Assalamualaikum.....

Islam Hadhari? Persoalan yang menarik untuk dikupas. Kalau dari istilah
bahasa, hadhari dikatakan diambil dari perkataan hadharah iaitu pembangunan
atau kemajuan. Kalau diambik dari istilah bahasa pasar, hadhari datang dari
2 perkataan. Had dan Hari. Maknanye, Islam yang diamalkan pada had2 dan
hari2 tertentu sahaja.

Kononnya Islam Hadhari adalah Islam yang menitik beratkan pembangunan.
Islam ni bukan macam Islam Konservative yang kononnya cuma tau beribadah,
zuhud serta jumud. Islam Hadhari akan membasmi kemiskinan sehingga ke
lubang cacing dan akan memartabatkan kaum muslimin di Malaysia walaupun
terpaksa bekerjasam dengan Yahudi & menentang hukum Allah. Kerana prinsip
Islam Hadhari : 'Matlamat Menghalalkan Cara'.

Suatu ketika dulu, ketika Islam sampai ke India, golongan muslim & hindu
sering berperang. Bagi menjadikan keadaan damai, maka sebuah agama baru
telah dicipta dengan mencampurkan unsur Islam & Hindu. Agama itu adalah apa
yang kita kenali sebagai agama Sikh hari ini. Ini diceritakan sendiri oleh
seorang pengikut Sikh. Juga boleh didapati dalam buku Hadharah Islamiyyah
tulisan TG Hadi Awang.

Begitulah juga Islam Hadhari. Dalam keadaan umat Islam ditekan dan diserang
secara habis2an oleh manusia2 ad-Dholin (Kristian), kerajaan telah
mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan sebuah agama yang baru.
Tidaklah sebegitu baru kerana masih mengambil pendekatan Islam dalam kaedah
ibadah tetapi mengambil pendekatan sekular/kapitalis untuk kedah
pembangunan.

Islam Hadhari secara umumnya tetap berpegang kepada 6 Rukun Iman dan 5
Rukun Islam. Islam Hadhari juga menyatakan Tiada Tuhan (yang layak
disembah) melainkan Allah. Inilah bezanya dengan kita umat Islam yang
menyatakan Allah bukan untuk disembah semata2. Allah adalah untuk dipatuhi.
Menurut suruhannya & meninggalkan larangannya. Sekiranya Allah hanya untuk
disembah, maka kita menyamakan Allah dengan patung2 berhala.

Kaum musyrikin laknatullah menyembah patung2 berhala sebagai tanda hormat
mereka. Tetapi mereka tidak mematuhi perintah patung2 tersebut kerana
patung itu bodoh, dungu & bebal. Memang tak pandai mengeluarkan arahan.
Manakala pengikut Kristian, mereka menyembah patung Jesus yang disalib.
Mereka hanya menyembah tetapi dalam urusan dunia, mereka mengikut tindakan
hati mereka.

Agama Kristian telah beberapa kali dirombak. Asalnya mereka adalah Orthodox
yang tidak menyembah salib. Kemudian, atas permintaan Contantine yang
asalnya beragama Grik, mereka telah mencipta patung Jesus disalib
(Constantine menyatakan tidak seronok menyembah sesuatu yang tidak
kelihatan). Kemudian mereka menggelarkan diri mereka Roman Katholik.

Kemudian, wujud pula puak Protestant. Puak ini mengatakan bahawa ribak itu
halal. Jika tidak ada ribak maka negara tak akan maju. Mereka juga
menghalalkan arak. Kerana arak boleh menyumbang keuntungan hasil penjualan
arak. Bahkan mereka juga menghalalkan judi asalkan ianya berlesen dengan
kerajaan. Bagi puak Protestant, kemajuan adalah aspek terpenting dalam
kehidupan (rujuk buku Sejarah Tingkatan 4).

Skarang, dah nampak apakah itu Hadhari? Kerajaan cuba membentuk sebuah
kerajaan Islam, yang majoritinya beragama Islam, ada bank Islam, pajak
gadai Islam, masjid2 yang mahal2 tetapi, mengamalkan hukum civil,
menghalalkan perjudian, membenarkan peminuman arak bahkan mengecam pihak
Jabatan Agama membanteras maksiat. Inilah Islam Hadhari. Islam yang terHAD
pada ibadah & nampak hanya pada HARI Jumaat & perayaan...

Terbaru, buku penjelasan TG Haji Hadi Awang tentang Islam Hadhari telah
diminta untuk diharamkan. Kononnya kerana menyanggah Islam Hadhari.
Nampaknya Islam Hadhari lebih penting dari Islam Kaffah. Banyak buku2
berbentuk seks seperti kisah benar & Mangga yang dijual di pasaran yang
menggalakkan maksiat & zina sekaligus menyanggah sistem ciptaan Allah bebas
dijual di pasaran. Buku berbentuk keagamaan nak diharamkan?

Asal-usul Islam Hadhari. Semua orang tahu prestasi buruk Umno/BN dalam
pilihanraya 1999. Tun M tahu selain kes Anwar, kekalahan BN juga kerana
keceluparannya mengutuk Allah, Nabi Muhammad SAW & Islam sendiri. Sebagai
jalan memujuk rakyat, dia telah mengundurkan diri dengan menjadikan cucu
ulama DS Abdullah Ahmad Badwi (ops silap... Badawi) sebagai pengganti.

Islam Hadhari asalnya dijadikan manifesto Umno Terengganu untuk menawan
Terengganu. Dengan bermodalkan PM yang dari keturunan ulama (teringat lagu
Raihan 'Iman tak dapat diwarisi...'), pembentukan Islam Hadhari akan
kononnya membuka mata rakyat Terengganu. Umno tahu yang rakyat Terengganu
terlalu sayangkan Islam. Malangnya Terengganu jauh mundur dari negeri2
pantai barat (sebab Umno memerintah lebih 20 tahun sebelum Pas).

Dengan Islam Hadhari kononnya rakyat Terengganu & terus menjadi sebuah
negeri Islam tetapi akan dapat mengejar kemajuan. Tup tup Umno/BN menang
besar. Mereka merasakan Islam Hadhari sebagai salah satu punca kemenangan
mereka. Maka mereka pun memperbesarkan sasaran Islam Hadhari ke seluruh
negara. Sayangnya, orang Islam Malaysia tak sebodoh itu. Kalau bodoh
percaya gak Islam Hadhari, tak cukup Islam la tu...

Okla. Itu la sedikit sebanyak tentang Islam Hadhari. Pokok pangkalnya,
kembalilah kepada Al-Quran & Sunnah. Check balik segala firman2 dan hadith,
kemudian bandingkan dengan keadaan negara kita. Kita akan tau Islam atau
tidak Malaysia ni. Hadhari atau tidak Islam itu & dosa atau tidak menyokong
mereka. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



                                                                                
                                                        
                      "Azhari"                                                  
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]>             To:      
<[email protected]>                                              
                                                     cc:                        
                                                        
                                                     Subject: Bismillah 
[hidayahnet] ISLAM HADARI                                       
                      04/11/2005 02:02 PM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



Sering dilontarkan oleh PM Malaysia tentang Islam hadari, apakah itu Islam
hadari?, sebuah madzhab, aliran, pemikiran?. Adakah yang bisa menjelaskan
kepada saya?





azhari






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke