Di sini Kita Bermula..
Dr. Omar Yaakob

7. Fenomena Menerima Tanpa Soal

Dalam bahagian 6 yang lalu, kita telah melihat satu kesilapan yang
sering terjadi di mana ada di kalangan umat Islam yang menggunakan
hujjah selain dari sumber primer dan sekunder.  Kadang-kadang mereka
lebih melihat dan mendahulukan peribadi/syahsiah seseorang melebihi
daripada hujjah dan nas yang utarakannya.

Misalnya, kata-kata seseorang yang dikatakan mempunyai karamah atau
kasyaf terus diterima tanpa mempersoalkan samada apa yang dikatakan
tersebut berlandaskan nas atau hujjah yang kukuh atau tidak. 
Peribadinya dianggap ma'sum sehingga tidak boleh dikritik. Ini
merupakan kelemahan yang membawa kepada beberapa tragedi dan insiden
yang menyayat hati di negara kita.

Perkara menerima kata-kata seseorang tanpa soal ini berlaku dalam
segenap bidang; agama atau lainnya dan ini menimbulkan kejumudan,
ta'asub atau taqlid yang membahayakan.  Misalnya sebahagian pengikut
sheikh atau pemimpin agama menerima semua pendapat, pandangan atau
arahan pemimpin mereka tanpa usul periksa, tanpa berhenti sejenak
mempertimbangkan kewarasan arahan atau pandangan tersebut.

Kita juga seringkali disogokkan dengan pelbagai pendapat dan saranan
daripada pemimpin-pemimpin politik kita seolah-olah semua pendapat
mereka sentiasa benar dan sahih.  Apabila pemimpin tersebut melatah,
berkokoklah semua juak-juak dan pemimpin kecil yang lain menumpang
tui, kadang-kadang tanpa memikirkan kewarasan latahan tersebut.

Sikap menerima sesuatu pendapat tanpa mahu meneliti bukti, alasan, nas
dan dalil ini berlaku bukan sahaja dalam kes yang jelas terseleweng
seperti di atas tetapi juga di dalam amalan-amalan 'fekah' kita
sehari-hari.  Ramai daripada kita yang tidak ambil kisah tentang
amalan yang kita lakukan, dari hari ke hari, dari bulan ke bulan..
apakah hujjah  dibelakangnya, apa nas disebaliknya?  Ramai daripada
kita yang berpada atau telah berpuas-hati dengan 'ilmu' yang
diperolehi secara formal semasa menuntut di sekolah rendah atau
menengah dahulu.

Oleh itu,  dalam banyak keadaan dan hal ramai di antara umat Islam
sendiri yang membelakangkan sumber-sumber yang sahih dan sanggup
menerima pendapat guru, ustaz, sheikh dan pemimpin kita tanpa usul
periksa.  Sebab itu, seperti saya telah nyatakan sebelum ini, walaupun
secara teorinya  kita  semua akur tentang perlunya kita kembali kepada
al-Qur'an dan as-Sunnah, tetapi dari sudut amalan, kita masih jauh
daripada sasaran.

Walaupun secara teorinya kita yakin bahawa tidak ada sumber yang sahih
selain dari sumber primer dan sekunder yang telah saya nyatakan, namun
ada di antara kita yang tetap menganggap seolah-olah tokoh, pemimpin,
ulama, sheikh dan imam tertentu tersebut seolah-olah ma'sum dan
kata-kata mereka diterima sebagai hujjah seperti kita menerima hadis
Nabi s.a.w..

Kenapa boleh jadi begini sedangkan Islam itu terletak di atas nas dan
hujjah yang kukuh dan kekukuhannya terletak pada nas al-Quran dan
Hadis yang dipercayai? Bagaimana kita boleh terus mengamalkan sesuatu
dalam Islam tanpa mengira sejauh mana ianya dekat atau jauh dari
pedoman al-Quran dan as-Sunnah Nabi s.a.w.?   Bagaimana kita boleh
menelan semua pandangan atau saranan yang diutarakan oleh
pemimpin-pemimpin kita seolah-olah setiap yang mereka ucapkan itu
adalah kebenaran mutlak?

Yang lebih menyedihkan ialah perkara ini juga berlaku kepada golongan
intelektual, golongan professional.  Jika bagi orang awam mungkin
mereka tidak boleh dipersalahkan kerana mereka kurang daya intelek,
tidak mempunyai kepakaran, tidak mempunyai resources  untuk menilik
dan meneliti, menilai dan menimbang.

Tetapi sebaliknya orang-orang professional mempunyai daya intelek,
keupyaan memahami dan sumber yang pelbagai untuk membuat penelitian. 
Yang anehnya, dalam kerja kita, profesyen kita, pengajian kita kita
begitu teliti. Kita biasanya menilai dengan serius setiap pendapat
atau 'quotation'; dari mana datangnya, apa asasnya, walaupun ianya
disebut oleh seorang yang berautoriti dalam bidang kita.

Tetapi dalam bidang amalan dan aqidah kita, kita sering malas membaca,
 segan menyelidik, malu bertanya, liat menghadiri kuliah dan majlis
ilmu.

Siapa yang nak dipersalahkan? 

...bersambung inshaAllah.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke