Wa'alikummussalam Warohmatullah Hiwabarokatuh..
AGREE.. oleh kerana terlalu banyaknyer percontohan dan perbandingan yg
boleh dibuat dan banyak sebab yg dapat saya berikan..
saya rasa jawapan encik ruzaihan adalah memadai.. memang dengan berfikir
tidak dapat menyelesaikan masalah tapi ianya dapat memberi
jalan penyelesaian.. yg payahnyer ialah biler dah ader jalan penyelesaian
tiada yg sanggup untuk berganding bahu untuk tugas perlaksanaannyer..
nak harap org macam kiter nie.. saper lah kiter.. nak harapkan yg
berjawatan.. terlalu "PRO" sangat dorang nie..
NAK BERNIAGA KENA KRONI.. RASUAH.. COMMISION DLL.. baik tak payah kan ???
tak pasal2 bersubahat.. aper kerajaan islam hadhari kiter buat bab tu..
dlm berita asik dok sibuk pekena parti pembangkang walaupun pilihanraya
depa yg menang... ISLAM HADHARI..
|---------+-------------------------------->
| | [EMAIL PROTECTED]|
| | obil.com |
| | Sent by: |
| | [EMAIL PROTECTED]|
| | s.com |
| | |
| | |
| | |
| | 05/07/05 03:38 AM |
| | |
|---------+-------------------------------->
>---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|
|
|
| To: [email protected]
|
| cc:
|
| Subject: Bismillah [hidayahnet] Rezeki...
|
>---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|
Assalamualaikum...
This was sent by my friend. Interesting. Quite make sense. Tapi ade
beberapa part saya kurang setuju. Tapi saya post uncut & unedited. Supaya
anda boleh membaca secara 1st hand. Tapi, sekiranya posting ini sampai
semula kepada pengarangnya, saya nak jawab soalan banyak kenapanye. Jawapan
saya:
Kerana kita orang Melayu Islam & kerajaan kita Islam Hadhari. Kerana
kerajaan lebih sibuk gunakan perbendaharaan negara untuk buat pembangunan /
bangunan cantik2 dari bangunkan orang Melayu Islam yang tidur dalam celik.
Kerana orang Melayu Islam kita berpecah dan lebih suka berbelanja di kedai
Cina (of course dorang dapat jual murah sebab supplier yang cine gak tuh
bagi dorang murah). Kerana dasar pecah dan perintah pusaka penjajah British
masih terus diamalkan oleh kerajaan Islam Hadhari yang anda pilih dan
kerana dunia ini tempat ujian orang2 soleh & nikmat untuk orang2 kafir.
Wallahu'alam...
_________________________________________________________
Mengikut Nabi, 9/10 daripada punca rezeki datangnya daripada punca
berniaga. Bererti :
1. punca rezeki 1 - berniaga
2. punca rezeki 2 - berniaga
3. punca rezeki 3 - berniaga
4. punca rezeki 4 - berniaga
5. punca rezeki 5 - berniaga
6. punca rezeki 6 - berniaga
7. punca rezeki 7 - berniaga
8. punca rezeki 8 - berniaga
9. punca rezeki 9 - berniaga
10punca rezeki10- makan gaji
Tapi kenapa kebanyakan kita, pilihan pertama adalah punca ke 10?
Amalan ini telah lama diikuti oleh kaum cina. Amalan ini juga diikuti oleh
orang Islam lama dulu semasa zaman Nabi tapi tidak zaman sekarang. Kenapa
kebanyakan ibu bapa masih lagi lihat dari perspektif lama? "belajar
rajin-rajin, besar nanti boleh kerja bagus-bagus dan gaji besar" Kenapa
tidak kita galakkan anak-anak ini pilih punca rezeki 1 sehingga punca
rezeki ke 9.
"belajar rajin-rajin, besar nanti boleh jadi doktor dan buka klinik
sendiri" "belajar rajin-rajin, cari ilmu boleh berniaga" Kalau dah tak
boleh sangat nak berniaga barulah bekerja untuk orang lain. Apa pun pilihan
makan gaji hanya memakmurkan orang lain (syarikat) Tidak diri sendiri dan
orang-orang di sekeliling kita.
Kalau kita menghantar anak-anak ke universiti dengan niat supaya anak-anak
boleh timba ilmu, anak-anak boleh belajar erti kehidupan, anak-anak boleh
belajar berdikari....itulah yang terbaik.
Tapi kalau kita menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan supaya
anak-anak dapat kerja yang baik, kerja terjamin, gaji besar, ijazah satu
keperluan...kita silap besar. Rata-rata graduan bergaji tidak lebih
RM2,000. Ini kenyataan. Belajar bertahun-tahun, terpaksa menanggung
pinjaman apabila mula bekerja dengan gaji tidak lebih RM2,000. berbaloi
ke??? Kerja yang baik dan terjamin. Tak ada kerja yang terjamin selagi masa
depan hidup kita ditentukan orang lain.
Kebanyakan graduan sanggup bekerja di stesen minyak, restoran makanan
segera dan macam-macam lagi kerja yang tidak setimpal dengan ijazah yang
diperolehi. Kenapa? Selebihnya masih sanggup menganggur sebab mak ayah
masih mampu menanggung hidup. Peluang banyak. Tapi kenapa punca rezeki ke
10 menjadi pilihan utama?
Ada pula sesetengah orang yang menyambung pengajian ke peringkat lebih
tinggi. bila ditanya kenapa sambung belajar. alasan untuk dapatkan kenaikan
gaji. ada orang dapat kenaikan, ada orang tak dapat kenaikan. yang dapat
kenaikan gaji pun tak banyak kenaikannya malah kerja pun 'naik' Jika kita
menyambung pengajian ke peringkat tertinggi sebab ilmu, itulah yang terbaik
tapi untuk kenaikan pangkat dan gaji, mungkin pilihan kurang tepat.
Dengan ekonomi gawat sekarang, masih ada yang tidak mahu mengaku masa depan
kerja goyah. Masih anggap kerja terjamin. Sana sini kita dengar VSS (very
sad story) , retrenchment, syarikat main taktik kotor dengan harapan
pekerja berhenti dengan sukarela sebab tak perlu bayar pampasan. Buka mata,
buka hati, buka minda....peluang dan rezeki ada di mana-mana.
Cerita orang tua yang bijaksana...
Tersebutlah kisah, ada seorang tua yang bijaksana tinggal di sebuah
kampung. Seluruh kampung memang tahu tentang kebijaksanaannya. Ditanya
soalan atau
apa sahaja kemusykilan dia pasti dapat menjawabnya.
Suatu hari, berbincang 2 orang budak nak mengenakan orang yang bijakasana
ini. Cerita salah seorang budak "Aku nak genggam seekor burung dalam
tangan, dan kedua belah tangan aku letakkan ke belakang" Tanya seorang lagi
"Nak suruh orang tua bijaksana teka dalam sudah pasti dia tahu jawapannya"
Tambah budak tadi, "Betul orang tua bijaksana pasti dapat teka apa dalam
tangan, tapi aku nak suruh dia teka burung dalam tangan aku hidup atau
mati. Kalau dia teka burung itu mati, aku akan lepaskan burung itu terbang
tinggi. Kalau dia teka burung itu hidup, aku akan picit burung itu sampai
mati. Pasti orang tua bujaksana itu tidak tahu jawapannya."
Maka, pergilah mereka berdua jumpa orang tua bijaksana. Budak itu
meneruskan teka-tekinya. "Wahai orang tua yang bijaksana, bolehkah engkau
teka apa yang ada dalam kedua tangan aku?" (sambil meletakkan tangan ke
belakang) Orang tua bijaksana tersenyum. "Aku tahu. Wahai budak, engkau
sedang memegang seekor burung" Budak-budak itu tersenyum keseronokan,
kerana pasti soalan seterusnya, orang tua bijaksana tidak dapat
menjawabnya.
Budak itu terus bertanya, "Aku tahu engkau akan tahu jawapannya burung.
Tapi soalan seterusnya boleh engkau menjawabnya? Cuba teka adakah burung
ini hidup atau mati?" Orang tua bijaksana tersenyum lagi. "Hidup atau mati
burung itu terletak di tangan engkau, wahai budak" Budak-budak itu
ternganga mendengar jawapan orang tua bijaksana.
Moral cerita ini, kalau kita letakkan masa depan kita di tangan orang lain,
berhati-hati.
Kata orang duit bukan segala2nya. Tapi segala2nya perlukan duit untuk hidup
di dunia ini. Jika duit tidak penting, kenapa jenayah berleluasa? kenapa
ada suami isteri yang bercerai berai kerana kesempitan hidup? Kenapa ada
anak-anak yang dijaga oleh orang lain kerana tidak mampu? kenapa ada
anak-anak yang tidak berpeluang menyambung pengajian? kenapa ada orang
hidup merempat? kenapa ada orang minta sedekah dari meja ke meja? kenapa
ada kasih sayang yang melayang kerana kesempitan duit yang melampau?
Betul bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak dinafikan langsung, kurang
kesedaran tentang agama dan buruk akhlak dan lupa perintah Allah menjadi
punca masalah yang timbul.walau apapun, keadaan dan tekanan hidup juga
berlaku disebabkan kesempitan duit dan hidup melarat. Kita mungkin tidak
boleh mengubah apa yang telah berlaku, tapi kita mungkin boleh membaiki
masa depan generasi akan datang kepada keadaan jauh lebih baik bermula
dengan anak-anak kita sendiri. Galakkan mereka lihat peluang yang
terbentang luas. Biar mereka tahu konsep 9/10 punca rezeki datangnya dari
mana.
Segalanya terpulang, sama ada kita nak tutup mata dan terima keadaan buruk
yang berlaku sebagai takdir tanpa perlu kita berusaha ke arah kehidupan
lebih harmoni atau kita sendiri membaiki kehidupan bermula dengan diri
sendiri dan keluarga.
Cuba bayangkan semua orang buat perkara positif yang sama. Apa kesannya?
Sudah tentu dengan izin Allah setelah berusaha, segala perkara buruk yang
berlaku sekeliling kita boleh dielakkan. Allah dah tentu tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak berusaha mengubah
nasibnya.
Buatlah apa sahaja yang halal untuk meningkatkan taraf kehidupan kita.
Carilah "jambatan kedua" selain drpd kerja makan gaji sebagai "back up".
Mungkin ada yang kata saya ada udang sebalik batu dengan menghantar email
sebegini. Tapi saya tak kata anda yang baca email ini perlu ikut peluang
yang saya rebut. Peluang ada di mana-mana. kalau 10 kali peluang berbeza
yang datang menjenguk, tak rebut, tak jadi juga.
Mungkin apa yang dikongsi di atas tidak terkena langsung dengan kehidupan
peribadi anda, tapi mungkin tempias kehidupan peribadi orang lain. Atau
mungkin hari ini tidak ada persamaan, esok lusa hanya Allah yang tentukan.
Lihatlah sudut perspektif lebih luas dan positif.
"Masalah tidak akan selesai dengan hanya berfikir, masalah akan selesai
dengan TINDAKAN yang diambil selepas sejenak berfikir"
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/