Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di salam kerugian melain mereka yang ingat mengingati dengan haq & mereka yang ingat mengingati dengan kesabaran... Berikut ini adalah kisah yang benar lagi nyata. Seringkali kita mendengar atau membaca kisah2 pelik begini berlaku dalam zaman Rasulullah SAW. Tapi ini adalah kisah yang berlaku hari ini, di zaman moden ini. Sesungguhnya inilah tanda Kebesaran & Keagungan Yang Maha Menjadikan. Semoga kisah2 ini dapat memberikan iktibar dan pengajaran bagi orang2 yang berfikir... 1. Menjadi Tetamu Allah ke BaitulLah. Semasa saya berkerja di Pasir Gudang, Johor dulu, saya berkenalan dengan seorang sahabat ini. Beliau, bagi saya, seorang yang baik hati & pemurah. Suka tersenyum, mengambil berat tapi tidak kepoh. Orangnya penyabar & begitu kuat menjaga solatnya. Seringkali beliau mengimamkan rakan2 yang lain ketika solat. Ibrahim namanya tetapi beliau lebih mesra dengan panggilan Wak Yem. Ketika itu (1998) gaji yang kami perolehi sudah boleh dikatakan lumayan. Ketika orang lain gawat, kami di industri petrochemical masih teguh. Tapi malang tak berbau. Suatu hari, Wak Yem telah melakukan satu kesilapan yang membuat the whole plant shutdown selama beberapa jam. Bayangkanlah, production selama 1 jam menghasilkan US$16,000. Kalau dah 6 jam? Memang mengaruk boss jadinya. Kesilapan bukan atas Wak Yem 100%. Bosses pun silap gak. Tapi dasar manusia lupa daratan. kesalahan di letak atas Wak Yem dan sorang lagi rakan kami. Mereka didesak berhenti kerja. Wak Yem, yang memang dikenali sebagai orang yang zuhud & penyabar, tenang meletakkan jawatan. Memang saya frust. Saya nak bawak kes ni ke Labour Office tapi dia tenang je jawab "Rezeki hak Allah. Tak kerja sini tak bermakna aku mati kebulur." Selepas tu hubungan kami terputus. Yang saya dengar berita, dia bisnes kedai gunting rambut. Kata rakan2 saya, income cukup makan je. Kena zaman gawat. Tapi Wak Yem sikitpun tak pernah mengeluh. Saya memang simpati tapi apa sangat yang mampu saya buat? Kesian mengenangkan orang yang dah biasa dapat lebih RM3k sebulan tiba2 dapat less than RM1k... Tiba2, pada Ramadhan yang lepas, ketika waktu Asar, saya terjumpa beliau di Masjid Jamek Jg. Melayu Majidi. Selesai Qabliah Asar, saya rapat kepada. "Buat pe skang?" Tanya saya. "Biasalah. Kedai gunting rambut tu jugak." Jawabnya. Saya tersenyum tawar. Masih simpati padanya. "Apa buat kat sini? Tak meniaga ke hari ni?" Tanya saya lagi. "Aku ikut kawan ni. Hm... Aku baru balik Mekah buat umrah ni." Jawabnya lagi. Subhanallah. Dulu keje gaji ribu2 tak mampu pegi, skang ni gaji ciput mampu pulak? Tanya saya dalam hati. "Orang belanja. Kalau ikut income aku memang tak mampu. Tapi siapa sangka aku mampu jadik Tetamu Allah di BaitulLah dalam bulan mulia ni? Alhamdulillah." Jawabnya seakan mendengar soalan saya dalam hati tadi. Saya terpegun. Maha Suci Engkau Ya Allah. Engkau telah memuliakan dia dengan menjemputnya ke RumahMu tanpa mengeluarkan sedikit perbelanjaan pun. Sebak saya jadinya. "Dulu kerja, aku ade gak curi2 tido. Skang nih meniaga, aku jujur sebab bisnes aku sendiri. Gunting rambut camne nak ribak. Mungkin berkat rezeki aku. Tapi apa pun, kuncinya sabar & taqwa." terangnya lagi. "Hari baik, bulan baik ni, kita berjumpa sebab nak bercerita tentang perkara baik. Tentang kekuasaan Allah. Kau dah dengarkan?" Saya mengangguk. "Sebarkanlah. Ada kebaikan untuk orang yang sabar dan taqwa. Subhanallah." Katanya. Kamipun segera bangun untuk mengerjakan solat fardhu Asar. MasyaAllah... Wak Yem, hari ini kawan tunaikan permintaan Wak Yem. InsyaAllah... 2. Terlihat Taman yang Indah. Ini satu lagi kisah menarik. Saya ada banyak baca riwayat sahabat2 Rasulullah yang terlihat taman2 yang indah sewaktu hendak bersolah. Dan tiba-tiba seorang rakan saya bercerita tentang perkara yang sama. Katanya kisah ini terjadi ketika Ramadhan yang lepas (kalau tak silap saya). Sewaktu itu dia hendak ke surau untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Rakan saya ni memang menjaga waktu solatnya. Orangnya kurang berilmu tapi cukup menjaga amalan. Beliau orang yang penyabar, jujur, tak suka cari fasal dan yang penting, tak kepoh atau orang Terengganu kata, 'dok caghe hal orang'. Biasa waktu solat memang dia di saf hadapan. Kesimpulannya, memang dia orang yang mempunyai sifat terpuji. Satu hari katanya, ketika dalam perjalanan ke surau, tiba2 langkahnya terhenti. Dia terlihat di hadapan matanya sebuat taman yang cuuukup indah. Bulan berseri tak seperti subuh2 yang lain. Taman menghijau. Katanya seolah2 berada di tempat yang lain. "Dia punya cantik, fuh! Subhanallah. Terleka aku sekejap. Tak pernah aku tengok tempat cantik camtu." Katanya. Dia hanya tersedar apabila azan berkumandang. Dia pun mempercepatkan langkahnya ke surau. Pulang dari surau, dia melalui lagi kawasan tersebut tapi tidak ditemui taman yang indah itu lagi. Yang ada hanya belukar. "Pelik." Katanya. "Aku ingat balik nak tengok lagi tapi dah takde." Jelasnya dengan wajah sedikit hampa. Subhanallah. Bagi yang pernah membaca kisah para sahabat yang sebegini, tentu paham mengapa saya anggap kisah ini besar. Brader tu tak tau kisah para sahabat yang sebegini. Kita yang dah tau sering mencari2 tapi tak jumpa. Beliau yang tak tahu dan tak mencari2, diberikan bukti yang nyata. Maha Suci Engkau ya Allah. Betapa hinanya aku untuk melihat keindahan TamanMu itu Ya Allah... 3. Pipi Diusap Bidadari. Kisah ini diceritakan kepada saya oleh salah seorang kawan saya yang baru pulang dari keluar 3 hari bersama jemaah Tabligh. Katanya, di dalam jemaahnya ada seorang lelaki yang bodoh2 alang. Dia bukan terencat akal cuma... Senang cakap IQnya terlalu rendah. Menurut ibunya, kalau di kampung dia sering dibuli. Sebab itulah ibunya menghantarnya bersama jemaah Tabligh. Memang menjadi kebiasaan Tabligh untuk bertandang dari rumah ke rumah untuk mengundang orang ke Masjid. Mamat ni pun turut sama. Dia juga bercakap ketika menjemput orang (ada istilahnya tapi saya tak ingat - maaf). Tiba di rumah seorang pakcik tua yang tak sedar diri, mamat ni pun menjemputlah pakcik tersebut. Dari mula lagi orang tua tersebut dah marah2 jemaah tersebut. Mungkin tak tahan & terasa kepadasan yang amat sangat, orang tua yang tak sedar diri tu terus menampar mamat tadi. Terpaling mukanya akibat kuatnya tamparan tersebut. Matanya sedikit bergenang. Mereka pun meninggalkan rumah tersebut & pergi ke rumah berikutnya. Yang menariknya, mamat nih masih tak serik2 dan masih lagi nak bercakap... Malam tu mereka semua tido macam biasa. Sebelum tido, rakan saya melihat mamat tersebut mengusap2 pipinya. Kesian dia. Mungkin kuat sangat tamparan tadi agaknya. Fikir kawan saya dalam hati. Mereka pun tertido. Dan seperti biasa, jemaah akan bangun awal untuk qiamulail. Tiba2 mamat tadi mendekati Amir Sahab. Kawan saya yang ada berhampiran terdengar perbualan mereka dengan jelas. "Amir Sahab, malam tadi saya mimpi ada perempuan cannnnntik sangat datang. Dia urut pipi saya yang kena tampar ni. Dia kata, dia tunggu saya datang. Nanti dia tolong ubatkan pipi saya. Siapa pompuan tu Amir Sahab? Cannntik sangat." Jelasnya. Mulanya rakan saya hampir nak tergelak tapi terdiam apabila mendengar jawapan Amir Sahab "Itulah bidadari. Dia senang menunggu awak di sana. Istiqamahlah dalam ibadah & sunnah." Terpegun semua yang ada. Subhanallah. Mulianya kedudukan mamat tuh. Dah ada tempat untuk dia di syurga. "Saya nak jumppa dia. Saya nak jumpa dia!" kata mamat tersebut riang. Rakan saya menitiskan air mata melihat keadaan itu. Dia terasa betapa dirinya hina berbanding mamat tersebut... Lihatlah sahabat2 sekalian. Allah tidak melihat kita dari ilmu & IQ kita. Sebaliknya iman, amal & taqwa. Saya pernah dihina sebagai orang yang rendah IQ semata2 kerana menentang Islam Hadhari dan mempertikaikan seorang pemimpin agama yang sanggup menjualkan agamanya dengan harga yang murah untuk mendapatkan tempat dalam kerajaan. Saya harap saudari yang merendahkan IQ saya membaca posting ini dan faham bahawa saya tak heran dengan tinggi atau rendahnya IQ. Saya lebih suka jadik bodoh2 alang macam mamat tadih asalkan saya dapat ke syurga. InsyaAllah saya akan tetap menentang kebathilan & memperjuangkan agama Allah yang Maha Suci ini. Saya harap saudari boleh mencermin diri sendiri & berhentilah berbangga dengan ketinggian IQ saudari... Sahabat2 sekalian, Pokok cerita-cerita ini ialah, iman, amal, sabar, taqwa & istiqamah dalam ibadah. Harta yang banyak, menara berkembar yang tertinggi di dunia atau taman tema Islamic Civilization tidak menjaminkan syurga untuk kita semua. Apa yang perting perjuangan ke jalan Allah. Marilah kita bangkit & berusaha tanpa jemu untuk mendirikan sebuah negara Islam yang bercorak Hadharah Islamiyah dengan berlandaskan hukum2 dari AL-Quran. Biarlah kita susah sedikit di dunia tapi mendapat ganjaran yang tidak terhingga di akhirat sana. Pesanan ini juga untuk mengingatkan diri saya sendiri... Sekian, Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari sifat lemah, jahil & lalai dalam diri saya sendiri. Wallahu'alam... Wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
