Telah bertanya Jibril pada Nabi SAW:

"Khabarkan padaku apa itu ihsan?"

Dijawab baginda,"Engkau menyembah Allah seolah-olah
engkau meiihat-Nya. Jika tidak yakinlah bahawa Dia
melihat engkau."

Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana
yang dianjurkan di atas, kesannya akan cukup besar
pada jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping
bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar dan
lain-lain sifat mahmudah.

Cukuplah sedikit rakaatnya asal khusyuk daripada
banyak tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi
matlamat ibadah ialah membuahkan iman dan akhlak
manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan
dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan
akhlak tidak bertambah, malah ia menjadi sia-sia.

Mungkin pahalanya Allah berikan juga, tetapi banggakah
kita kalau perniagaan yang kita buat hanya
mengembalikan modal langsung tidak untung? Sembahyang
yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan
jiwa sebaliknya meletihkan badan sahaja.

Di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia
yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu
itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:

1. Sembahyang orang jahil
2. Sembahyang orang lalai
3. Sembahyang orang yang lalai separuh khusyuk
4. Sembahyang orang khusyuk
5.Sembahyang nabi-nabi dan rasul

Sembahyang orang jahil ialah sembahyang yang
dilakukan| oleh orang yang tiada ilmu tentang
sembahyang. Dia tidak tahu tentang rukun dan sunat dan
dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat.
Kerana itu awal-awal lagi  ditolak malah ia berdosa
kerana tidak belajar.

Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang sempurna
lahirnya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam
sembahyang. Bermacam-macam perkara yang diingatkan
sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam
sembahyangnya itu. Dari awal hingga akhir sembahyang
sedikit pun tidak mengingati Allah.

Sembahyang jenis ini diganjarkan dengan dosa bukan|
dengan pahala. Allah berfirman:
 
"Neraka wail bagi orang yang sembahyang. Yang mereka
itu lalai dalam sembahyangnya."
(AI Maaun:4-5)

Sembahyang  yang  ketiga  ialah  sembahyang  yang
dalamnya berlaku tarik-menarik dengan syaitan.
Maknanya orang itu sentiasa berjaga bila syaitan mula
melalaikannya dari Allah, cepat-cepat dikembalikan
Ingatannya pada Allah Begitulah berlakunya hingga
akhir sembahyang. Ada waktu lalai dan ada waktu
khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa dan tidak juga
berpahala. Cuma orang itu dimaafkan.

Sembahyang orang khusyuk ialah sembahyang orang yang
sepanjang sembahyangnya itu penuh dengan ingatan pada
Allah dan pada apa yang dibacakannya dalam sembahyang.

Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengadap
Allah, maka perhatiannya hanya pada Allah. Orang ini
sembahyangnya bererti janjinya pada Allah, memohon
ampun pada Allah, berdoa pada Allah, menghina diri
pada Allah dan mengagungkan Allah.

Sembahyang beginilah yang akan menghapuskan dosa,
membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati
pada Allah, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri
dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di
dunia dan di akhirat Allah menganugerahkan pahala
syurga yang penuh kenikmatan.

Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu
sembahyang para nabi dan rasul. Mereka ini luar biasa
khusyuknya. Mereka benar-benar nampak Allah dengan
mata hati. Sebab itu * sembahyang mereka seakan-akan
berbual-bual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak
pernah jemu.

Bagaimana indahnya perasaan hati orang yang dapat
bertemu kekasihnya. Begitulah indahnya perasaan hati
mereka ini dalam sembahyang.

Salah satu perkara utama yang disukai oleh Rasulullah
SAW ialah "sembahyang penyejuk mataku" sabda baginda.

Syurga yang akan Allah anugerahkan pada mereka ialah
syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang
awam seperti kita.

Jadi tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang
di samping membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi
mesti mujahadah. Dan dengan hanya mujahadah kita
mungkin dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan
amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amal soleh
sahajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah
kita di akhirat nanti.

Sumber Rujukan : Ustaz Ashaari Muhammad




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke