Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). Sedangkan Kami
memandangnya dekat (pasti terjadi). Pada hari ketika langit menjadi seperti
luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
(QS. 70:6-9)

Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat
sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika
letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal
berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi etupan gunung-gunung
berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika dibandingkan dengan
letupan gunung berapi "super"(super volcanoes). Super volcanoes adalah
punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain hentaman asteroid. Ianya
boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali ganda dari kekuatan gunung
berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu tahun dan mengumpul magma
yang banyak di dalamnya sehingga meletup dengan dahsyat yang boleh
memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan sejagat.

Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebih kurang
75,000 tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda
lebih kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km
isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan.
Dianggarkan letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah
penduduk dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian genetik menunjukkan
semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat
ini. Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi
gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali
aktif.

Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua
kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu
dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di
angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan pupus
akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga India
dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, India,
Asia Tenggara dan Australia.

Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika
Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak
beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung.
Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003
kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah
mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di dasar
Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan
tasik mati dan timbul memenuhi permukaan. Kajian menunjukkan Yellowstone
meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan terakhir adalah 640,000 tahun
yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun perlepasan oleh Allah SWT.
Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama lagi? Mengapakah pihak
berkuasa Amerika dan media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan
bencana besar ini yang boleh membunuh berbillion-billion manusia?






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke