Azoha dengan Mahmud Halim ni orang yg. sama ka? Ayat yang ditulis untuk Pak Abu lebih kurang sama saja. Begitulah minda setengah Melayu. Apa jenama tempatan diperlekeh. Kelemahan tetap ada. Dari kelemahanlah kita memperbaikinya. Kita masih baru dalam industri kereta dan masih belajar. Jenama lain dari luar juga begitu. Tengok motosikal dari Taiwan. Mana ada kualiti? Tapi mereka tetap buat dan ekspot demi memburu kejayaan dalam persaingan industri kenderaan global. Pada tahun 1940an Toyota meminta sejumlah wang lebih kurang US$300,000 dari bapanya untuk pergi ke Eropah untuk belajar membuat kereta. Bapa Toyota seorang yang kaya kerana beliau saeorang pengusaha mentol lampu terkemuka di Jepun waktu itu. Setelah pulang ke Jepun dan mengeluarkan kereta Toyota model pertama, Toyota merangkak tetapi orang Jepun berbangga dengan produk dan jenama mereka sendiri. Kualiti jauh lebih rendah dari jenama kereta Eropah dan Amerika Syarikat. Tapi lihatlah sendiri kereta-kereta Toyota
sekarang.
Minda setengah Melayu (tak semua Melayu): Baru sekejap tadi dah kenyang makan nasi dengan sambal belacan sampai menjilat jari tapi . . . "Abah, jomlah pegi makan **** Fried Chicken". Saudara-saudara cubalah cari dan baca Protokol Penuh Yahudi. Kita jangan setakat Islamik tetapi kita kena juga patriotik!
Mohd Azoha Mohd Yusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Mohd Azoha Mohd Yusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sebagai menjawab kenyataan Pak Abu, saya agak sedikit kecewa lah sebab
Pak Abu mengeluarkan kenyataan tentang citarasa seseorang. Apa salahnya
jika dia (salah seorang ahli jemaah yg Pak Abu maksudkan) meletakkan
perkataan dan logo Mitsubishi pada keretanya, lagi pun tuan kereta
tersebut tidak berkongsi wang utk membeli atau menyelenggara keretanya
dengan Pak Abu. Satu hal lagi berkenaan dengan kereta jenama luar yg
terbukti kukuh dari segi design dan ketahanannya, tidak salah bg pemandu
tersebut menyukai jenama atau barangan buatan luar. Contohnya saya
sendiri menggunakan kereta jenama tempatan yg dianggap 'hebat' kononnya,
tp belum sampai sebulan dah ada problem, itu ini dan mcm mcm perkara yg
memerlukan duit utk membaikinya, bukan nak hina barangan buatan sendiri
tp itulah hakikat. Sekarang saya mmg cukup beringat bila mana utk
membeli barangan buatan tempatan yg gah pd nama tp hancur dari segi
ketahanan. Kecewa saya Pak Abu, cuba kalau kena atas batang hidung Pak
Abu, mungkin belum jadi abu tp baru api nak naik...
Dan Pak Abu jangan sama kan citarasa seseorng dengan makanan yg sekarang
ni sibuk ttg sosej yg tidak halal. Saya juga respect pada Pak Abu yg
dilahirkan sebagai anak watan yg patriotik tp jgn terlalu melekehkan
barangan buatan org di saat barangan kita dianggap baik atau elok TAPI
mcm hampeh...
Dari Pak Kayu Api...
-----Original Message-----
From: asab02 [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Sunday, March 20, 2005 7:59 PM
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] Minda Melayu Selera Melayu
Jumaat lepas semasa turun masjid setelah selesai solat Jumaat saya
melewati sebuah kereta salah seorang ahli jemaah. Pada bahagian
bawah pintunya tertulis perkataan dan logo kereta Mitsubishi yang
cantik dan kemas. Setelah meneliti kereta itu didapati ianya bukan
kereta jenis Mitsubishi. Kereta itu sebenarnya kereta nasional Gen
2. Setelah melewati bahagian depan saya lagi terkejut kerana logonya
diganti dengan logo Toyota. Kata hati saya inilah cita rasa Melayu.
Nak kata tuannya tak patriotik pun tidak kerana dia beli kereta
nasional. Desain kereta ini hebat agaknya baginya. Kalau tidak
kenapa dia tak kereta Mitsubishi atau Toyota saja. Tapi nampaknya
dia tidak boleh terima jenama tempatan. Yang penting baginya mesti
jenama luar baru ada class! Demi Allah ini cerita benar yang saya
lihat. Sekarang sama-sama kita renungkan apa beza dengan cerita
sosej usus babi. Makan roti canai ada kelas? Makan nasi lemak ada
kelas? Makan tose ada kelas? Tidak. Yang ada kelas ialah makan
burger, hotdog, makaroni, pizza, cis, dan sebagainya.
Saya dilahirkan sebagai anak kepada pejuang kerana arwah saya aktif
menyokong kemerdekaan. Saya anggap diri saya anak merdeka kerana
saya dilahirkan tahun 1952 dan semasa tahun 1957 saya juga
melaungkan 'Merdeka' walaupun masa itu saya tak mengerti apa-apa.
Saya amat benci penjajah dan penjajahan. Tapi saya amat tidak faham
kenapa minda orang-orang muda Melayu sekarang begitu mudah dijajah.
Selera mereka juga mudah dijajah. Jawapan kepada kehairanan ini
ialah kejahilan mereka. Jahil, bodoh, dungu dan berapa jenis adik-
beradik istilah ini subur dalam roh mereka kerana malas cari ilmu.
Usahkan ilmu agama yang boleh disangkah oleh orang-orang seperti
Just Lee Na, ilmu fasal makanan pun mereka jahil. Tahukah saudara-
saudara bahawa daging hancur (burger/sosej-hotdog), peanut
butter, kulit roti dan kerak nasi atau makan hangus seperti pizza,
minuman dalam tin dan sebagainya ialah pembunuh senyap dan punca
kepada sebahagian dari penyakit kenser. Saya akan menulis bukti
saintifik mengenai dakwaan ini esok.
Sekian. Terima kasih.
Pak Abu,
Sg. Petani.
http://www.asabart.com
------------------------------------------------------------------------
--
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
