Assalamualaikum wbt
 
Mengenai hukum solat berjemaah ini, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Dalam kitab Fathul Qarib Al-Mujib oleh Abu Sujak Al-Asfahani ada menukilkan begini:

"...solat berjemaah adalah sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan). Dan sesetengah ulama mengatakan fardu kifayah (harus ada sekurang-kurangnya segolongan orang yang mengerjakan dalam negeri (kampung) itu, kalau tidak berdosa seluruh penduduk negeri (kampung) itu)."

Daripada pendapat ulama itu, maka ternyata bahawa solat berjemaah itu bukan satu hal yang ringan dan boleh diremeh-temehkan. Seorang Muslim seharusnya berusaha sedaya upaya supaya solat berjemaah dapat dilaksanakan pada setiap waktu.

Rasulullah saw sangat menekankan solat berjemaah ini. Kalau kita perhatikan kisah Ibn Ummi Maktum (seorang yang tidak dapat melihat) yang mengadu kepada Rasulullah saw, bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai orang yang akan memimpinnya ke masjid, sedangkan ketika itu banyak pula perigi dan binatang merayap di Madinah.

Dengan pengaduan masalah ini, beliau berharap semoga Rasulullah saw membolehkannya tidak ke masjid dan solat hanya di rumah saja secara bersendirian. Maka pada mulanya Rasulullah saw membenarkannya solat di rumah, namun ketika Ibn Ummi Makum hendak beredar dari situ, tiba-tiba Rasulullah saw bertanya:

"Apakah engkau dapat mendengar suara azan dari masjid?" Maka Ibn Ummi Maktum mengiyakannya. Lalu Rasulullah saw bersabda:" Hendaklah engkau datang segera untuk bersolat. Tidak ada uzur bagimu lagi." - (Hadis riwayat Abu Daud).

Daripada cerita Ibn Ummi Maktum ini membayangkan kepada kita bahawa sedangkan orang yang buta tidak dapat keizinan Rasulullah saw untuk meninggalkan solat berjemaah, maka apatah lagi orang yang cukup sempurna penglihatannya. Maka pada kesimpulannya solat berjemaah itu sangat penting dan semestinya diamalkan dalam kehidupan.

Begitu pun, kenyataannya dalam masyarakat kita, tidak ramai pula yang gemar untuk solat berjemaah. Hal ini dapat kita perhatikan di surau atau masjid. Saban waktu solat fardu, hanya segelintir dan kadang-kadang dua orang saja iaitu imam dan makmum pada waktu itu untuk menunaikan solat.

Perkara ini berlaku kerana beberapa kemungkinan seperti kejahilan, malas, sibuk dengan urusan pejabat, ladang dan perniagaan.

carl s <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

sebenarnya saudara, berjemaah di masjid adalah dituntut bagi orang lelaki
setiap kali masuk waktu solat fardhu iaitu hukumnya Sunat muakkad - amat
dituntut.  Rasullullah s.a.w dan sahabat bersolat fardhu berjamaah dimasjid
dan bersolat sunat di rumah.  Kuatnya umat islam adalah dapat dilihat dengan
berjemaah.  Solat dimasjid atau surau adalah tempatnya, berjemaah dalam apa
saja urusan, makan malam berjemaah dengan keluarga dsb.

Yahudi pernah berkata " jangan harap umat islam dapat mengalahkan kami
selagi solat jemaah subuhnya tidak menyamai solat jumaat di masjid "....
Musuh kita tahu mana kekuatan & kelemahan kita.....

Wallahualam

>From: [EMAIL PROTECTED]
>Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Bismillah [hidayahnet] Seorang OKU & Solat Berjamaah di Masjid...
>Date: Tue, 15 Mar 2005 02:24:26 +0800
>
>
>Assalamualaikum...
>
>Ketika bercuti selama 6 minggu baru2 ini, saya mengambil peluang untuk
>merapatkan diri dengan masjid. Sebenarnya, saya bukanlah tetangga masjid
>tersebut kerana berhampiran rumah saya ada sebuah surau. Namun imam di
>surau tersebut begitu membenci saya kerana kami berlainan parti (Dulu kami
>satu parti & saya orang bawahannya). Saya tak pernah berdebat dengannya
>tetapi sekadar memenuhkan kereta saya dengan 'kain hijau' & 'mata bengkak'
>pada GE 1999 dulu. Semenjak itu kami tidak pernah bertegur sapa. Saya tegur
>pun dia buat deekkk je.
>
>Paling teruk apabila abang saya menjemputnya ke rumah untuk kenduri
>kesyukuran selepas pernikahannya. Kami ni bagaikan kembar seiras walaupun
>beza umur kami 4 tahun. Mungkin menyangka yang abang saya tu adalah saya,
>dia mengherdik abang saya dengan berkata: 'Yang kau buat kenduri
>siang-siang buta ni buat hape? Aku sibuk! Aku nak gi kenduri kawin!".
>Begini rupanya imam hadhari...
>
>So, saya pun berulang aliklah ke masjid yang jaraknya lebih kurang 10 minit
>berkereta. Kekadang letih. Rasa malas makin menebal. Tapi bila sampai di
>masjid tu, perasaan bertukar. Satunya mungkin kerana Masjid Jamek Kg.
>Melayu ni 'hidup'. Ramai ahli tabligh yang sering qiamulail di dalamnya.
>Bila msuk masjid yang 'hidup' ni, satu macam kedamaian boleh kita rasa.
>Satu lagi mungkin kerana seorang brother yang betul2 buat saya insaf...
>
>Maaf, bukan niat mengumpat. Tapi tak lengkap cerita ni kalau tak
>digambarkan sifat fizikalnya. Brother kita ni OKU (Orang Kurang Upaya).
>Tangan & kaki kannya lembik. Kalau nak bersalam dia kena angkat tangan
>kanannya dengan tangan kiri. Dia tak mampu berdiri lama. Dia perlu
>bersandar pada dinding atau tiang. Kalau berjalan memang cukup perlahan.
>Memang kesian...
>
>Tapi dia memang cukup rajin ke masjid. Boleh kata hampir tiap2 malam jumpa
>dia di sana. Siang hari mungkin dia bekerja. Bayangkan saudara2 sekalian.
>Sebelah kanan masjid ada sekolah rendah. Sebelah kiri ada sekolah agama.
>Dihadapan masjid kedai makan. Pendek citer, sekeliling masjid tak banyak
>rumah. Saya tak fikir rumah dia di kawasan berhampiran masjid. Bermakna dia
>perlu berjalan paling kurang 5 minit (kalau rumah terdekat) dengan
>berdengkot2 begitu...
>
>Bila Maghrib, saya tiba 5 minit sebelum azan. Tapi dia dah ada di dalam
>sedang berzikir. Lepas Isyak, saya pulang selepas bersalaman & ba'diah
>Isyak tapi dia belum balik lagi. Bayangkan. Setiap hari bila terpandang
>dia, saya berkata dalam hati "Ya Allah! Aku bersaksi bahawa hambuMu ini
>orang yang mematuhi arahanMu".
>
>Betapa mulianya dia dan betapa hinanya saya. Saya yang cukup sifat kekadang
>terasa kemalasan untuk berjamaah. Sedang dia yang, bagi saya, susah nak
>berjalan tu begitu rajin. Ah... Alangkah baiknya kalau saya beroleh
>kekuatan iman sepertinya. Selain dia terdapat juga pakcik yang tak mampu
>sujud. Dia satu sudut di dalam masjid, dia rantaikan kerusi untuk dia duduk
>ketika sujud dalam solat nanti.
>
>Berbagai2 jenis manusia yang saya jumpa. Namun, kebanyakannya tua dan
>kurang upaya. Orang muda yang cukup sifat memang tak ramai (tapi masih ade
>sebab Noja dia muda2 belaka). Mungkin mereka (termasuk saya) masih sibuk
>mencari harta dunia. Saya malu pada diri sendiri bila melihat mereka.
>Kadangkala terasa kaki dan tangan saya lebih berhak diberi kepada brother
>tersebut kerana dia lebih pandai mensyukuri nikmat Allah.....
>
>Marilah sahabat sekalian kita berjamaah di masjid. Walaupun kita berjamaah
>di rumah, tidak sama sperti berjamaah di masjid. Ada sorang abang saya yang
>rajin ke surau. Bila dia datang ke rumah saya, saya bawa dia ke masjid.
>Pada suatu Subuh, dia bagitau saya "Lain rasanya solat di surau dan di
>masjid." "Apa bezanya?" Tanya saya. "Ntah. Suasana. Bacaan imam... Ntah.
>Susah nak cakap tapi memang berbeza." Dan saya memang bersetuju...
>
>Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada solat bagi tetangga masjid (orang yang
>rumahnya berhampiran masjid) melainkan solat berjamaah di masjid." Dan ada
>riwayat mengatakan Rasulullah SAW meminta orang mengumpulkan kayu api untuk
>membakar rumah orang yang bersolat di rumah...
>
>Oleh itu ayuhlah. Hidupkan kembali masjid kita. Semoga Allah memberi kita
>semua petunjuk dan hidayahNya dalam meniti dugaanNya di dunia ini.
>
>Wallahu'alam...
>
>
>
>

_________________________________________________________________
Find love online with MSN Personals.
http://match.msn.com.my/match/mt.cfm?pg=channel







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke