assalamu3alaikum
 
Dan salah satu amal soleh itu bergerak untuk menyedarkan umat Islam tentang kepentingan menunaikan fardu kifayah iaitu mendirikan khilafah. Masalah susah atau senang itu bukan penghalang dalam perjuangan. Kerana kalau kita mengetahui tuntutan hukum itu wajib maka kita akan melakukan sesuai dengan hukum syarak tersebut. Dan sekarang dah jelas tentang tafsiran asal 24:55 seolah-olah tafsir rekaan saya, telah terurai terjemahan yang saya ambil dari homepage al-islam.
 
Jadi sama-sama kita realisasikan perjuangan ke arah sistem politik Islam, dan kemenangan kita serahkan kepada Allah SWT ( kami tidak pernah memandang 13 tahun itu sahaja masa perjuangan, masa 13 tahun bukan mafhum 'adad untuk perjuangan menegakkan khalifah) perjuangan kita belum selesai, hatta selepas khilafah atau daulah Islamiyyah berdiri.
 
sekian wassalam
 
>Teman Salafi Saya berkata:
 
> he he he
>
> sebelum khayal nak jadi khalifah dan amirul mukminin malaysia,
> kenalah jadi mukmin dan mengerjakan amal soleh dulu....barulah pikir
> pasal kuasa...
>
> ingat senang ke BN nak lepas kuasa gitu aje...kalau kumpulan belum
> daftar lagi dgn pendaftar pertubuhan, takkanlah dah bincang pasal
> menubuhkan kerajaan....
>
> yang dalam tafsir tu tafsir juga, nak terjemahkan tafsir tu ke dalam
> alam nyata..belum tentu zaman ahmad mustafa, malam zaman anak cucu
> pun belum tentu kalau lihat pada gaya dan lagak aliran ini...aa
 
Tulisan Teman saya;
 
Terjemahan Ringkas : Pendapat Ahli Tafsir Muktabar
by cheque 20000 ([EMAIL PROTECTED])
 
 
Assalamualaikum

Sekadar tolong jadi tukang translate, merujuk kpd 4 tafsir yg disebut, saya ringkaskan dengan merujuk bahagian mula ayat sahaja: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan beramal soleh bahawa sesungguhnya Dia benar-benar akan <istakhlafa> mereka di bumi"

Mari kita perhatikan apakah kata ahli-ahli tafsir mu'tabar tentang maksud <istakhlafa> ini.

1. Tafsir Ibn Kathir

Ini janji dari Allah Ta'ala kepada Rasul-Nya SAW bahawa Dia akan menjadikan amanah khalifah-khalifah bumi iaitu aimmatu an-nas (pemimpin-pemimpin manusia) dan wulatu 'alaihim (penguasa-penguasa ke atas mereka). Dengan mereka, baiklah al-bilad (negara) dan tunduk kepada mereka hamba-hamba..

2. Tafsir Al-Jalalain

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan beramal soleh bahawa sesungguhnya Dia benar-benar akan <istakhlafa> mereka di bumi":
menggantikan dari al-kuffar (orang-orang kafir)

3. Tafsir At-Tabari

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman":
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

"dari kalangan kamu":
wahai manusia

"dan beramal soleh":
berkata: dan taatilah Allah dan Rasul-Nya pada apa yang disuruh-Nya dan dilarang-Nya

"bahawa sesungguhnya Dia benar-benar akan <istakhlafa> mereka di bumi":
berkata: layuwarritsannahum (bahawa sesungguhnya Dia benar-benar akan mewariskan) bumi kaum musyrikin berbangsa Arab dan bukan Arab, maka Allah akan menjadikan m ereka mulukan (penguasa-penguasa) wa saasathaa (dan mereka akan menjaga urusan umat di bumi tersebut)

4. Tafsir al-Qurtubi

Sebelum menafsirkan ayat ini, dibentangkan sebab turunnya ayat ini kemudian diperbahaskan skop ayat ini kemudian penulis tafsir telah membuat kesimpulannya, antaranya diringkaskan seperti di bawah:

Sebab turun ayat: Para Sahabat merungut betapa mereka telah bersungguh-sungguh menggeluti musuh, meskipun mereka tidak takut, tetapi mereka tidak pernah meletak senjata. Lalu turunlah ayat ini. Berkata Abu Al-Aliah: Rasulullah SAW tinggal di Makkah 10 tahun selepas menerima wahyu dalam keadaan takut bersama sahabat-sahabatnya, mereka menyeru kepada Allah secara sembunyi dan terang-terangan, kemudian diperintahkan hijrah ke Madinah, dan mereka juga dalam ketakutan sentiasa bersenjata setiap pagi dan petang. Lalu berkata seorang l elaki, "Wahai Rasulullah, akan datangkah satu hari kita akan aman dan meletakkan senjata?" Rasulullah SAW memberi satu jawapan, kemudian turunlah ayat ini, kemudian Allah memenangkan Nabi-Nya atas seluruh jazirah Arab kemudian mereka pun meletakkan senjata dan hidup dalam keamanan.

Skop ayat: Penulis Tafsir At-Tabari menyimpulkan bahawa skop "orang-orang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu" ialah seluruh umat Muhammad SAW yang beriman dan beramal soleh. Bumi pula ialah seluruh negeri kaum kafir, baik Arab mahupun Ajam. Ini bertepatan dengan sabdanya:

: ( �������� ��� �������� ��������� ����������� ������������� ������������ ����� �������� ��� ������ ��� ������� )

"Dibentangkan kepadaku bumi maka aku melihat timurnya dan baratnya dan akan sampailah kekuasaan umatku ke seluruh polosok yang dibentangkan kepadaku"

Kesimpulan tafsir
"bahawa sesungguhnya Dia benar-benar akan <istakhlafa> mereka di bumi":
fayaj'aluhum muluukaha wa sukkanaha (maka Allah menjadikan mereka pemerintah-pemerintahnya dan penduduk-penduduknya)

Kesimpulan Saya

Kata <istakhlafa> sememangnya dalam konteks bahasa bermakna menggantikan. Memang wajar kitab-kitab terjemahan, baik terjemahan Re publik Agama Indonesia yang diberi percuma kepada jemaah haji, terjemahan oleh Mohd Yusuf Ali atau Marmaduke Pickthall  menerjemahkannya sebagai mengganti kerana kitab terjemahan hanyalah memberikan terjemahan harfiah (bahasa) bagi ayat-ayat al-Quran bukannya memahamkan kita maksud syar'i ayat tersebut.

Apabila hendak mencari makna syar'i sesuatu kata atau ungkapan, sepatutnya kita merujuk tafsiran yang membahaskan ayat itu dari aspek mengapa ia diturunkan untuk memahami maksudnya yang tepat. Proses penafsiran adalah lebih kompleks daripada penterjemahan harfiah kerana sesuatu kata sahaja apabila disiasat dalil-dalil lain yang berkenaan dengannya akan menampakkan kita dimensi maksudnya yang lebih mendalam.

Setakat merujuk kepada 4 tafsir tersebut sahaja, kita mendapati bahawa kata <Istakhlafa> tersebut bermaksud menjadikan penguasa yang boleh disebut sebagai khalifah, imam atau amirul mu'minin.

Bahkan makna ba hasa kalau diertikan dengan mengganti tetap merujuk kepada menjadikan umat Muahammad yang beriman dan beramal soleh sebagai pengganti dalam mendapatkan kekuasaan di muka bumi. Bukankan kekuasaan muslimin secara global di muka bumi itulah yang dikatakan khilafah, imamah, dan imarah? Sudah tentu ia bukan kepresidenan, monarki dan keparlimenan sebab mereka tidaklah mendapat kekuasaan umum di muka bumi hingga tidak ada ketakutan pada mereka.

Wallahu a'lam.
 
 


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke