Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
PUTERA UMNO: ALAT UNTUK TAWAN ANAK MUDA MELAYU MELALUI PINTU BELAKANG

ROSLAN SMS
 
Semasa diwawancara oleh BBC baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang menyatakan bahwa tidak terdapat demokrasi yang sebenar di Malaysia. Pihak pemerintah lazimnya akan guna apa sahaja yang berada ditangannya untuk kepentingan politknya.

Parti pembangkang disekat dari mendapat liputan di media perdana (kalau ada pun yang buruk-buruk belaka), akhbar pembangkang dikenakan pelbagai syarat, ceramah politik pembangkang dihalang, disekat dan diganggu oleh pihak keselamatan, harta dan jentera kerajaan digunakan untuk manfaat politik parti pemerintah. Demikianlah kekangan dan halangan terhadap demokrasi di Malaysia.

Kini Umno mahu meneruskan perkosaan terhadap demokrasi dengan memperkenalkan Putera Umno pula. Tak mengapalah kalau sayap ini ditubuhkan semata-mata sebagai sayap politik, pengambilan keahlian dilkakukan secara terbuka tanpa memperalatkan mana-mana jentera ataupun jabatan kerajaan. Tetapi sebagaimana kenyataan Tuan Guru kepada BBC Umno sememangnya sinonim dengan penyalahgunaan kuasa dan mereka akan tersu melakukannya kerana tidak siapa yang mampu atau berani menghalang.

Menurut Naib Ketua Pemuda Umno, Pergerakan Pemudanya akan menggerakkan siri jelajah ke seluruh negara mulai bulan depan bagi memberi penerangan serta menarik lebih ramai generasi muda menyertai Putera UMNO. Sasaran mereka adalah golongan remaja disekitar 18 – 25 tahun.

Isunya tidakkah keahlian Putera ini kelak bertentangan dengan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 yang melarang mana-mana pelajar IPTA menjadi anggota atau memegang jawatan dalam mana-mana badan siasah? Parti-parti pembangkang tidak dibenarkan sama-sekali berbuat demikian malah ada kalangan pelajar IPTA yang pernah digantung dan dibuang dari kampus kerana aktiviti politik luar kampus yang dikatakan bertentangan dengan AUKU.

Kata Khairy:

Kita bukan mahu mempolitikkan pendekatan ini sebaliknya bertujuan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan golongan muda menerusi pemahaman tentang sejarah dan perjuangan UMNO.

Kalau demikian mengapa mahu digunakan nama Umno. Penggunaan nama Umno itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan wujudnya usaha untuk mempolitkkan sayap ini.

Khairy perlu jujur dan sebagai pemimpin muda perlu belajar bercakap benar dan elakkan dari berdusta. Jelaslah Putera Umno ini kelak akan digunakan oleh Umno sebagai batu loncatan persediaan bagi menghadapi plilihanraya umum ke 12 setelah Puteri Umno berjaya menguasai golongan remaja wanita.

Jika Umno dan BN menghargai demokrasi dan kebebasan maka secara gentleman mereka sepatutnya turut membenarkan parti-parti lain berbuat perkara yang sama. Apabila inisiatif politik cuma dibenar dan dihalalkan untuk parti pemerintah sahaja sedangkan parti-parti lain dikekang bermakna kita sekadar bermimpi untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan dunia pertama sedangkan mentaliti dan sikap kita masih di takuk dunia ketiga! [EMAIL PROTECTED]
 

posted by Roslan SMS 10:44 AM


Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke