Palestin: Janji Tuhan kepada bangsa Yahudi ?
Maszlee Malik
Mengapakah manusia-manusia dari spesis Yahudi sanggup berhijrah ke
Palestin meninggalkan tanah air mereka pada awal kurun ke-20?, satu
soalan yang kelihatan agak naif, namun mempunyai 1001 jawapannya yang
tersendiri.
Bagi sesiapa yang mengamati isu Palestin pasti akan mencari persoalan
pokok dan juga akar kepada permasalahan di Palestin. Bagi yang jahil,
yang mana itulah kebanyakan daripada ahli masyarakat kita tidak akan
ambil pusing, malah menyalahkan Arab kerana tidak boleh berdamai
dengan "jiran" Yahudi mereka. Bagi yang membaca pula, mereka pasti
akan tahu ide Zionis pasca konvensyen pertama World Zionist
Organisation (WZO) pada tahun 1897 di Basle, Switzerlandlah yang
menjadi titik tolak kepada penghijrahan beramai-ramai Yahudi dari
seluruh dunia ke bumi Palestin. Penghijrahan kaum Yahudi walau
bagaimanapun hanya berlaku 20 tahun sesudah konvensyen itu setelah Sir
Arthur Belfour , seorang Zionis Kristian yang menjadi Menteri Luar
Kerajaan British yang telah mengizinkan penghijrahan Yahudi dari
seluruh dunia beramai-ramai ke Palestin melalui satu deklerasi yang
dikenali sebagai "The Belfour Declaration" pada tahun 1917.
Ya, bangsa Yahudi bukannya satu kelompok yang wujud semenjak awal lagi
bersama kaum Arab dan kemudiannya mereka bergaduh sesama sendiri dan
tidak tahu untuk menghentikan pertelingkahan tersebut. Mereka datang
dari seluruh pelusuk dunia. Bagi Yahudi yang berketurunan Ashkenazi
(yang berasal dari wilayah Khazar, Rusia menurut Arthur Kostler
pengarang buku "The 13th Tribe") kebanyakan mereka datang dari Eropah,
Rusia, Eropah barat, Amerika dan juga Amerika Selatan. Bagi Yahudi
berketurunan Shepardi (Yahudi dari keturunan Bani Israel yang asal)
pula kebanyakkannya datang dari Iraq, Yaman, Maghribi, negara-negara
Arab berdekatan dan juga dari negara-negara Afrika. Gerakan Zionislah
yang menyatukan mereka di bawah satu mimpi dan akhirnya berhimpun di
bumi Palestin yang mereka namakan sebagai "Erezt Yizrael" (Bumi
Israel). Thesis Theodore Herzl (pengasas gerakan Zionis) yang bertajuk
"Der Junder Staadt" (The Jewish State) pada tahun 1896 lah yang telah
meniupkan semangat baru kepada mereka untuk berhimpun di bumi Palestin
setelah sekian lama mereka tinggal berteraburan di serata pelusuk
dunia.
Persoalannya apakah motivasi yang membuatkan mereka menjadi sebegitu
gila meninggalkan villa-villa, istana-istana mereka di gheto-gheto
mereka di Eropah, Amerika dan di serata dunia untuk mendiami padang
pasir dan juga negara yang kemudiannya mengundang 1001 masalah kepada
mereka selama-lamanya ?
Untuk menjawab persoalan ini, kita hendaklah merujuk kepada
tulisan-tulisan mereka yang berbangsa Yahudi sendiri dan menjauhi
segala sumber dari mereka yang memusuhi bangsa Yahudi. Tulisan-tulisan
tersebut juga hendaklah merupakan sumber yang boleh dipercayai dan
mempunyai nilai akademiknya yang tersendiri serta jauh dari teori
konspirasi, prejudis dan juga tuduhan-tuduhan melulu tanpa dasar dan
bukti yang kukuh. Dalam kes ini saya suka untuk merujuk kepada kitab
perjanjian lama (old testament) itu sendiri yang menjadi rujukan utama
para agamawan Yahudi dan kemudiannya kepada tulisan-tulisan mereka
yang dianggap autoriti di dalam bidang sejarah Yahudi oleh mereka
sendiri dan juga dunia akademik yang tidak bersempadan.
Menurut penulisan-penulisan mereka, sebab utama yang membawa kaum
Yahudi berhijrah beramai-ramai ke bumi Palestin adalah sebab agama.
Bagi kaum Yahudi, tidak kira samada mereka yang berpegang kuat dengan
ajaran agama Yahudi mahupun mereka yang sekularis tetap beriman bahawa
Palestin merupakan sebuah tempat yang dijanjikan oleh Tuhan (yang
mereka sebut sebagai Yahweh) kepada bangsa Yahudi. Teori ini walau
bagaimanapun masih terbuka kepada kritikan dari kalangan ilmuan
berbangsa Yahudi sendiri, samada dari mereka yang liberal mahupun dari
kalangan penganut fahaman ortodoks.
Bagi para pengkritik ide Zionisme pula, mereka menyangkal bahawa
faktor agama merupakan faktor utama yang memotivasikan kaum Yahudi
dari seluruh pelusuk dunia untuk berhijrah ke Palestin. Menurut mereka
faktor politik, sosio ekonomi, pengarug faham Nasionalis di Eropah,
faktor kolonialisme dan juga faktor anti-Semitik yang mendominasi
masyarakat barat ketika itulah yang menjadi tunjang kepada ide negara
Israel untuk orang Yahudi. Agama hanyalah alasan untuk pihak penganut
fahaman Zionisme mendapatkan sokongan dari para Rabbi (ulama) yang
merupakan golongan yang paling berpengaruh di kalangan majoriti kaum
Yahudi dari kelas sederhana dan kelas bawahan yang beriman dengan
tradisi "autoritarian" yang menjadi budaya dalam masyarakat Yahudi
selama berabad-abad lamanya.
Pandangan pertama yang mengatakan bahawa faktor agama merupakan faktor
utama dalam isu penghijrahan mempunyai asasnya tersendiri. Kebanyakan
mereka yang berbangsa Yahudi dan beriman dengan pegangan aqidah
keYahudian (Judaism) beriman bahawa Tuhan Yahweh telah menjanjikan
kepada Bangsa Yahudi bumi Palestin melalui Nabi Ibrahim di dalam kitab
Perjanjian Lama yang berbunyi: "Unto thy seed will I give this land"
(Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.
Dalam Genesis 13:15 pula, "tanah" yang dijanjikan itu diperincikan
sebagai: "All the land which thou seest to thee will I give it and to
thy seed for ever" (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga
kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika
Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.
Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: "Unto
thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the
great river Euphrates".(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini,
dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)
Theodore Herzl sendiri pun, yang merupakan seorang atheis, apabila
meletakkan sempadan untuk Erez Yizrael yang ingin diasaskannya telah
mengambil panduan dari Genesis 15:18.
Persoalannya di sini, adakah bukti-bukti itu merupakan dalil-dalil
yang kukuh untuk mereka melegitimasikan kepulangan mereka ke bumi
Palestin?, untuk menjawab persoalan ini ianya perlu dilihat dari
beberapa sudut.
Yang pertama, pentafsiran terhadap "thy seed" yang berhak mewarisi
bumi Palestin, terutamanya kota "Baitul Maqdis" yang mereka sebutkan
sebagai "Urshaleem". Adakah "thy seed" itu hanya merujuk kepada bangsa
Yahudi dan seirng kali ingin mendominasi genetik "kenabian" dan
"semitisme" ?
Dr. Alfred Guillaume, Profesor dan pakar berkaitan "Old Testament
Studies" di University of London dalam hal ini telag mengatakan:
"Generally supposed that these promises were made to the
Jews and no to the Jews alone. But that is not what the Bible says.
The words "to thy seed" inevitably include Arabs, both Muslims and
Christians, who claim descent from Abraham through his son Ishmael"
Tegas beliau, di dalam Genesis, 21:10-12 terdapat tafsiran untuk
perkataan "thy seed", tuhan Yahweh telah berkata kepada Ibrahim:
"Let it not be grievous in thy sight because of the lad and because of
thy bondwoman; in all that Sarah saith unto thee hearken unto her
voice: for Isaac I shall seed be called unto thee. And also the son of
the Bondwoman (Ishmael) will I make a nation, because he is thy seed".
Beliau menambah lagi, keturunan Isaac (Ishaq) digelar sebagai
"Israelites" (Bani Israel), Jacob (Yaaqub) anak Ishaq digelar
"Israel". Maka keturunan Ishmaellah yang paling sesuai untuk
dinisbahkan kepada Inrahim, dan mereka jugalah yang paling layak untuk
digelar "thy seed".
Tambah beliau, apabila perjanjian (covenant) yang tuhan Yahweh untuk
memberikan kepada Nabi Ibrahim pewarisan bumi Kan'an (Palestin) kepada
keturunannya, ianya adalah untuk keturunan Ismail. Logiknya, menurut
beliau, pewarisan tersebut dilakukan ketika upacara "berkhatan" salah
seorang daripada anak Ibrahim (rujuk: Genesis, chapter 17:8). Jelas di
dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dikhatankan adalah
Ishmael, dan Ishaq belum lagi dilahirkan pada waktu Ibrahim
mengkhatankan Ishaq.
Keduanya, menurut Arthur Koesler, seorang pakar sejarah, kebanyakan
bangsa Yahudi yang mendokong idea Zionisme dan juga ide kepulangan ke
bumi yang dijanjikan adalah Yahudi dari keturunan Ashkenazi. Yahudi
Ashkenazi bukanlah dari keturunan Bani Israel (Yaaqub), tetapi dari
bangsa Rusia Khazar yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun
ke-...... apabila raja memeluk agama tersebut. Boleh dikatakan 70%
daripada Yahudi yang ada di bumi Palestin yang dijajah adalah mereka
dari Yahudi Ashkenazi. Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk
mendapat gelaran "thy seed", kerana tiada langsung hubungan di antara
mereka dengan Nabi Ibrahim.
Ketiga, jika pun memang bumi itu dijanjikan kepada kaum Yahudi. Mereka
telah pun menduduki bumi tersebut (sebahagian dan bukan kesemuanya)
dan telah kehilangannya sebanyak dua kali (kali pertama sewaktu mereka
diserang oleh Nebuchadnezar pada tahun 586 S.M dan dibawa berhijrah ke
Babylon, dan yang keduanya pada tahun 70 M yang telah menyaksikan
Yahudi terakhir meninggalkan bumi Palestin pada tahun 1932M). Maknanya
janji itu hanya laku untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk kali
kedua dan ketiga.
Bagi golongan yang menggunakan alasan agama juga, mereka berdalilkan
pendudukan Bani Israel di bumi tersebut di zaman Yoshua bin Nun, zaman
Daud dan Sulaiman yang pernah memerintah kawasan tersebut dan juga
keturunan mereka yang berkuasa untuk beberapa abad seperti yang
terdapat di dalam juzuk "The Kings" di dalam Old Testament. Hujah ini
bukan hanya diimani oleh kaum Yahudi , malah diimani juga oleh
segolongan Kristian bermazhab Protestant yang dikenali juga dengan
nama Kristian Zionis (kini mereka mempunyai institusi yang bernama
"International Christian Embassy in Jerusalem" (ICEJ) yang berpusat di
Baitul Maqdis dan merupakan penyokong kuat ide penubuhan negara
Yahudi).
Hujah mereka, kaum Yahudi diriwayatkan di dalam Old Testament telah
mendiami dan berkuasa di bumi Palestin. Maka mereka juga berhak untuk
kembali mendiami bumi tersebut kerana "historical" dan "sentimental"
value yang terdapat pada bumi itu kepada bangsa Yahudi. Maka
usaha-usaha untuk mengembalikan mereka juga merupakan satu usaha yang
bersifat "ketuhanan" dan bertepatan dengan kandungan "Old Testment"
dan ianya adalah usaha mengulangi kegemilangan zaman para nabi.
Hujah seumpama ini telah ditolak oleh golongan Yahudi Ortodoks yang
berpegang dengan ajaran sebenar Yahudi seperti golongan Naturei Karta
yang bermazhab Hesedim. Menurut mereka, aqidah sebenar kaum Yahudi
mengatakan bahawa selepas mereka diusir dari bumi Palestin di zaman
Nebuchadnezar, mereka tidak boleh lagi pulang ke bumi tersebut
sehinggalah datangnya Messiah di akhir zaman yang akan membawa mereka
pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah ini tidak muncul, kaum
Yahudi HARAM pulang ke bumi tersebut. Ini jugalah merupakan inti
ajaran Talmud (Meshna Tora) yang merupakan kitab penafsiran kepada Old
Testament mereka.
Tidak hairanlah sewaktu gerakan Zionis muncul pada tahun 1897 dengan
ide Herzl untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi Palestin dan
menubuhkan negara mereka sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya.
Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah mengeluarkan fatwa bahawa
Herzl telah murtad dan gerakan Zionis adalah sebuah grakan yang sesat
dan terkeluar dari agama Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi Cook
the elder pada tahun 1925 dan juga peristiwa Holocaust serta sokongan
Kaum Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek Zionis tidak akan
mendapat sokongan majoriti kaum Yahudi. Oleh sebab itulah sehingga
kini terdapat segelintir kaum Yahudi Ortodoks di Eropah, AS dan juga
negara-negara Arab dan di Afrika Selatan yang menentang penubuhan
negara Israel dan juga gerakan Zionisme.
Bagi Micheal Prior, Illan Papei dan juga Elizabeth Barlow (lihat:
Prior 2005, Speaking the Truth), mereka semua mengutarakn kritikan
yang amat menarik. Bagi mereka kekeliruan para penganut Kristian
Protestant yang menjadi penyokong dan penggerak Kristian Zionis adalah
berpunca dari kesilapan mereka di dalam memahami teks Old Testament.
Mereka sepatutnya membaca apa sahaja yang terkandung di dalam juzuk
"The Kings" itu sebagai bahan atau cerita sejarah dan bukannya satu
suruhan dan arahan kudus untuk mereka mengembalikannya. Ianya adalah
cerita dan sejarah semata-mata untuk dijadikan iktibar dan bukan untuk
diulangi. Menurut Barlow lagi, tiada pun dalil di dalam Old Testament
yang menyuruh samada penganut agama Yahudi mahupun penganut agama
Kristian untuk mengulangi peristiwa tersebut dengan membawa pulang
kaum Yahudi ke bumi Palestin. Itu semua merupakan takwilan yang jauh
dari kehendak nas-nas old testament!
Walau apa pun hujah mereka, jelas sandaran mereka terhadap agama dan
juga kitab-kitab suci mereka adalah tidak berasas dan amat goyah.
Kebanyakan daripada hujah-hujah tersebut hanyalah takwilan golongan
Zionis demi menjustifikasikan kewujudan mereka di bumi Palestin.
Golongan Zionis yang menyedari bahawa projek penubuhan Erezt Yizrael
adalah bertentangan dengan aqidah Kaum Yahudi pada asalnya terpaksa
mencari penafsiran semula kitab Torah (Old Testament) demi menyokong
usaha .....
(ikuti selanjutnya di majalah Perspektif, keluaran Pertubuhan Jamaah
Islah Malaysia (JIM), edisi Mac-April 2005) atau layari
www.palestinkini.info.
________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
________________________________
Yahoo! Groups Links
To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hadith40/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/