Azam saudara baru untuk kekal dalam hidayah Allah
Wednesday, March 23 @ 12:05:50 MYT


Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 23 Mac (Hrkh) � Walaupun terpaksa menghadapi berbagai rintangan dari kaum keluarga namun rahmat hidayah yang dikurniakan Allah SWT sekali-kali tidak akan dipersia-siakan bahkan bertekad untuk mati dalam kalimah Allah.

Demikian keazaman seorang saudara baru, Amiruddin Abdullah, 36, yang pasrah dan redha dengan apa jua halangan yang ditempuhinya, biar pun dipujuk, dipukul bahkan disisihkan dari keluarga namun rahmat hidayah yang dikurniakan Allah kepadanya tidak akan sekali-kali melemahkan semangatnya terhadap Islam.

Beliau yang ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Ulu Tiram, dekat sini, bagaimana pun memberitahu, beliau sedikit pun tidak berkecil hati atau marah dengan sikap ahli keluarga terhadap beliau kerana mereka belum mendapat hidayah dari Allah selain tidak mengenali Islam secara lebih dekat.

Amiruddin atau nama asalnya, Karunan a/l Sanjeeri, yang memeluk Islam sejak tahun 2000 telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga, bagaimana pun rahsia ini terbongkar baru-baru ini apabila beliau membuat permohonan menukar kad pengenalan baru dengan nama Islam yang di alamatkan ke rumah keluarganya di Sungai Petani, Kedah.

Berikutan dari itu keluarganya telah membohongi beliau kononnya bapanya telah mati di rumah ibu saudaranya di Johor Bahru dan meminta beliau balik segera.

Sebaik tiba, beliau mendapati bapanya tidak mati sebaliknya mereka telah memujuk beliau kembali ke agama asal dan mereka bersedia mengahwinkan beliau dengan sepupunya.

Setelah beliau menolak segala pujukan mereka beliau telah dipukul dan semua pakaiannya dibakar malah lebih menyedihkan lagi apabila keluarga beliau tergamak menyisihkannya dari keluarga.

Beliau yang masih belajar pondok di Kelantan sejak empat tahun lalu bagaimana pun tidak melapurkan kejadian ini kepada polis kerana beliau menyedari keluarganya masih belum mendapat hidayah dari Allah sebab itu mereka bertindak kasar terhadapnya bahkan beliau turut menganggap semua yang berlaku ini adalah untuk menguji keimanan serta keyakinannya terhadap Islam.

"Insya Allah saya akan terus mendoakan mereka semua agar mereka juga mendapat hidayah seperti saya," katanya lagi.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke