Assalamualaikum... This was sent by my friend. Interesting. Quite make sense. Tapi ade beberapa part saya kurang setuju. Tapi saya post uncut & unedited. Supaya anda boleh membaca secara 1st hand. Tapi, sekiranya posting ini sampai semula kepada pengarangnya, saya nak jawab soalan banyak kenapanye. Jawapan saya:
Kerana kita orang Melayu Islam & kerajaan kita Islam Hadhari. Kerana kerajaan lebih sibuk gunakan perbendaharaan negara untuk buat pembangunan / bangunan cantik2 dari bangunkan orang Melayu Islam yang tidur dalam celik. Kerana orang Melayu Islam kita berpecah dan lebih suka berbelanja di kedai Cina (of course dorang dapat jual murah sebab supplier yang cine gak tuh bagi dorang murah). Kerana dasar pecah dan perintah pusaka penjajah British masih terus diamalkan oleh kerajaan Islam Hadhari yang anda pilih dan kerana dunia ini tempat ujian orang2 soleh & nikmat untuk orang2 kafir. Wallahu'alam... _________________________________________________________ Mengikut Nabi, 9/10 daripada punca rezeki datangnya daripada punca berniaga. Bererti : 1. punca rezeki 1 - berniaga 2. punca rezeki 2 - berniaga 3. punca rezeki 3 - berniaga 4. punca rezeki 4 - berniaga 5. punca rezeki 5 - berniaga 6. punca rezeki 6 - berniaga 7. punca rezeki 7 - berniaga 8. punca rezeki 8 - berniaga 9. punca rezeki 9 - berniaga 10punca rezeki10- makan gaji Tapi kenapa kebanyakan kita, pilihan pertama adalah punca ke 10? Amalan ini telah lama diikuti oleh kaum cina. Amalan ini juga diikuti oleh orang Islam lama dulu semasa zaman Nabi tapi tidak zaman sekarang. Kenapa kebanyakan ibu bapa masih lagi lihat dari perspektif lama? "belajar rajin-rajin, besar nanti boleh kerja bagus-bagus dan gaji besar" Kenapa tidak kita galakkan anak-anak ini pilih punca rezeki 1 sehingga punca rezeki ke 9. "belajar rajin-rajin, besar nanti boleh jadi doktor dan buka klinik sendiri" "belajar rajin-rajin, cari ilmu boleh berniaga" Kalau dah tak boleh sangat nak berniaga barulah bekerja untuk orang lain. Apa pun pilihan makan gaji hanya memakmurkan orang lain (syarikat) Tidak diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Kalau kita menghantar anak-anak ke universiti dengan niat supaya anak-anak boleh timba ilmu, anak-anak boleh belajar erti kehidupan, anak-anak boleh belajar berdikari....itulah yang terbaik. Tapi kalau kita menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan supaya anak-anak dapat kerja yang baik, kerja terjamin, gaji besar, ijazah satu keperluan...kita silap besar. Rata-rata graduan bergaji tidak lebih RM2,000. Ini kenyataan. Belajar bertahun-tahun, terpaksa menanggung pinjaman apabila mula bekerja dengan gaji tidak lebih RM2,000. berbaloi ke??? Kerja yang baik dan terjamin. Tak ada kerja yang terjamin selagi masa depan hidup kita ditentukan orang lain. Kebanyakan graduan sanggup bekerja di stesen minyak, restoran makanan segera dan macam-macam lagi kerja yang tidak setimpal dengan ijazah yang diperolehi. Kenapa? Selebihnya masih sanggup menganggur sebab mak ayah masih mampu menanggung hidup. Peluang banyak. Tapi kenapa punca rezeki ke 10 menjadi pilihan utama? Ada pula sesetengah orang yang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. bila ditanya kenapa sambung belajar. alasan untuk dapatkan kenaikan gaji. ada orang dapat kenaikan, ada orang tak dapat kenaikan. yang dapat kenaikan gaji pun tak banyak kenaikannya malah kerja pun 'naik' Jika kita menyambung pengajian ke peringkat tertinggi sebab ilmu, itulah yang terbaik tapi untuk kenaikan pangkat dan gaji, mungkin pilihan kurang tepat. Dengan ekonomi gawat sekarang, masih ada yang tidak mahu mengaku masa depan kerja goyah. Masih anggap kerja terjamin. Sana sini kita dengar VSS (very sad story) , retrenchment, syarikat main taktik kotor dengan harapan pekerja berhenti dengan sukarela sebab tak perlu bayar pampasan. Buka mata, buka hati, buka minda....peluang dan rezeki ada di mana-mana. Cerita orang tua yang bijaksana... Tersebutlah kisah, ada seorang tua yang bijaksana tinggal di sebuah kampung. Seluruh kampung memang tahu tentang kebijaksanaannya. Ditanya soalan atau apa sahaja kemusykilan dia pasti dapat menjawabnya. Suatu hari, berbincang 2 orang budak nak mengenakan orang yang bijakasana ini. Cerita salah seorang budak "Aku nak genggam seekor burung dalam tangan, dan kedua belah tangan aku letakkan ke belakang" Tanya seorang lagi "Nak suruh orang tua bijaksana teka dalam sudah pasti dia tahu jawapannya" Tambah budak tadi, "Betul orang tua bijaksana pasti dapat teka apa dalam tangan, tapi aku nak suruh dia teka burung dalam tangan aku hidup atau mati. Kalau dia teka burung itu mati, aku akan lepaskan burung itu terbang tinggi. Kalau dia teka burung itu hidup, aku akan picit burung itu sampai mati. Pasti orang tua bujaksana itu tidak tahu jawapannya." Maka, pergilah mereka berdua jumpa orang tua bijaksana. Budak itu meneruskan teka-tekinya. "Wahai orang tua yang bijaksana, bolehkah engkau teka apa yang ada dalam kedua tangan aku?" (sambil meletakkan tangan ke belakang) Orang tua bijaksana tersenyum. "Aku tahu. Wahai budak, engkau sedang memegang seekor burung" Budak-budak itu tersenyum keseronokan, kerana pasti soalan seterusnya, orang tua bijaksana tidak dapat menjawabnya. Budak itu terus bertanya, "Aku tahu engkau akan tahu jawapannya burung. Tapi soalan seterusnya boleh engkau menjawabnya? Cuba teka adakah burung ini hidup atau mati?" Orang tua bijaksana tersenyum lagi. "Hidup atau mati burung itu terletak di tangan engkau, wahai budak" Budak-budak itu ternganga mendengar jawapan orang tua bijaksana. Moral cerita ini, kalau kita letakkan masa depan kita di tangan orang lain, berhati-hati. Kata orang duit bukan segala2nya. Tapi segala2nya perlukan duit untuk hidup di dunia ini. Jika duit tidak penting, kenapa jenayah berleluasa? kenapa ada suami isteri yang bercerai berai kerana kesempitan hidup? Kenapa ada anak-anak yang dijaga oleh orang lain kerana tidak mampu? kenapa ada anak-anak yang tidak berpeluang menyambung pengajian? kenapa ada orang hidup merempat? kenapa ada orang minta sedekah dari meja ke meja? kenapa ada kasih sayang yang melayang kerana kesempitan duit yang melampau? Betul bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak dinafikan langsung, kurang kesedaran tentang agama dan buruk akhlak dan lupa perintah Allah menjadi punca masalah yang timbul.walau apapun, keadaan dan tekanan hidup juga berlaku disebabkan kesempitan duit dan hidup melarat. Kita mungkin tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku, tapi kita mungkin boleh membaiki masa depan generasi akan datang kepada keadaan jauh lebih baik bermula dengan anak-anak kita sendiri. Galakkan mereka lihat peluang yang terbentang luas. Biar mereka tahu konsep 9/10 punca rezeki datangnya dari mana. Segalanya terpulang, sama ada kita nak tutup mata dan terima keadaan buruk yang berlaku sebagai takdir tanpa perlu kita berusaha ke arah kehidupan lebih harmoni atau kita sendiri membaiki kehidupan bermula dengan diri sendiri dan keluarga. Cuba bayangkan semua orang buat perkara positif yang sama. Apa kesannya? Sudah tentu dengan izin Allah setelah berusaha, segala perkara buruk yang berlaku sekeliling kita boleh dielakkan. Allah dah tentu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak berusaha mengubah nasibnya. Buatlah apa sahaja yang halal untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Carilah "jambatan kedua" selain drpd kerja makan gaji sebagai "back up". Mungkin ada yang kata saya ada udang sebalik batu dengan menghantar email sebegini. Tapi saya tak kata anda yang baca email ini perlu ikut peluang yang saya rebut. Peluang ada di mana-mana. kalau 10 kali peluang berbeza yang datang menjenguk, tak rebut, tak jadi juga. Mungkin apa yang dikongsi di atas tidak terkena langsung dengan kehidupan peribadi anda, tapi mungkin tempias kehidupan peribadi orang lain. Atau mungkin hari ini tidak ada persamaan, esok lusa hanya Allah yang tentukan. Lihatlah sudut perspektif lebih luas dan positif. "Masalah tidak akan selesai dengan hanya berfikir, masalah akan selesai dengan TINDAKAN yang diambil selepas sejenak berfikir" ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
