Di sini Kita Bermula.. Dr. Omar Yaakob
6. Antara Sumber kecelaruan.. Di antara sumber sumber kecelaruan umat ialah apabila mereka bersandarkan pendapat manusia yang tidak ma'sum dan meletakkannya sama taraf atau kadang-kadang lebih tinggi daripada al-Quran dan as-Sunnah, sumber primer dan sekunder kita. Ada yang menganggap oleh kerana seseorang itu mencapai darjat atau 'maqam' yang tinggi dalam ilmu suluk dan spiritual, maka kata-katanya mesti sentiasa betul dan diterima bulat-bulat. Mungkin kerana seseorang sheikh itu dapat melakukan perkara-perkara seperti karamah dan kasyaf, maka itu dijadikan hujjah untuk manusia menerima semua yang dibawanya, menelan apa yang disampaikannya, menuruti semua titah-perintahnya. Perlu ditegaskan bahawa mimpi salihah, kasyaf, karamah dan lintasan-lintasan hati adalah di antara perkara yang mungkin berlaku kepada individu yang tertentu sebagai anugerah daripada Allah. Di sana terdapat nas-nas yang sahih yang membenarkannya. Ianya mungkin terjadi sebagai natijah iman yang sahih dan ibadah yang benar. Namun terdapat juga kemungkinan perkara tersebut bersumber dari syaitan. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengannya. Berikut disenaraikan beberapa panduan dalam menilai kejadian-kejadian aneh yang mungkin berlaku kepada seseorang: • Jangan menjadikan matlamat ibadah untuk mencapai perkara seperti kasyaf, karamah dan seumpamanya. Kita beribadat kerana mencari redha Allah, rindukan syurga-Nya dan takutkan siksa-Nya. Beribadat seperti berzikir atau membaca al-Qur'an kerana tujuan lain atau untuk selain daripada mencapai keredhaan-Nya boleh menjatuhkan kepada syirik. • Terjadinya perkara-perkara berkenaan tidak boleh dijadikan sumber dalam amalan dan pegangan Mu'min kerana perkara-perkara tersebut tidak tergolong di dalam sumber-sumber primer dan sekunder yang disebutkan di atas. Sehebat manapun perkara yang dialami oleh seseorang ia tidak dapat menggantikan al-Quran dan as-Sunnah. Misalnya seseorang yang bermimpi bertemu Nabi s.a.w. tidak boleh membawa cara baru mengamalkan perkara-perkara ibadah kerana kononnya demikian diajar oleh Nabi di dalam mimpinya. Begitu juga seorang yang merasa nikmat melakukan ibadat dengan cara atau pada masa tertentu tidak boleh mensyariatkan kepada orang lain berbuat sepertinya. • Terjadinya perkara-perkara tersebut ke atas seseorang tidak meninggikannya sehingga menyamai atau melebihi taraf para nabi. Perkara tersebut tidak menjadi hujjah tentang taraf kemuliaan atau kesucian seseorang sehingga kata-kata dan perbuatannya diletakkan setaraf dengan atau melebihi kata-kata dan perbuatan Rasulullah s.a.w.. • Tidak gugur taklif atau kewajipan-kewajipan dalam ad-agama ini semata-mata kerana seseorang itu telah mencapai tahap di mana perkara-perkara ini berlaku kepadanya. Contohnya, setinggi mana sekalipun keajaiban berlaku kepada seseorang, itu tidak boleh menjadi tiket baginya meninggalkan mana-mana bahagian syariat; halal dan haram, perintah dan tegah. Dengan lain perkataan jika ada yang merasa atau mengatakan oleh kerana 'maqam'nya tinggi ia tidak perlu melaksanakan lagi taklif sebagai Muslim..maka jelaslah ia sesat dan berpotensi menyessatkan orang lain... ..oleh itu, maka berhati-hatilah kita menilai dan menerima apa yang datang daripada manusia selain Nabi (saw). ... bersambung inshaAllah. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
