Sikap JAIJ terhadap isu larangan tudung dikesali
Saturday, April 23 @ 16:15:38 MYT


MASAI, 23 April (Hrkh) � PAS merasa amat kesal dengan sikap Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang memandang ringan isu larangan memakai tudung yang berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Masai, baru-baru ini.

"Sebagai agensi kerajaan yang mempunyai kuasa dalam perkara yang berkaitan agama Islam, mereka sepatutnya mendepani kes ini bukan menyerahkan kepada pihak lain untuk menyelesaikannya," kata Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah, dekat sini.

"Kita difahamkan ada kalangan ibu bapa membuat aduan terus ke JAIJ kerana tidak berpuashati dengan sikap segelintir guru sekolah ini yang tidak membenarkan pelajar perempuan memakai tudung.

"Selain itu kita juga mendapat aduan yang sama daripada beberapa keluarga pelajar terbabit melalui telefon, lanjutan dari aduan ini kita telah mengadakan pertemuan dengan Guru Besar SRJK (C) Masai, bagi mendapat gambaran sebenar terhadap kes ini," Syed Othman berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Guru Besar sekolah terbabit, Gan Swee Sin, di sekolah tersebut baru-baru ini.

Menurut Othman, setelah JAIJ menerima aduan dari keluarga pelajar terbabit mereka tidak terus melakukan siasatan ke sekolah tersebut sebaliknya JAIJ pula mengemukakan laporan berkaitan kes ini melalui seorang kakitangannya yang bertindak sebagai pengadu kepada Jabatan Pelajaran Johor.

Lanjutan dari itu Jabatan Pelajaran Johor mengarahkan pula Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru melakukan siasatan terhadap kes ini.

Menurut Othman lagi, dalam pertemuan tersebut Gan memberitahu bahawa PPD telah menghantar seorang wakil berbangsa Tionghua melakukan siasatan ke sekolah tersebut baru-baru ini dan beliau menafikan berlakunya amalan diskriminasi terhadap pelajar Islam yang belajar di sekolah Cina.

"Soal sama ada isu ini benar-benar berlaku atau tidak adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan, mungkin ianya tidak berlaku atau mungkin ianya benar-benar berlaku tetapi yang menimbulkan kesukaran dalam kes ini apabila ibu bapa pelajar terbabit tidak berani ke depan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.

"Ini ditambah lagi dengan sikap melepas diri oleh pihak yang mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam jadi terlalu sukar untuk memastikan sama ada perkara ini berlaku atau tidak.

"Kita percaya isu larangan memakai tudung ini benar-benar berlaku di sekolah ini, cuma mungkin ianya dilakukan individu tertentu bukan arahan secara rasmi oleh pihak sekolah.

"Ini berdasarkan kepada aduan-aduan yang kita terima daripada ibu bapa pelajar dan juga reaksi beberapa pelajar perempuan yang agak aneh sekaligus menimbulkan syak dan keyakinan bahawa kes ini benar-benar berlaku.

"Sehubungan dengan itu sekali lagi kita mendesak JAIJ menjalankan siasatan dengan lebih terperinci terhadap isu ini dan kita mahu JAIJ tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dala m perkara yang membabitkan kepentingan umat Islam dan kesucian ajaran Islam,"tegas Syed Othman. - mks.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke