http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Negara Jerman memberikan Pendidikan PERCUMA Kepada Rakyatnya

Jerman adalah antara negara di dunia yang memberikan pendidikan 
percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi. Tidak banyak negara di 
dunia yang memberikan kemudahan sedemikian.

Bukan saja belajar di universiti adalah percuma untuk warganegaranya, 
bahkan ia turut dinikmati oleh sesiapa saja yang mahu pergi ke negara 
itu untuk menuntut ilmu. Sudah tentu, pelajar-pelajar mestilah 
berkelayakan dan menguasai bahasa Jerman. 

Justeru, jika seseorang di Malaysia mahu menuntut di universiti 
Jerman, maka mereka mestilah menguasai bahasa Jerman yang boleh 
dipelajari di Goethe Institut cawangan Kuala Lumpur.

Pembiayaan belajar hanyalah untuk sara hidup dan peralatan kerana 
yuran universiti adalah percuma. Satu kelebihan yang dinikmati oleh 
pelajar-pelajar Jerman ialah kebebasan memilih kursus. 

Pelajar-pelajar Jerman bebas memilih kursus menurut minat mereka 
hinggakan ada kalanya mereka menuntut di beberapa universiti serentak 
bagi mengikut minat masing-masing.

Sementara pensyarah dan profesor mereka tidak menerima sebarang 
tekanan daripada mana-mana pihak untuk memilih bidang-bidang 
penyelidikan masing-masing. Mereka hanya perlu mengikut minat masing-
masing dan bukannya menurut kehendak pasaran kerja, apatah lagi 
kehendak industri tertentu.

Inilah perbezaan antara sistem pendidikan tinggi Jerman dengan apa 
yang ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Tidak terdapat banyak universiti swasta di Jerman. Kebanyakan 
universiti adalah milik kerajaan negeri dan Jerman mengamalkan sistem 
persekutuan. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah percuma, hampir 
tidak ada biasiswa, dermasiswa atau pinjaman pendidikan.

Bagaimanapun, universiti Jerman terkenal dengan kualiti tinggi dalam 
bidang sains fizikal, teknikal, teknologi dan kejuruteraan. 

Dua bidang kejuruteraan yang menjadikan Jerman sebagai pusat utama 
dunia ialah pembuatan jentera kereta dan jentera percetakan. Pameran 
tahunan kereta antarabangsa di Jerman adalah terbaik dan paling 
terkenal, mengalahkan AS, Itali dan Jepun. Suatu perkara yang tidak 
menghairankan kerana Mercedes Benz, BMW dan Volkswagen adalah berasal 
dari Jerman.

Begitu juga pameran tahunan percetakan dan penerbitan buku 
antarabangsa paling unggul diadakan di Frankfurt walaupun bahasa 
Jerman tidak dapat menyaingi Inggeris dari segi penggunaan sejagat.

Namun begitu, sejak Johann Gutenberg mencipta mesin cetak pertama dan 
mengeluarkan buku bercetak pertama pada tahun 1440, Jerman terus 
mempertahankan keunggulannya dalam bidang teknologi perbukuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peluang perniagaan produk NUFERA. Keuntungan sehingga 40%, Maklumat
lanjut : http://www.maynetwork.net/nufera/rakaniaga.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke