|
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan candangan JIM dan Pemuda ABIM
serta seluruh umat Islam yang cintakan agama tapi memandangkan hanya instutusi
diraja sahaja yang dapat membuat keputusan terakhir (Majlis Raja-raja) elok saya
kira perkara ini ajukan kepada mereka, tapi kalau dah raja-raja kita pun sama
macam pihak-pihak yang memuja syatan dan iblis tak guna kita rakyat malaysia
yang beragama islam memertabakkan institusi ni lagi, sama je macam patong jangan
kita sembah mereka. Walau bagaimana pun ini pendapat saya aje, maaflah kalau
tulisan saya ni tak logik atau merapu cuma nak luahkan perasaan.
Wassalamualaikum.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 13, 2005 4:15
AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] KENYATAAN
MEDIA - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah
Malaysia (JIM)
Sabtu 26 Mac 2005
Mengawasi Akhlak
Masyarakat
Entah apalah nasib umat ini, bertubi-tubi dihadapkan
dengan masalah yang amat menguji jati diri dan kesabarannya. Belum reda isu
perlakuan tidak senonoh remaja Islam yang mengakibatkan tekanan dari
berbagai pihak kepada institusi Islam, JAWI, meletup pula isu
penubuhan Suruhanjaya Antara-Agama (IFC). Belum reda isu IFC yang bakal
campur tangan dalam hal ehwal Islam, timbul pula sosej bertanda halal
yang mengunakan usus babi. Belum reda lagi isu darah-daging itu,
timbul pula cadangan 50 NGO untuk mengkaji semula (baca: mansuhkan)
enakmen, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan akhlak
(moral).
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) memandang
serius perkembangan-perkembangan yang seolah-olah mencabar pendirian
kerajaan dan ketabahan umat. Jika 50 NGO itu mengatakan kawalan tidak
berkesan untuk membenteras keruntuhan moral, adalah wajar mereka
mengemukakan kaedah yang lebih berkesan. Hujah memansuhkan enakmen,
undang-undang dan peraturan moral tidak munasabah kerana itu akan hanya
membawa kepada perlakuan maksiat secara terbuka.
JIM menyeru
kerajaan agar bertegas untuk tidak memansuhkan enakmen, undang-undang dan
peraturan ini kerana peranannya sebagai pertahanan terakhir (last defence)
masih perlu walaupun kita meningkatkan usaha pendidikan dan penyemaian
akhlak mulia. Malah JIM berpandangan usaha membina akhlak mulia perlu
diperhebatkan kerana ia juga menjadi benteng yang menghalang dari perbuatan
jenayah.
JIM menyokong penuh pendirian ABIM yang akan
menggerakkan usaha di kalangan NGO Islam dan umat untuk menentang usaha
pemansuhan "undang-undang moral" ini.
JIM juga berpandangan
kenyataan kerajaan yang mengkehendaki operasi jabatan agama mendapat
kelulusan pihak polis terlebih dahulu sebagai merendahkan martabat dan
bidang kuasa penguasa agama. Beberapa tahun lalu pihak polis pernah
mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan memberi kerjasama dalam
menguatkuasakan suatu enakmen yang telah diluluskan oleh DUN sebuah negeri
di Pantai Timur. Oleh kerana itu tidak wajar polis diberi kuasa dalam isu
ini. Lebih baik setiap operasi dirancang secara
bersama.
Zaid
Kamaruddin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah
Malaysia
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|
- Re: Bismillah [hidayahnet] KENYATAAN MEDIA - Pertubuhan Jamaa... fazal
-