganâ" atau " demikian mengikut Imam Ghazali.."
atau " Tuan Guru telah berfatwaâ"

Pernah tak kita berhenti sebentar dan semakâ "wait a minute.. where
did the Sheikh/Imam/Maulana said that?..di mana Sheikh/Imam/Maulana tu
kata macam tu? Buku mana? Kitab mana? Mukasurat berapa? Dalam ceramah
di mana? Tarikhnya bila?

Selagi kita belum pasti, jangan telan bulat-bulat, jangan terus
mengiyakan.. jangan jadikan hujah kita pulak.

Semua yang di atas adalah mengenai  berita/khabar mengenai manusia biasa.

Jika berita atau khabar tersebut mengenai Rasulullah (saw) kita mesti
lebih berwaspada dan berhati-hatiâ tidak kira sesiapa juga yang
membawa sesuatu yang dikatakannya hadis Nabi (saw), kita WAJIB
memeriksa sanadnya untuk menentukan kesahihan khabar yang dikatakan
daripada Rasulullah (saw).

Kita amat beruntung kerana kita tidak perlu lagi bersusah payah
menyemak dengan mendalam sanad setiap hadis kerana kerja menyemak
sanad; kesinambungan dan kekuatan mata-rantai telah dibuat oleh
ulama-ulama hadis yang besar.  Kini, apa yang perlu kita lakukan
ialah, kita hanya perlu pastikan bahawa hadis-hadis tersebut telah
disahkan kesahihannya oleh ulama-ulama hadis tersebut. Jika disahkan
oleh mereka, maka kita boleh dengan yakin berpegang dengan hadis
tersebut dan menyebarkannya. Enam tokoh ulama hadis ini, yang diyakini
oleh Ahli asSunnah wal Jamah ialah:

           Imam-Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Termidhi, Ibn Majah, an-Nisa'i.

Sekiranya kita melihat hadis yang diriwayatkan oleh mereka berenam
ini, maka kita boleh yakin dengan kesahihannya.

Sebaliknya di sana ada beribu-ribu khabar/berita/cerita yang kononnya
datang dari Rasulullah (saw) tetapi tidak disahkan oleh ulama-ulama
hadis. Banyak cerita berita, kisah yang terdapat di dalam  'so-called'
hadis ini adalah hadis maudhu', palsu, berita bohong kononnya  dari
Rasulullah (saw) padahal  perkara tersebut adalah rekaan semata-mata.

Berhati-hatilah terhadap 'hadis-hadis' berkenaan. Jangan sebarkan,
jangan gunakan dalam hujah, jangan jadikan sokongan kepada pendapat
atau pandangan anda kerana jika demikian anda menempah tempat di
neraka.. na'uzubillah.

Ingatlah pesan Nabi (saw) bermaksud:

" Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka bersiaplah untuk
mengambil tempatnya di neraka" (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Allahu a'lam

Dr.Omar bin Yaakob
Johor Bahru





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke