Minyak Kelapa Dara Nufera : http://www.maynetwork.net/nufera/

Jurutera Petronas cipta 9 produk bertaraf dunia
Oleh Manan Samad

SUBANG JAYA: Seorang jurutera kanan Petronas mengharumkan nama negara 
apabila dua daripada sembilan rekaan produk automotifnya memperoleh 
pengiktirafan paten daripada pertubuhan antarabangsa hujung tahun 
lalu manakala tujuh lagi dijangka pada 2007.

Ini termasuk paten dari Amerika Syarikat (AS), Eropah, Jepun, 
Australia, China, Taiwan, Britain dan Singapura.

Azmi Osman, 31, mendapat pengiktirafan itu kerana kehebatannya 
mencipta rekaan terbaru automotif yang setaraf dengan jurutera 
berpengalaman dari luar negara.

Difahamkan, kejayaan Azmi cukup istimewa kerana setakat ini, dia 
rakyat Malaysia paling banyak menerima pengiktirafan seperti itu 
dalam bidang automatif sejak berkhidmat di Petronas pada 1996.

Dua rekaannya yang sudah mendapat kelulusan pejabat paten 
antarabangsa ialah Interbore Cooling System dan Oil Filter Adaptor 
Flange, manakala tujuh produk yang sudah dipatenkan tetapi masih 
menanti kelulusan ialah Oil Pan for Automobile Engine, Lower Casing 
of Engine Crankcase, Sensor Mounting Structure For Engine, Oil 
Scrubber For Engine, Oil Pan Structure For An Engine (dua) dan Engine 
Accessory Drive System.

Ciptaannya itu diguna pakai dalam enjin E01 yang kini dipamerkan di 
Galeri Petronas, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Beliau juga akan mempatenkan rekaan ke-10 dalam masa terdekat.

Paten merujuk kepada perlindungan rekaan seseorang dari segi undang-
undang daripada ditiru atau diciplak pereka lain.

Untuk melayakkan mendapat paten, beberapa syarat perlu dipatuhi 
seperti produk baru, mempunyai nilai reka cipta tinggi dan boleh 
digunapakai orang awam.

Pengiktirafan itu lazimnya diperolehi dalam tempoh tiga hingga enam 
tahun, bergantung kehebatan rekaan.

"Saya bangga kerana idea saya mendapat pengiktirafan negara luar. Di 
seluruh dunia, ada lebih 100 pejabat paten, tetapi yang paling 
berpengaruh ialah di AS atau Eropah. Kalau dapat pengiktirafan 
daripada dua badan terbabit, negara lain secara automatik memberi 
jaminan sama.

"Saya berterima kasih kepada Petronas kerana memberi peluang kepada 
saya menjalani latihan sambil bekerja bersama pasukan Formula 1 (F1) 
Sauber Petronas sejak 1997. 

"Saya banyak belajar dengan bekas jurutera berpengalaman Sauber dari 
Jepun, Eiji Taguchi. Selepas dua tahun, saya boleh berdikari dengan 
membuat ciptaan sendiri," kata Azmi ketika ditemubual Harian Metro, 
di kediamannya, di sini.

Azmi menghabiskan masa tujuh tahun di Switzerland ketika bertugas 
dengan Sauber Petronas sebelum pulang ke Malaysia tahun lalu.

Selain pejabat paten AS dan Eropah, beliau mendapat pengiktirafan 
dari Jepun, Australia, China, Taiwan, Britain dan Singapura.

Selain paten, Azmi berkata, beliau memperoleh pengiktirafan `trade 
secret', termasuk dua ketika menjalani latihan praktikal di Motorola.

"Sepanjang karier, saya juga banyak terima `trade secret', tetapi ia 
tidak boleh didedahkan kepada umum kerana menjadi rahsia syarikat," 
kata graduan Universiti Northestern, Boston, dalam bidang 
kejuruteraan mekanikal itu.

`Trade secret' ialah rahsia sesebuah syarikat yang membolehkan ia 
mendapat kelebihan daripada syarikat lain manakala rekaannya 
dilindungi undang-undang daripada diketahui orang awam.

Ditanya kunci kejayaan sehingga mendapat perhatian antarabangsa, Azmi 
berkata ia gabungan limu, minat dan bakat.

"Untuk menjadi pereka cipta baik, kita kena banyak membaca, faham 
betul-betul teknologi, amal konsep `reverse engine' iaitu kaji produk 
pesaing kemudian cuba meningkatkannya serta pencarian reka bentuk 
menerusi pelbagai sumber seperti internet.

"Kalau kita ada semua aspek itu, dibantu minat dan bakat, kita boleh 
menyaingi jurutera luar negara. Saya harap pada masa depan, lebih 
banyak peluang dapat diperoleh jurutera kita untuk melahirkan produk, 
reka bentuk, kajian dan pembangunan. 

"Kalau di Jepun, ia rutin harian. Kalau kamu baling bola tenis dalam 
kawasan kilang di sana, ia akan terkena kepala orang menggambarkan 
betapa ramai jurutera mereka. Dalam suasana k-ekonomi, Malaysia perlu 
melahirkan lebih ramai pereka cipta," kata Azmi. 

Minyak Kelapa Dara Nufera : http://www.maynetwork.net/nufera/








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke