Wadah Wanita Islam: Pendidikan awal penentu kejayaan, keperibadian anak
Oleh Rosnah Ahmad
CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan
mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada
amalan dan pengalaman yang mereka lalui.
Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak
kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.
Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara
faktor penentu kejayaan anak pada masa depan.
`Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri,
yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk
membina sahsiah anak sejak kecil. Kajian mendapati bahawa anak-anak
yang mempunyai masalah `izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah
laku, gejala sosial dan penagihan dadah.
Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan
berusaha untuk menggalakkan pembinaan `izzah anak.
Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anak
untuk mencapai tujuan itu.
# Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak
bayi dilahirkan.
Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil alih
oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanak
berasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina
keyakinan dan mempelajari sesuatu.
Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil
kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepada
anak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak.
Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Samakanlah pemberian antara anak
seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang
sama kepada kamu sekalian (ibu bapa)." (Hadis riwayat Muslim)
# Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan
perasaan dan berkongsi masalah.
Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga
tahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan mereka
menyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.
# Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak.
Kita hendaklah membetulkan `perbuatan' salah laku mereka, bukan diri
mereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu
akan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal.
Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak
boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak
disukai.
# Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan
kepadanya.
Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih
untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara
mereka belajar mengingati sesuatu.
Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak
selalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil.
Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betul
sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.
# Galakkan anak membuat pilihan sendiri.
Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagi
kanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan
mereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru
dan makan nasi atau mi.
# Membina pengalaman baru dalam diri anak.
Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti
belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jika
anak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka.
Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anak
dan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka.
Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan mereka
mencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.
Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuk
sifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licin
mungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang mereka
sememangnya perlu belajar daripada kesilapan.
Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuai
seperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan mereka
melakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila mereka
merungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnya
mereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka.
# Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan.
Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja
adalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf dan
belajar daripada kesalahan yang dilakukan.
# Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha
melakukan sesuatu.
Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan.
Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanan
sendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebih
bersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.
Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yang
terbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan
hanya yang terbaik.
Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan.
Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baik
dan buruk.
# Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka.
Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri
kerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kita
harus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainan
menyimpan mainan sambil berkata "sekarang masanya untuk menyimpan
mainan kamu."
Galakkan anak berkreatif secara bebas. Jangan mengongkong anak dengan
satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumah
mengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni dan
estetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja
anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.
# Menggunakan disiplin secara positif.
Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan
seharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetap
dan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akan
rasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik.
Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solat
dan puasa.
Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukan
komitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yang
menyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.
Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal dan
berharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kita
dapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah di
bumi ini.
� PENULIS ialah pengusaha taska dan tadika Islam. Beliau boleh
dihubungi pada [EMAIL PROTECTED]. Persoalan dan jawapan berkaitan
artikel yang disiar boleh layari www.wanitajimceria.blogsopt.com

Don't walk ahead of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me And be my friend
Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.