Asmwbkth...

Inna-lillahi-wa inna ilai-hirajiu`unnn... atas musibah yang menimpa...

Alhamdulillah,  Allah izinkan ana berpindah ke rumah baru.  Ana; ikhwah-akhowat, amat bimbang dengan keselamatan zaugah dan anak.  Dalam email ini,  ana menyentuh perihal keselamatan zaugah dan anak.  Alhamdulillah, ana di  rumah dah dipasang grill.  Tak cukup itu,  ana pasang pagar letrik supaya ada orang niat jahat kena pagar tu,  langsung tergolek dog... Tapi kalau kena orang baik  tergolek cat,  kalau kena zaugah dan anak pun akan tergolek cat juga. Kalau kena ana tergolek Tom Cat lah...  Ana cancel out security sistem kaedah tu. 

Sebaliknya, ana  tambahkan burglar alarm system. Dia ada jenis magnetic; bila grill berkenaan terbuka dan sensor disconnected,  baru dia melolong,  ada jenis anti vibrate;  berlaku vibration pada grill yang berkenaan ia akan melolong.  So, ana pilih yang jenis anti vibrate...

Ikhwah-akhowat,  burglar alarm ni bukan lah berperanan sebagai "ILLAH" yang melindungi kita...  Ada orang cakap kat lobang telinga ana; "Alaaah..., Khairy, engko tak yakin dengan Allah ke?  Baca Ayatul Qursi,  semua beres..."   Itu betul,  Rumah kita yang beratus ribu tu, adalah "unta merah".  Manakala membaca Ayatul Qursi adalah tali "maknawi" unta berkenaan yang diikat kepada Allah. Manakala Alarm tadi adalah tali "Hissi" yang mengikat unta,  yang juga diikat kepada Allah melalui tali maknawi.
Ar-Rasul SAW menganjurkan agar unta diikat dahulu ke tiang, kemudian barulah bertawakkal.  Kalau di sudut pandangan sarjana pengurusan macam ana,  konsep ini kita panggil "Sinergi".  Iaitu pencapaian objektif yang bakal diperolehi melalui usaha pelbagai unit yang digabungkan adalah lebih berkesan dan cemerlang berbanding pencapaian objektif yang bakal diperolehi melalui usaha oleh satu unit sahaja.

Baca Ayatul Qursi dan pakai alarm,  lepas tu do`a pulak lagi,  insya Allah akan lebih mantap penjagaan rumah tersebut dan penghuninya dan harta benda di dalamnya...

Ana mintak Allah jauhkan kami sekeluarga di waktu tengah malam terbangun tidur sebab dikejut oleh perompak yang dah berdiri ditepi katil... ; "Woi bodoh !!!  Bangun!  Mana duit!!!?  Mana barang kemas!!!?
Lebih dahsyat lagi, ikhwah,   sanggup antum tengok anak perempuan antum,  zaugah antum dirogol dengan penuh bernafsu... Di"Ghabak"  "anggota "vital" tubuh  mereka...?????? Sanggup antum???

Ana tak sanggup...!!!!!!!! tu yang ana usahakan juga pasang alarm.  
Tiap-tiap hari ana do`a kepada Allah, jangan kami diuji dengan kejadian rompak,  samun,  kecurian,  ragut,  rogol,  pencabulan,  pecah rumah,  dan seher  dan  toyyol.  Selain itu ana stanby kan dua bilah pedang Sabil menyerupai Katana...  dalam bilik tidur di tempat yang selamat dari pada Abu `Ubaida tapi mudah dicapai  insya Allah...Ana nekad,  jika terpaksa ana hadapi ujian Allah sebegini (Ya Allah,  jauhkanlah kami dari diuji sebegini...), ana tahu,  ana akan mati.  Tapi insya Allah semuanya penceroboh itu akan ana bawa mati bersama... Insya Allah...... Namun yang terutama, semoga Allah jauhkan kami dari musibah yang sebegini...

Namun alarm ini tujuannya hanya lah sebagai usaha untuk keselamatan ketika penghuni ada dalam rumah.  Jika tak ada di rumah, tak sesuai diactivate kerana jika melolong,  tak ada siapa nak ambil peduli dan tak ada siapa nak de-activate...  Bila tak ada di rumah, serahkan lah rumah dan harta di dalamnya kepada Allah...  Sebelum meninggalkan rumah, berdirilah mengadap qiblat, berdo`a lah kepada Allah dengan menyerahkan kepada Allah rumah itu dan segala harta yang ia tanggung  agar dijauhkan rumah berkenaan dan segala harta daripada sebarang musibah yang dinyatakan... Satu lagi, jangan lupa sentiasa do`a agar dijauhkan daripada musibah kebakaran...

Dengan kata lain alarm ini untuk keselamatan diri dan nyawa ketika penghuni ada dalam rumah.  Bukan sangat untuk keselamatan harta masa ketiadaan penghuni...

Ana tak tahu apa ada dalam kepala antum.  Pada ana,  gheta bebilion pun tak berguna kalau zaugah dan anak perempuan kena rogol dan kena ghabak "anggota vital" tubuh badan  mereka; (penceroboh yang lebih si*l, mereka liwath anak lelaki juga),        sedangkan di peringkat awal lagi perkara ini boleh dielakkan...

Ikhwah-akhowat,  kalau antum mampu beli rumah harga beghatus ribu...,  alarm system tak sampai RM2,000 tak mampu beli...? Insya Allah,   ikhwah kita Ruslan Ahmad boleh tolong berikan perkhidmatan tersebut. Insya Allah harga antum boleh runding dengan dia. Percaya lah...  Tapi jangan lah pulak ambil kesempatan untuk tekan dia sampai dia terpaksa buat kerja percuma sahaja. Itu dzalim namanya. Masuk neraka macam tuuu...  Negeri mana pun insya Allah dia boleh tolong tolong... Terpulang lah pada antum. HP dia,   (013)3450038.    Ana di sini,   hanya lah  meluahkan tentang peri pentingnya keselamatan zaugah dan anak- anak kita ketika di rumah...     Suasana di Malaysia sekarang ini di mana penjahatnya darring,   amat membimbangkan ana. 

Namun,  sekiranya selepas berusaha macam-macam nak berlaku juga,  maka itu mungkin memang Allah nak uji keimanan yang ampunya diri dan berdo`a  lah  agar ujian itu menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang telah dilakukan yang mungkin tanpa disedari...

"Ya Allah ya Tuhan kami,  Engkau peliharalah kami semua dan keluarga kami semua  dari musibah kebakaran,  perbuatan seher, pukau,  pencerobohan,  pecah rumah,  rompakan,  samun,  kecurian, rogol,  ragut,  pencabulan,  toyyol dan dari segala kejahatan makhluk Mu yang terdiri daripada jin dan manusia dan binatang yang merosak...  Amiiin ya Rabbal `Alamiiin...

AKAD
p.s.  Masa ana dan zaugah membantu menjaga rumah dan anak-anak Kak Gie Salleh ketika ketiadaan  beliau dan Dr Rosli, atas urusan pilihanraya,  Pedang Sabil pendek (18 inci) tersisip di pinggang dan pedang Sabil panjang (30 inci) sentiasa di tangan.  Tidur pun berkeadaan duduk tegak sebab bimbang masa time ana sentry Allah nak uji.  Masa tu pun sama. Kira nekad sain mati...

Sekarang ni alarm, sebijik macam alarm kereta. pakai tekan  remote control untuk activate dan de-activate dia.  Tak ada lagi jenis tekan-tekan nombor yang leceh  tuuu...   Insya Allah,  akhi Ruslan boleh urus...

==============================================

At 08:46 AM 3/18/05 -0800, Alwi Muda wrote:
>
>Remaja tikam isteri, anak Timbalan Speaker (Dun
>Meranti)
>------------------------------------------------------
>
>"KOTA BHARU: Seorang remaja belasan tahun yang
>dipercayai menikam isteri dan anak perempuan Timbalan
>Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd
>Nassuruddin Daud, di Meranti, Pasir Mas, malam tadi,
>gagal melarikan diri apabila ditahan penduduk kampung
>sejurus kejadian.
>
>Remaja terbabit yang bertopeng ketika memecah masuk
>dan menikam dua beranak itu dipercayai gagal keluar
>dari kampung itu kerana terkepung selepas penduduk
>kampung menjalankan gerakan mengesannya.
>
>Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Mas
>berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian
>itu, kira-kira jam 10 malam.
>
>Bagaimanapun, katanya, sejurus kemudian pihaknya
>dimaklumkan penduduk kampung berjaya menahan suspek
>dan kemudian menyerahkannya kepada polis.
>
>�Suspek kini ditahan di lokap IPPD Pasir Mas untuk
>siasatan lanjut,� katanya.
>
>Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, isteri Mohd
>Nassuruddin, Wan Norhanita Wan Yaakob, 36, parah
>ditikam di belakang manakala anak perempuannya, Nor
>Hannan, 4, ditikam di dada kiri.
>
>Ketika kejadian, Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Dewan
>Undangan Negeri (Adun) Meranti, baru saja keluar dari
>rumahnya untuk menghadiri satu program di Machang.
>
>Abang mangsa, Sopian Daud, 40, berkata dia menerima
>panggilan kecemasan daripada adik iparnya (Wan
>Norhanita) kira-kira jam 9.45 malam meminta bantuan
>supaya segera datang ke rumahnya.
>
>�Dia beritahu ada orang tidak dikenali masuk rumahnya
>dan menikam dia dan anak perempuannya. Saya segera
>berkejar ke rumahnya yang terletak bersebelahan.
>
>�Ketika sampai, saya dapati adik ipar saya dalam
>keadaan tertiarap dan berlumuran darah serta telefon
>bimbitnya jatuh di atas lantai, manakala anak
>perempuannya berdiri dalam keadaan berlumuran darah.
>
>�Saya segera memangku anak saudara saya yang
>berlumuran darah dan segera menghantarnya ke Hospital
>Pasir Mas dan menghubungi ambulans untuk mengambil
>adik ipar saya,� katanya.
>
>Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Kota Bharu
>(HKB) berikutan kecederaan mereka agak serius.
>
>Mohd Nassuruddin berkata, dia menerima panggilan
>kira-kira jam 10.15 malam ketika hampir sampai di
>Machang dan berpatah balik.
>
>�Menurut isteri saya, penceroboh itu pada mulanya
>menikam anak kami dan apabila isteri cuba membantu,
>dia menikam belakang isteri saya,� katanya



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke