Jawapan sahabat saya tentang issue memanggil orang kafir bodoh dan bangang ni;
Yr friend ke ni ? Biasa la dlm hidup ni tak semuanya sama . Kita sendiri pun banyak kekurangan . If you feel you're not comfortable to talk to him , then dont talk but if you feel you can correct him then do it . Saya pun tak agree dia guna Surah AtTaubah nak justify kekasarannya . Memang dlm quran Surah AtTaubah dibaca tanpa Bismillah tapi bukan sebab kisah orang kafir tapi lebih kpd beratnya surah tu sendiri . Diriwayatkan masa surah tu diturunkan , unta yg Rasulullah tunggang pun terduduk sebab beratnya ayat yang nak disampaikan . Kisah Firaun mungkin boleh share dengan dia . Dikatakan kepada Musa , Firaun tu Thaghut - melampau batas tapi Allah suruh Nabi Musa datanginya dengan lemah lembut dan hujah yang tegas . Mana ada orang lebih teruk dari Firaun ? Yang sanggup mengaku diri Tuhan tapi Allah suruh guna approach yg baik . Memang setengah orang ada ilmu tapi tak tau macam mana nak disampaikan . Approach mereka kasar lalu msg pun tak sampai . Niat baik tapi cara tak kena maka objective pun tak tercapai Lalu dia tuduh orang menentangnya tanpa dia menoleh melihat bahawa dia yang buat orang lari . Setengah orang lagi dahsyat - berlainan opinion saja , kita dianggap musuhnya . Belajar kena ada sequencenya dan bertahap tahap tapi kalau main kumpul maklumat saja dari ceramah sana sini , ni padahnya . --- [EMAIL PROTECTED] wrote: > (resend due to error previously) > > Assalamualaikum... > > Saya sebenarnya tertarik pada tulisan Saudari > Suria. Bercakap mengenai Psikologi suami isteri. > Bercakap berkenaan Communication. Berkenaan > Perkongsian. Bercakap berkenaan perihal apa yang > semestinya suami buat, dan isteri perlu lakukan > -jika tidak tak berbahagia lah suami isteri. > Bagaimana lelaki harus mengurangkan EGO nye, dan > pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, satu perkara yang > ingin saya simpulkan- anda masih lagi belum > berfikiran secara ADIL. The Principle of > Communication that you brought forward is still > UNJUST. > Jangan marah ya kalau saya katakan sedemikian. > sila teruskan membaca. > Adil diertikan sebagai - Meletakkan sesuatu pada > tempatnya. Lawan kepada adil ialah Zalim. Jika > keadilan ditegakkan maka baiklah natijahnya. Jika > kezaliman diperlakukan maka buruk lah padahnya. Jadi > kita dituntut agar berlaku adil didalam dalam setiap > perkara. Sebagai contoh, katakanlah sesebuah > keluarga itu mempunyai 2 orang anak. Yang sulung > belajar di IPT dan yang bongsu belajar di Sekolah > menengah. Duit poket buat anak yang sulung mungkin > berbeza dengan yang bongsu kerana keperluan bagi > yang sulung lebih berbanding dengan yang bongsu. > Jadi, walaupun si bongsu tidak mendapat lebih, dia > tidak boleh berkata ibubapanya tidak adil kerana > tidak mendapat jumlah yang sama, kerana keadilan > dalam konteks ini adalah berdasarkan keperluan dan > bukannya berdasarkan kesamaan nilai. > Dalam soal hubungan suami isteri juga kita > harus berlaku adil. Suami harus berlaku adil kepada > isteri, dan isteri harus berlaku adil terhadap > suami. Barulah bahagia. Yang menjadi persoalannya, > adakah cara tindakan seorang suami itu berlaku adil > terhadap isteri sama seperti tindakan isteri berlaku > adil terhadap suami? Jika kedudukan dan pemikiran > mereka sama bolehlah, namun kita tahu, asal cara > kejadian lelaki dan wanita itu sememangnya berbeza, > tambah lagi pemikiran mereka- sudah tentulah > berbeza. > Dalam pandangan psikologi pun, Lelaki dan > Wanita itu tidak sama. Setiap satu mempunyai > pemikiran dan characteristic yang berbeza-beza. > Setiap satu berbeza dari segi pergaulan, minat, > percakapan, emosi dll. Oleh yang demikian, untuk > kehidupan alam rumahtangga yang bahagia, si suami > dan si isteri harus memahami pemikiran dan karakter > pasangannya untuk bertindak adil dalam pergaulan > mereka. > > Di sini saya sediakan sedikit contoh perbezaan > antara lelaki dan wanita. > > Pemikiran Lelaki > Orang lelaki straight forward. Cakap direct to the > point. Bila orang lelaki bersedih atau mengalami > masalah mereka mahu bersendirian. Kadang orang > lelaki ni ada secluded room untuk lepak (even dalam > rumah- contohnya bilik studi) Mana yang takde bilik > mereka cari tempat kat luar (contohnya gerai makan). > Bila mereka bila mereka bersendirian, ia bermaksud > mereka ingin bersendirian. TIDAK MAHU DIGANGGU! > Kalau mereka menyatakan masalah mereka kepada > seseorang, ia bermakna mereka mahukan jalan > penyelesaian( bukan sekadar ingin didengar). > > Pemikiran Wanita > Orang wanita bersifat kiasan. Bila inginkan sesuatu, > dia tak bercakap terus, tetapi lebih kepada sesuatu > yang lain yang akan menjurus kepada maksud yang > asal. Bila dalam kesedihan atau mengalami masalah, > mereka perlukan teman untuk berbual. Apabila mereka > menyatakan masalah kepada seseorang, ia bermakna > mereka ingin didengar. Mereka tak inginkan > penyelesaian. Cukup sekadar teman mendengar luahan > hati. > > Itu cuma sedikit sebanyak perbezaan antara lelaki > dan wanita. Komunikasi yang baik adalah berdasarkan > satu pihak memahami karakter pihak yang lain dan > bertindak mengikut kesesuaian pemikiran. Jikalau > anda melakukannya, anda meletak tindakan anda sesuai > pada tempatnya - jadi Insya-Allah natijahnya juga > baik. Tetapi, sekiranya anda melawan arus, itulah > puncanya kepada konflik. > > Aplikasi Bagi Pihak Wanita > Kekadang suami kita balik rumah dalam keadaan > tegang. Bila di tanya sekali mukanya mencuka dan > jawab acuh tak acuh. Itulah masanya anda memberikan > ruang kepada suami anda. Biarkan dia bersendirian > buat seketika. Bagi dia ruang tengok tv atau melepak > dalam bilik studi. Selepas waktu tertentu dia akan > keluar daripada tempat menyoroknya. Waktu itu dia > mencari jalan penyelesaian dengan menceritakan apa > yang berlaku kepada seseorang. InsyaAllah orang itu > adalah anda. > > Aplikasi Bagi Pihak Lelaki > Bila balik dari kerja orang suami melihat isterinya > dalam keadaan sugul. Sisuami harus mengambil berat > dengan bertanya kepada isterinya apa yang berlaku. > Jika tidak si isteri akan menganggap suaminya tidak > mengambil kisah. Apabila si isteri menceritakan, si > suami hanya perlu mendengar, mendengar dan mendengar > dengan perhatian yang mendalam. Tidak perlu beri > jalan penyelesaian. Apabila selesai menceritakan apa > yang terbuku dihati, si isteri akan kembali tenang. > Tanpa disedari si isteri tertidur dalam dakapan > suami. > > Begitulah yang saya saya paham. Cara > komunikasi sesama jantina tidak sama dengan cara > komunikasi dengan jantina yang berlainan. Suami > harus melayan isteri sebagai seorang wanita dan > bukan seperti yang dia biasa lakukan dengan > rakan-rakan lelaki seperti ketika zaman remaja > dahulu. Dan si isteri pula harus memahami suaminya > sebagai seorang lelaki dan melayannya bukan seperti > rakan-rakan perempuannya. Jikalau suami serkap > jarang sahaja menganggap isterinya berkarakter sama > seperti rakan-rakan lelakinya, atau si isteri juga > berpendirian yang sama, maka konflik sudah tentu > akan timbul. > Sedikit sebanyak apa yang saya utarakan > antaranya adalah berdasarkan kepada pembacaan sebuah > buku agak lama dulu. Bukunya bertajuk Men Are from > Mars, Women Are from Venus: The Classic Guide to > Understanding the Opposite Sex by John Gray. Bagi > saya, buku ini amat relevan untuk kita sedikit > sebanyak memahami pasangan.Dan bila saya membaca > tulisan saudara Ruzaihan dan Shahrizal, sedikit > sebanyak saya merasakan ia adalah aplikasi daripada > cara komunikasi yang baik seperti yang dicadangkan > dalam buku tersebut. Kalau sesiapa yang rasa susah > betul nak memahami pasangan mereka, saya suggest > buku ini. Cuma, bila baca buku-buku barat ni, perlu > FILTER lah sedikit sebanyak. Religion is not their > prime agenda. > Cukup Setakat di Sini. > > Yang Baik Datangnya Dari Allah, Yang Khilaf > disebabkan Kelemahan saya sendiri. > > Wassalam. > > > > > --------------------------------- > Do you Yahoo!? > Make Yahoo! your home page __________________________________________________ Do You Yahoo!? Log on to Messenger with your mobile phone! http://sg.messenger.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
