Ikea mahu saman kilang sosej

Oleh Manan Samad
[EMAIL PROTECTED]

PETALING JAYA: Restoran Cafe's & Swedish Food Market di pasar
raya 
Ikea Retail Malaysia (Ikea) di sini, mempertimbangkan untuk 
mengambil tindakan undang-undang terhadap satu daripada dua kilang 
yang disyaki menggunakan sarung kulit sosej daripada usus babi. 

Ia turut memberi amaran kepada pembekal barangan beku lain supaya 
mematuhi tiga syarat baru yang ditetapkan.

Tindakan itu dilakukan untuk membuktikan Ikea amat prihatin dalam 
soal penyediaan makanan terhadap pelanggan dan kakitangannya yang 
rata-rata beragama Islam.

Malah hingga semalam, Ikea masih belum membuka premis restorannya 
biarpun sudah disamak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor 
(Jais) pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ini kerana, Ikea mahu 10 atau 11 pembekal barangan bekunya seperti 
daging dan ayam mematuhi tiga syarat baru yang diperkenalkan 
syarikat itu selepas pembongkaran isu logo halal oleh media pada 15 
Mac lalu.

Syarat terbabit ialah pembekal perlu menunjukkan sijil asal logo 
halal yang diperolehi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau 
Jabatan Agama Islam Selangor Jais), menandatangani pengisytiharan 
mengikut undang-undang (statutory declaration) dan pengesahan 
kesahihan sijil terbabit daripada dua pihak berkenaan.

Pengurus Besar Ikea, Joseph Lau, berkata sekurang-kurangnya dua 
syarat pertama perlu dipatuhi pembekal barangan beku sebelum 
restoran itu dibuka dalam masa terdekat.

"Ikea tidak akan berkompromi dengan pembekal dalam aspek halal
ini. 
Kalau mereka enggan mematuhinya, kami tidak akan meneruskan 
langganan dengan syarikat terbabit.

"Kami tidak mahu pelanggan atau pekerja kami berasa was-was dalam 
soal makanan. Kami mementingkan keselesaan pelanggan begitu juga 
pekerja di restoran ini yang 90 peratus beragama Islam.

"Justeru, kami sanggup menutup restoran buat sementara waktu
biarpun 
mengalami kerugian. Dua syarat pertama perlu dipatuhi pembekal, 
syarat ketiga mungkin memakan masa," kata Joseph selepas membawa 
wartawan melawat tahap kebersihan restoran itu semalam.

Turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran The New Straits Times Press (M) 
Bhd, Wan Abdillah Wan Nawi; Pengurus Komunikasi Pemasaran Ikea, Yap 
Poh Choo dan Penolong Pengurus Makanan dan Minuman Cafe's &
Swedish 
Food Market, Syahroel Azman Mohd Azlan.

Joseph berkata, tindakan undang-undang terhadap syarikat yang 
beroperasi di Selayang itu adalah satu alternatif yang difikirkan 
Ikea ketika ini.

"Ia satu alternatif tetapi masih awal untuk membuat keputusan 
mahkamah. Ketika ini, kita mengambil keputusan untuk tunggu dan 
lihat perkembangan selanjutnya mengenai syarikat terbabit. Tetapi 
kita berasa `tertipu' dengan tindakan syarikat itu.

"Syarikat itu sebenarnya hanya membekalkan sosej kepada kami, 
barangan beku lain kami ambil daripada 10 atau 11 pembekal berbeza. 
Buat masa ini, kami tidak akan menjual sosej kepada pelanggan 
selepas restoran dibuka kelak," katanya. 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke