Awasi zon bahaya diabetes
Oleh NORZAILA ROSLI
Pengetahuan terhadap paras gula dalam darah penting kerana ia boleh membantu doktor memastikan rawatan terbaik untuk pesakit diabetes. Menurut Pakar Endokrinologi & Metabolisme Hospital Besar Sir Mortimer B. Davis-Jewish, Montreal, Kanada, Dr. Tina Kader, teknologi terkini membolehkan seseorang pesakit diabetes mengamalkan pengurusan diabetes yang betul setiap hari. Setiap pesakit diabetes biasanya akan dinasihatkan oleh doktor supaya mengawal pemakanan, sentiasa bersenam dan mengambil ubat-ubatan yang sesuai.
Jelas beliau, pemantauan sendiri (self-monitoring) paras gula dalam darah menggunakan alat glucometer merupakan antara kaedah terbaik yang terdapat pada hari ini. Selain dapat mengawasi paras gula dalam darah, ia juga dapat memberi kesan yang positif terhadap rawatan yang dijalankan oleh doktor ke atas pesakit diabetes.
``Rawatan diabetes yang dijalankan ke atas anda boleh mencatatkan perkembangan yang positif sekiranya paras gula dalam darah anda sentiasa berada dalam zon selamat,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri Simposium Diabetes One Touch-Treat To Target di Subang Jaya, baru-baru ini.
Doktor pakar dari Kanada itu berkata, beberapa kajian turut mendapati ujian dan kawalan ke atas pemeriksaan darah selepas makan bagi memantau paras gula dalam darah juga perlu bagi wanita hamil untuk mengelak bayi yang dikandung mengalami sebarang komplikasi.
Satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini ialah mendidik para pesakit diabetes selain menjalankan pemantauan sendiri terhadap paras gula dalam darah (SMBG). Menurut Dr. Tina, kaedah ini telah disyorkan secara meluas kepada pesakit diabetes di Kanada pada hari ini.
Sementara itu, industri perubatan katanya, sedang berusaha keras untuk meningkatkan keyakinan, keselesaan dan kawalan terhadap kaedah pengubatan. ``Kita sedar pengurusan diabetes adalah sangat kompleks. Kita telah menggunakan insulin sejak berpuluh-puluh tahun lalu. ``Ini menunjukkan betapa pentingnya mengawal kandungan gula dalam darah sebelum pesakit didatangi pelbagai komplikasi lain. ``Pendekatan SMBG ditambah pula dengan ubat-ubatan baru yang digunakan oleh doktor sekarang dijangka dapat mengurangkan risiko diabetes,'' ujar beliau.
Dengan mengambil kira kepentingan kawalan gula dalam darah perlu dipertingkatkan sama ada pesakit diabetes terdiri daripada jenis 1 atau 2, para pengamal perubatan juga perlu memahami dengan jelas corak gula dalam darah pesakit, catatan pada waktu-waktu tertentu sepanjang hari dan langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan pembabitan farmakologi (sifat-sifat ubat dan kesan ke atas tubuh) dan bukan farmakologi.
Pendekatan terhadap pengurusan tahap gula dalam darah bagaimanapun haruslah menekankan kepada keperluan utama supaya dos insulin yang diambil pada waktu pagi atau malam dan agen oral yang lain boleh diubahsuai dengan betul menggunakan langkah yang bijak. Cadangan terkini menetapkan paras gula dalam darah harus berada di antara 4 dan 6 mmol/L (sebelum makan) dan di antara 5 hingga 10mmol/L, dua jam selepas makan.
Adakah paras gula dalam darah anda berada dalam zon bahaya? Gula dalam darah manusia mempunyai catatan nombor atau paras tertentu. Paras ini akan berubah sepanjang hari terutama sekali ketika anda makan, bergerak aktif atau mengambil ubat diabetes. Namun begitu, paras gula dalam darah mungkin berada dalam zon bahaya walaupun seseorang itu berada dalam keadaan selesa. Paras yang dicatatkan menerusi pemantauan sendiri dapat membantu doktor menentukan rawatan terbaik untuk pesakit diabetes.
Pemantauan kawalan gula
Frekuensi SMBG yang disyorkan:
Diabetes Jenis 1 - Sekurang-kurangnya tiga kali sehari
Diabetes Jenis 2 - Sekurang-kurangnya sehari sekali
Ujian yang lebih kerap juga perlu dilakukan untuk melakukan penyesuaian kepada aktiviti harian, pengambilan makanan dan perubatan.
Pemantauan sendiri
Untuk mencapai matlamat rawatan, doktor biasanya akan menasihatkan pesakit diabetes supaya melakukan ujian sendiri ke atas kandungan gula dalam darah. Melalui ujian sendiri yang dilakukan menggunakan alat glucometer, anda akan dapat mencapai catatan kadar yang tepat. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda berasa selamat dan selesa, malah mudah dilakukan secara rutin. Bagaimana pun, para pesakit perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan alat tersebut.
Bagaimana untuk memastikan anda berada di zon selamat?
1. Ketahui zon selamat diabetes anda.
2. Amalkan terapi yang telah dipilih oleh doktor untuk anda dan guna jadual pemantauan sendiri untuk mengelak daripada zon bahaya diabetes.
3. Catat paras gula dalam darah yang dilakukan menerusi pemantauan sendiri dalam buku log dan bawa buku tersebut setiap kali anda berjumpa doktor semasa pemeriksaan perubatan.
Makanan boleh membuatkan gula dalam darah meningkat.
Ujian sendiri ketika makan
* Membantu doktor melihat sejauh mana keberkesanan terapi anda
* Memudahkan doktor mengesan sama ada anda `terjebak' ke dalam zon bahaya apabila anda makan
Ubat-ubatan diabetes boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah anda berada dalam zon selamat diabetes.
Ujian sendiri terhadap ubat-ubatan
* Boleh memudahkan doktor mengesan sama ada ubat-ubatan yang diberikan untuk merawat penyakit anda berkesan
Senaman yang betul dapat membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
Ujian sendiri ketika bersenam
* Membolehkan doktor mengesan sama ada senaman membantu mengurangkan paras gula dalam darah
* Membolehkan anda mengesan sama ada paras gula dalam darah anda berubah dengan mendadak.
Tingkatkan ujian sendiri (self testing):
* Sekiranya paras gula dalam darah anda menunjukkan peningkatan atau penurunan yang mendadak
* Sekiranya anda sakit
* Sekiranya anda mengalami tekanan
* Sekiranya anda hamil
* Apabila anda mengubah tabiat makan, tidur atau rutin senaman.
Alat glucometer OneTouch Horizon boleh diperoleh di farmasi atau klinik berhampiran anda.
Rawatan
Untuk menurunkan paras gula dalam darah anda, anda boleh makan supplement/makanan tambahan sebagai salah satu alternatif. Makanan tambahan ini dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan pesakit. Anda disarankan mengambil Excel Pack (Spirulina, Jeli Gamat, ExTar-C dan Vitaluxor).
p/s: Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-6028905 (Salina).
Find files on your PC instantly with the new MSN Toolbar Suite beta � FREE!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
