Assalamualaikum wbt...
 
Membaca Al-Quran digalakkan kepada semua muslimin & muslimat yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ayat-ayat Al-Quran penuh dengan pengajaran dan peringatan kepada manusia yang sering lalai dan leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Ayat-ayat Al-Quran juga menjadi penawar segala penyakit  hati seperti dengki, sombong, khiatat, tidak amanah , tidak bertanggungjawab dan pelbagai penyakit  hati yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Memang ada yang belum mahir dan masih merangkak-rangkak ketika membaca dan dinyatakan oleh Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala
 
Kita juga digalakkan membaca terjemahan Al-Quran supaya kita faham akan kandungannya yang boleh kita dapati dalam pelbagai bahasa dan kini ada sahabat yang telah menggunakan teknologi terkini untuk menyebarkan terjemahan Al-Quran melalui e-mel secara percuma.
 
Dan paling utama lagi hendaklah kita amalkan akan pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran dalam kehidupan seharian kita cthnya dalam munakahat, muamalat, jenayah.
 
Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:

"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?..."

Perumpamaan manusia yang membaca A-Quran ada digambarkan dalam Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:  Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit
 
 
Marilah sama-sama kita jadi ahli dan sebar-sebarkan kepada rakan lain lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan kita yang menghidap penyakit hati...hanya Al-Quran jua penawarnya. 
 
Terjemahan Al-Quran ini dihantar secara PERCUMA kepada ahli dari
masa kesemasa bermula dari surah pertama (Al-Fatihah) hingga ke
Surah 114 (An-Naas). Untuk menjadi ahli sila hantar email kepada :
[EMAIL PROTECTED]

 
~puteri


Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke