Pahala Terakhir Seorang Isteri


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering

datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya

selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan

yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi

rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan

hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda

sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,

saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika

dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang

begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk

sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan

anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat

memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang

untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan

lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu

makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan

dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah

biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar

menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami

akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang

isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk

melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan

kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong

melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas

mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah

tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan

letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur

kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan

bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam

rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara

satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan

kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya

ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu

merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu

dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang

perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap

untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,

bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada

pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu

jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami

sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya

tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah

Restoran makananlaut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak
menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,

kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan

usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,

suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak

modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah

masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan

segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi

belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba

menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya
hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata

kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu

saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada

saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu

tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada

perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak


berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama

sekali

panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam

kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke

hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi

suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan

pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat

dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir

kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri.

Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada

malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf

daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada

seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,

tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan

murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan
mengalir ke pipi.
Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu

cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik

anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan

mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya

berikan sebagai isterinya.
Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search. Learn more.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke