Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ Amerika mahu mengadakan rundingan dengan al-Qa'im; mujahiddin menetapkan syarat Selepas kegagalan Amerika menawan kembali bandar al-Qa'im secara paksa pada hari Rabu dan diikuti peristiwa mereka dihalau dengan cara yang memalukan, kini tentera AS memohon untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin bandar dan mujahiddin telah menetapkan syarat-syarat untuk berunding. Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa selepas kegagalan tentera AS untuk menyerang bandar al-Qa'im dan menawannya dari empat penjuru, mereka telah menggunakan pembesar suara pada hari Khamis agar dapat mengadakan rundingan dengan pemimpin di bandar tersebut. Wartawan di bandar melaporkan bahawa para mujahiddin telah memanggil kesemua pemimpin puak bertujuan untuk membincangkan mengenai permintaan Amerika itu. Mujahiddin telah menetapkan syarat untuk berunding Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan dari al-Qa'im bahawa tentera AS telah mengaku bahawa mereka telah kalah pada hari Rabu untuk menyerang bandar al-Qa'im. Kekalahan tersebut berlaku setelah berlakunya pertempuran sengit sepanjang hari di mana sebahagian besar dari anggota mereka, 400 buah kereta kebal, artileri, helikopter dan pesawat telah menyerang bandar tersebut habis-habisan dari empat arah. Pejuang mujahiddin masih dapat mempertahankan kedudukan mereka dan pada petangnya tentera AS terpaksa berundur ke luar bandar. Pada hari Khamis, wartawan Mafkarat al-Islam memetik seorang major tentera merin AS telah berkata bahawa mereka tidak berjaya menawan bandar tersebut akibat dari serangan hebat oleh pejuang mujahiddin, yang beliau rujuk sebagai 'lelaki bersenjata'. Mereka berkata bahawa mereka terpaksa berundur kerana memikirkan keselamatan orang awam, walaupun kita mengetahui bahawa perkara tersebut tidak pernah terbayang dikepala mereka kerana mereka telah meletupkan tangki simpanan air dan depo makanan dan juga mereka telah menembak ke arah wanita dan kanak-kanak yang cuba mendapatkan air dari sungai Furat. Semalam, pejuang mujahiddin telah meletupkan kumpulan tentera AS di luar bandar dengan menggunakan 32 roket dari berbagai jenis termasuk Katyusha, Grad, missile Tariq dan mortar. Serangan tersebut telah menyebabkan tentera AS terpaksa bertaburan lari ke utara dan timur bandar al-Qa'im. Sementara itu, mesyuarat pejuang mujahiddin di bandar telah memutuskan bahawa bersetuju mengadakan runding dengan tentera Amerika pada pagi esok dengan syarat tentera Amerika menerima syarat yang mereka tetapkan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: � Tentera AS mesti berundur enam kilometer dari sempadan al-Qa'im semasa rundingan tersebut dijalankan. � Pesawat tentera AS mestilah menghentikan penerbangannya di sekitar bandar. � Tentera AS mestilah mendedahkan jumlah anggota mereka yang telah terbunuh dalam pertempuran pada hari Rabu an Selasa melalui stesen radio. � Pertubuhan kemanusiaan mestilah dibenarkan membawa masuk bekalan makanan dan perubatan kepada penduduk bandar tersebut. Wartawan melaporkan bahawa tentera AS masih belum menjawab syarat tersebut pada masa laporannya dikirimkan. Oleh itu kadaan di bandar al-Qa'im agak tenang sekarang ini. Minyak Kelapa Dara NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
