Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji-pujian buat Allah, Tuhan sekalian alam. Dialah Tuhan yang
menjadikan matahari, langit & bumi serta mengatur pergerakanya. Dan Dia
jualah Tuhan yang akan menghancurkan semuanya. Selawat serta salam ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad SAW, pengakhir segala nabi yang mebawa risalah
dari Allah dalam bentuk firman dengan perantaraan Jibrail.
Sesungguhnya mati itu benar, siksa kubur itu benar, sa'ah (detik
kehancuran) itu benar, qiamah (kebangkitan selepas sa'ah) itu benar & hisab
itu juga benar. Ketahuilah bahwa tiada di antara kita yang tahu tarikh
sebenar akan berlakunya sa'ah (atau biasa dipanggil kiamat) walaupun Nabi
Muhammad yang mulia. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah diberi
kelebihan akan pengetahuan tentang kejadian akhir zaman...
Mengapa mesti dipersoalkan kahadiran Nabi Isa AS di skhir zaman ini?
Mengapa mesti dipertikaikan kewujudan Imam Mahadi? Sedangkan Nabi Muhammad
pernah bersabda kepada Saiyidina Ali RA bahawa daripada sulbinya akan lahir
seorang pemuda yang membela umat akhir zaman. Dan pemuda itu dinamakan Imam
Mahadi.
Betul, Allah boleh menjadikan kiamat itu berlaku samada dengan atau tidak
kehadiran Nabi Isa dan Imam Mahadi. Akan tetapi, kedua-dua kejadian ini
adalah disabdakan oleh Nabi SAW melalui lidahnya yang mulia. Sekiranya
Allah menjadikan kiamat tanpa kejadian ini, maka Allah akan mendustakan
Nabi Muhammad, nabi kesayangan & kekasihNya. Adalah ini yang dimaksudkan?
Saya tak pasti kisah ini benar atau tidak, tapi seseorang pernah bercerita.
Diriwayatkan pada ketika Isra' & Mikraj, kaum kafir Quraisy telah bertanya
bukti Baginda Nabi telah ke Al-Aqsa dalam satu malam. Maka baginda
mengatakan baginda telah terserempak dengan sebuah kabilah yang dalam
perjalanan ke Mekah. Dan kabilah itu akan sampai sebelum matahari terbenam
hari tersebut.
Akan tetapi, ketika matahari hampir terbenam, kabilah tersebut masih belum
sampai. Maka Allah telah memberhentikan matahari & menahannya dari terbenam
sehinggalah kabilah itu sampai ke Mekah. Begitu sekali. Semata-mata kerana
tidak mahu mendustakan Nabi SAW. Apa mungkin Allah mendustakan Nabi SAW
dalam hal Imam Mahadi & Nabi Isa?
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja Nabi Akhir Zaman. Malah baginda adalah
penutup segala nabi. Risalah yang dibawa baginda adalah pelengkap kepada
kesemua risah yang turun sebelum baginda. Tidak timbul soal lengkap atau
tidak urusan Nabi Isa AS ketika diangkat ke langit kerana apabila Allah
berfirman bahawa telah lengkap agama Islam, maka lengkaplah juga segala
ajaran yang dibawa oleh nabi2 terdahulu.
Mengapa Nabi Isa turun kembali? Diriwayatkan, Nabi Isa AS telah bertanya
kepada Allah akan adakah lagi nabi lain selepasnya? Maka Allah memberitahu
bahawa akan hadir seorang nabi bernama Muhammad seraya menceritakan bahawa
syurga itu diciptakan untuk umat nabi tersebut. Nabi Isa AS begitu kagum &
telah meminta untuk menjadi umat Nabi SAW & permintaannya dikabulkan.
Nabi Isa bukan turun sebagai nabi. Sebaliknya hanya sebagai pembantu Imam
Mahadi dalam hal memusnahkan Dajjal. Hanya Imam Mahadi yang akan mengenali
Nabi Isa AS. Ketika suatu solah berjemaah, Imam Mahadi akan meminta Isa AS
utk mengimamkan solah tersebut. Tetapi Isa AS akan menjawa bahawa "ada
orang yang telah ditakdirkan menjadi imam pada waktunya". Ini menjelaskan
kedudukan Isa AS.
Kemudian beliau akan memusnahkan Dajjal. Terdapat berbagai riwayat tentang
kemusnahan Dajjal tetapi yang paling popular ialah Isa AS akan berdoa
kepada Allah agar mencepit kaki Dajjal ke tanah bagi memudahkan urusannya
(saya perolehi ini dari penceritaan dalam sessi kuliah, bukan pembacaan).
Kemudian beliau akan berjumpa dengan kaum Nasrani & bertanya ketika bilakah
beliau mengaku sebagai anak Tuhan...
Kehadiran Nabi Isa AS pada akhir zaman bukan sebagai Nabi. Sebaliknya
kehadirannya adalah untuk memperbetulkan kesesatan yang telah dicipta oleh
orang2 Yahudi & Nasrani. Jadi, Nabi Muhammad SAW tetap kekal sebagai Nabi
Akhir Zaman. Khatimul Anbiyak. Penutup segala nabi & risalah yang dibawanya
adalah sempurna bahkan menyempurnakan ajaran sebelum baginda. Jangan lari
dari aqidah ini.
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang membuat hukum berdasarkan
al-Quran, Sabda2 & perbuatan2 Nabi SAW (sunnah Rasulullah) & para sahabat.
Manakala untuk perkara yang tiada boleh diqiaskan. Dan yang mengqiaskan
adalah ulama2 yang tinggi ilmunya & tidak dibuat bersendirian. Sebaliknya
bermesyuarah & muzakarah. Inilah Sunnah wal jamaah.
Imam Syafie, Maliki, Hambali & Hanafi, kesemuanya adalah ahlus sunnah.
Kesemua mereka mengamalkan Islam yang sama. Uruf yang terdapat hanyalah
pada perkara2 yang kecil terbergantung kepada masa, tempat & keadaan. Yang
menjadi sesat ialah mereka yang menolak al-Quran & sunnah atau salah satu
darinya. Contohnya ialah Wahabi yang menolak hadith2 Nabi SAW. Sedangkan
wajib beriman dengan hadith2 Nabi SAW.
Yang tambah sesat bila ada kaum yang mengatakan sahabat lebih mulia dari
Nabi SAW sendiri iaitu syiah yang menganggap Ali yang paling mulia. Selain
itu mereka juga mengada-adakan hukum yang tiada seperti kahwin mutaah.
Sedangkan Nabi tidak pernah bermutaah. Dan Saiyidina Ali tidak dibenarkan
mengahwini perempuan lain selepas Fatimah. Mereka ikut siapa?
Dan satu lagi yang salah ialah Islam Hadhari. Mereka bukan saja
menghalalkan yang haram seperti riba', judi, zina dan arak malah
mengharamkan yang halal sperti membela pembuka aurah & ahlu maksiat. Ini
adalah perbuatan menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran sekaligus
bererti menentang Allah. Apakah hukum menentang Allah? Samalah macam kaum
Quraisy...
Sama2 kita perkuatkan iman kita. Sa'ah akan berlaku bila2 masa selepas
berlaku tanda2 yang telah Nabi SAW sampaikan. Bila pun ia berlaku, yang
penting persiapkan diri untuk hadapi Qiamah. Pada hari itu kita akan
dihisab. Setiap amalan, perbuatan & pertuturan akan dipersoal. Jangan cuba
menafikan apa sahaja yang Allah & Nabi SAW perintahkan.
Marilah kita persiapkan diri untuk menhadapi kiamat & Qiamah. Marilah kita
berdoa untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Berimanlah dengan
sepenuhnya kepada Allah, Malaikat, kitab2 Allah, rasul2 Allah, Qiamah serta
Qada & Qadar. Semoga dengan kebajikan & amalan soleh, kita akan beroleh
kemenangan & ditempatkan bersama2 mereka yang Dia kasihi. Sekian buat kali
ini.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
adam aizar ahmad
<[EMAIL PROTECTED]> To:
[email protected]
Sent by: cc:
[EMAIL PROTECTED] Subject: Bismillah
[hidayahnet] Kiamat Urusan Allah
s.com
04/28/2005 09:32 AM
Kerjalah kawanku, sahabat2 sekalian, Jgn tak kerja pulak, kita ada
tanggungjawab. Yang penting kita perlu sedar bahawa tiap2 diri itu pasti
akan merasai maut. Sedar saja tak cukup tuan2, kita perlu datangkan yaqin
dalam diri kita bahawa sesungguhnya diri aku ni pasti akan bertemu dgn
tuhan aku, tuhan yang menciptakan aku, sama ada dlm keadaan aku diredhai
atau aku dimurkai, pasti aku akan bertemu. Pasal kiamat tu bukan urusan
kita, lebih2 lagi bagi org2 yg Allah tak kurniakan dia dgn ilmu, apatah
lagi untuk org2 yang tak ada tholab untuk mancari wasilah dan mencapai
qurbah.
Sesungguhnya kamu akan ditanya akan apa yang kamu perbuat? Untuk apa kamu
lakukan dan tentang ilmu, dari mana kamu perolehi, drp kitab, drp guru
murshid, atau cakap org, ke tv ke radio ke? Adakah nasaf ilmu yang kamu
tuturkan itu boleh sampai hingga kpd Rasullullah SAW. Atau kamu bercakap
semata-mata berpandukan akal tanpa ilmu yang haq? Wallahuaâlam.
Kalau setakat untuk dimuzakarahkan tanpa menimbulkan qhauf pada Allah dan
yaumul mahsyar serta tiada pengharapan pada keampunan dan rahmatNya, maka
pada pendapat org jahil mcm saya, maka muzakarah akan sia-sia.
Firman Allah Taala :
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk
hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi
kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi
seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah
orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan
kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)
Shah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Berkenaan turunnya Nabi Isa sebelum hari kiamat...???
Mengapa nak mempersoalkan lagi siapa nabi terakhir....nabi akhir zaman???
makna sama???
Tahu ke anda reason Nabi Isa turun...kalau betul
akan turun....
Tugas Nabi Muhammad dah selesai sebelum wafat....
Nabi Isa...diangkat ke langit.....Tugas dah selesai?
Fikir secara basic/mudah...kalau Nabi Isa turun...nak tarbiah umat Islam
atau umat nya yang telah sesat mengatakan Dia anak Tuhan?
Tolonglah fikir secara mudah....yang baik kita ikut....
Berkenaan mazhab....itu kerana perbezaan pendapat
dan kefahaman......kita cuba mengikut panduan
yang terbaik dan mudah difikir oleh akal.....
contoh mudah...kentut semasa sembahyang batal...
susah sangat ke nak ambik air sembahyang semula...
dan anda rasa malu tak kalau kentut kat depan orang
ramai...malu.....kentut depan Tuhan malu tak?
fikir secara mudah dan lapang dada.....
itu aje...maaf kalau ada yg salah...nak start kerja....
----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: [email protected]
Sent: Wednesday, April 20, 2005 9:46 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Gerhana 2 kali dalam bulan ramadhan satu
pendustaan..renungkan
Ini adalah kata2 dan pandangan dari sahabat saya mengenai tulisan
"Gerhana 2 kali"
Assalammualaikum Warahmatullah..
Alhamdulillah. Alhamdulillah HirRabbil AlAmin. Segala pujian bagi Ya
Allah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Tuhan yang menghidup dan
mematikan. Tuhan Semesta Alam.
Mungkin benar apa yang dikatakan oleh penulis tentang kemunculan Imam
Mahdi am nya dan hari kiamat khasnya. Memang banyak cerita tentang Al
Imam ini baik di surat khabar, majalah, buku buku serta di internet
disebarkan untuk tatapan pembaca seluruh dunia. Tidak dinafikan memang
ada yang mengaku Imam Mahdi serta ada yang mengaku Nabi untuk tujuan
menyesatkan atau untuk tujuan publisiti. Wallahualam.
Cuma sebelum kita menuduh atau menepelak sesuatu apa yang telah berlaku
dan yang akan berlaku, sebaiknya kita mengetahui maksud sebenar apa yang
ditulis atau diceritakan tentang tanda tanda hari kiamat dan hari kiamat
itu sendiri. Pada pendapat dan pandangan saya yang jahil tentang agama
ini, semua cerita dan berita tentang tanda tanda kiamat, kemunculan Imam
Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan banyak lagi adalah untuk kita mengetahui yang
alam ini sudah agak tua dan akan sampai kepenghujungnya. Tidak ada siapa
lagi yang hendak menunjuk ajar dan memberi sinar dalam kehidupan setelah
wafatnya Nabi Akhir Zaman kita, para sahabat, Alim Ulama serta Wali Wali
Allah. Maka kalau Ya Allah hendak menutup alam ini, saya rasa memang dah
sampai waktunya.
Persoalannya.....
Apa yang kita buat untuk menghadapi hari tersebut. Adakan asyik hendak
menuduh itu tak betul, ini tak betul. Ini sesat itu kafir. Dari
pembacaan saya keatas artikel penulis, saya dapat rasakan yang penulis
sendiri menafikan hari kiamat dan berharap kiamat tak akan berlaku.
Berbaliklah kepada Sifat 20 yang diturunkan kepada umat manusia.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk menjadikan apa saja yang Dia
kehendaki. Andai Dia hendak menutup alam ini tanpa turunnya Imam Mahdi,
Dajjal, Nabi Isa dan yang lain lainya, itu kita tidak dapat halang.
Allah tak Mustahil sifatNYa. Yang mustahil itu manusia. Cuba
renungkan..... Janganlah asyik hendak menyebut akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang betul, dan yang lain lain tak betul. Kalau saya tanya pada
penulis apa sebenar yang dimaksudkan tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah itu
macam mana. Apa dia Ahli Sunnah, apa dia Wal Jamaah. Diakhirat nanti
akan wujud 73 barisan (kaul) kata Nabi Muhammad. Tapi yang dikenali
hanya satu. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apa maksud sebenar kata kata Nabi
itu. Apakah dengan mengatakan yang kita ini mengikut ajaran Imam Syafie
kita dah layak meletakan kita didalam golongan Ahli Sunnah ini. Habis tu
bagaimana dengan Imam Imam yang lain. Semua terjun neraka. Kalau nak di
ikutkan, saya berani mengatakan yang Nabi Muhammad bukanlah Nabi Akhir
Zaman. Sebab Ahli Sunnah Wal Jamaah ada mengatakan yang Nabi Isa akan
turun sebelum hari kiamat. Nabi Isa lah Nabi Akhir Zaman, betul tak.
Cuba renungkan......
Itulah sebabnya kita umat manusia ini Ya Allah perintahkan "Buat apa
disuruh tinggal apa yang dilarang". Janganlah kita nak mempertikaikan
dan berhujah tentang apa yang nak berlaku. Itu semua adalah kerja yang
Haq. Kita seharusnya memohon kepadaNya supaya diturunkan seseorang yang
dapat membetulkan kembali ajaran Islam sebenar, akidah dan akhlak yang
mulia sebelum alam ini dilipat oleh Yang Mencipta dan kita semua dihisab
mengikut amalan masing masing.
" Sebaik baik manusia, bila kembali kepada Allah biarlah dalam keadaan
yang bersih"
Insyallah.
HAMBA ALLAH....
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/