|
----- Original Message -----
From: Arland
To: Mencintai Islam
Sent: Monday, March 14, 2005 12:46 PM
Subject: "IHYA' ULUMIDDIN" KITAB AQIDAH AHLI-SUNNAH
(2/2) INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA'
ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu
Agama)
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu
Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba'du... KITAB AQIDAH AHLI-SUNNAH (2/2)
------------------------------------------------
Dan kewajiban itu ditentukan setelah peneriamaanya dari para
NabiNya
alaihimus-salam, dan bukan dengan secara akal-fikiran belaka. Untuk urusan ini, Allah telah mengirimkan para Rasul kepada mereka dan telah melengkapkannya dengan berbagai-bagai mukjizat yang nyata. Para Rasul itu telah pun menyampaikan perintah dan larangan Allah serta janji dan ancamanNya. Maka dengan itu wajiblah atas makhluk membenarkan apa yang mereka membawanya. Dan bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta�ala telah mengutus nabi yang ummi (tidak pandai tulis-baca) dari keturunan Quraish, iaitu Muhammad s.a.w. Perutusan Muhammad itu kepada sekalian bangsa Arab dan Ajam, jin dan manusia, dan dengan perutusannya, maka berakhirlah semua perutusan para Rasul dan para Nabi. Bagindalah menjadi penyudah sekalian para Rasul, pembawa berita yang menggembirakan dan yang menakutkan dan penyeru kepada jalan Allah dengan izinNya, dan sebagai pelita yang memberikan cahayaNya. Allah menurunkan ke atas baginda kitabNya yang penuh hikmat yang memberikan penerangan tentang agamaNya yang lurus dan menunjukkan kejalan Shirathil-Mustaqim (jalan yang betul). Allah telah mewajibkan ke atas semua makhluk, agar mempercayai baginda dengan apa yang diberitakannya. Dan bahawasanya Hari Kiamat itu pasti akan tiba juga, tiada boleh diragukan lagi, dan bahawasanya pada hari itu Allah Subhanahu wa Ta�ala akan membangunkan segala sesuatu yang telah mati, serta mereka akan kembali hidup semula seperti keadaan mereka sebelum itu. Dan bahawasanya Allah Ta�ala telah menciptakan syurga yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang dikasihiNya, dan mereka itu nanti akan diberikan kemuliaan dengan kurnia yang terbesar, iaitu melihat wajahNya yang Maha Mulia itu. Dan Allah Subhanahu wa Ta�ala telah mencipta nereka pula yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang mengkufuriNya, dan menentang keterangan-keteranganNya, tiada mempercayai kitab-kitabNya dan para RasulNya, dan mereka itu nanti akan terhalang dari dapat melihat wajah Allah Subhanahu wa Ta�ala. (Sampai di sini saja petikan dari huraian kata-kata Imam Ghazali. Berikutnya pula adalah petikan dari kitab �al-Ibanah� oleh Imam Ash�ari) Seterusnya hendaklah kita tidak menghukumkan kafir seseorang pun dari ahli kiblat (orang Islam), kerana sesuatu dosa yang dilakukannya seperti zina, mencuri, meminum arak, dan hendaklah kita tidak menentukan seseorang dari ahli tauhid atau yang berpegang teguh dengan keimanan, tempatnya di syurga atau neraka, melainkan sesiapa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri tempatnya di syurga atau neraka. Sebaiknya kita harus mengharapkan orang-orang yang berdosa itu untuk memasuki syurga, sebagaimana kita rasa bimbang kalau-kalau mereka akan dimasukkan ke dalam nereka untuk menerima azabNya. Dan hendaklah kita mengatakan, bahawasanya Allah Azzawajalla akan mengeluarkan beberapa golongan dari neraka sesudah mereka itu hangus terbakar, iaitu dengan syafaat Rasulullah s.a.w. sebagai membenarkan riwayat-riwayat yang dijelaskan sendiri oleh Rasulullah. Dan haruslah kita mempercayai berlakunya azab di dalam kubur, dan bahawasanya Allah Azzawajalla akan mengumpulkan sekelian hamba-hambaNya di suatu tempat perhentian (Mahshar) dan memperhitungkan amalan-amalan orang Mu�minin. Dan hendaklah kita mencintai para salaf yang dipilih oleh Allah Azzawajalla menjadi sahabat-sahabat kepada Rasulullah s.a.w. Kita memuji-muji mereka, sepertimana Allah telah memuji mereka, dan kita menjadi pengikut-pengikut mereka sekelian. Kita harus mengatakan, bahwa Imam yang termulia sesudah Rasulullah s.a.w. itu ialah Abu Bakar as-Siddiq r.a dan bahawa Allah s.w.t telah memuliakan agama ini dengan beliau, dan membuktikan keunggulannya terhadap kaum murtad. Abu Bakar telah ditunjuk oleh seluruh ummat Muslimin untuk memegang kepemimpinan, sebagaimana beliau telah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Imam sembahyang. Oleh itu kaum Muslimin telah memanggilnya Khalifah Rasulullah. Sesudah Abu Bakar, Umar Ibnul-Khattab r.a. pula menjadi Khalifah, dan sesudah beliau Usman bin Affan r.a. pula Khalifah Usman r.a. telah dibunuh secara zalim dan aniaya. Kemudian dari itu, Ali bin Abu Talib r.a mengambil tempat Khalifah. Keempat-empat Khalifah ini adalah pemimpin-pemimpin yang mengantikan tempat Rasulullah s.a.w. dan kekhilafahannya samalah seperti khilafah kenabian. Kita harus menjejaki jalan sekelian para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kita tidak boleh mencampuri perselisihan-perselisihan yang timbul di antara mereka. Dalam perkara-perkara yang kita perselisihkan pula, hendaklah kita kembali kepada kitab Tuhan kita (al-Quran) dan sunnah Nabi kita (al-Hadith) dan seterusnya kepada ijma� kaum muslimin atau persepakatannya atau apa yang diertikan dalam pengertian persepakatan itu. Kita tidak boleh mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama Allah, iaitu dalam urusan-urusan yang kita tiada diizinkan. Kita tidak boleh mengatakan sesuatu terhadap Allah padahal kita tiada mengetahui. Kita harus berpendapat bahwa sedekah untuk kaum Muslimin yang meninggal dunia itu baik sekali, demikian pula berdoa untuk mereka. Kita harus mempercayai bahawa Allah akan menyampaikan manafaatnya kepada mereka itu. (*) Kita berkata pula bahawa para sholihin itu boleh dikhususkan oleh Allah dengan tanda-tanda (keramat) yang diperlihatkanNya bagi mereka sendiri. (*) Dalam kitab al-Iqnak dan syarahnya dari kitab-kitab mazhab Hanbali berbunyi demikian: Semua peribadatan yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan maksud pahalanya dihadiahkan kepada seorang Muslim lain yang hidup atau yang sudah mati. Hukumnya adalah harus dan perbuatan itu akan mendatangkan manafaat kepada orang yang dituju dan ia akan mendapat pahalanya, sehingga untuk Rasulullah sekalipun boleh juga ditujukan amalan serupa itu: iaitu dari ibadat yang berupakan tathauwu� ataupun wajib yang boleh digantikan oleh orang lain, misalnya haji, puasa nazar, atau yang tak boleh digantikan seperti bersembahyang, berdoa, beristighfar, bersedekah, memerdekakan hamba, menunaikan hutang, puasa dan begitu juga membaca dan lain-lain lagi. Berkata Imam Ahmad: Orang mati itu sampai kepadanya segala-gala yang ditujukan kepadanya dari amalan-amalan yang baik kerana nas-nas yang warid mengenainya. Dan sebab kaum Muslimim sentiasa berkumpul di setiap bandar membaca dan menghadiahkan pahala kepada pembacaan itu kepada kaum keluarganya yang telah mati tanpa ditegah oleh orang banyak, maka bolehlah itu dianggap sebagai ijma� juga. Wallohu a'lam
bish-shawab,-
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
| ||||||||||||||||||||||||
