PEMBERONTAKAN BERSENJATA HT: SATU PENIPUAN ISLAM KARIMOV
15 Mei 2005 - Buletin Utama jam 8 malam ini mengejutkan umat dengan satu isu utama berkenaan rusuhan bersenjata yang berlaku di Uzbekistan. Akhbar hari ini melaporkan lebih 300 orang telah terbunuh(BH,15 Mei 2005). Angka kematian ini sekarang telah meningkat 500 orang dan 2000 orang cedera(AP, 15 Mei 2005). Di dalam ulasannya dinyatakan bahawa ia dilakukan oleh sebuah kumpulan militan Hizbut Tahrir (AP, 14 Mei 2005).Pemberontakan ini juga dikaitkan dengan gerakan terorris (White House Press Briefing oleh Scott McClellan) Janganlah anda percaya semua ini, ia adalah satu tipu muslihat musuh Islam untuk menakut-nakutkan umat dan membina pandangan negatif terhadap gerakan Hizbut Tahrir yang sekarang ini sedang giat berdakwah untuk melanjutkan semula kehidupan Islam di muka bumi Allah ini. Manakala media elektronik kita hanya mengambil terus maklumat yang disiarkan oleh media massa luar melalui Islam Karimov. Adakah adil jika kita hanya menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa? Adakah mereka yang menyiarkan berita ini telah menemuramah sendiri mangsa yang terlibat dalam peristiwa ini? Pihak media asing yang berada di sana juga sebenarnya telah dihalang untuk mendapatkan maklumat secara terus dan diusir dari negara tersebut(BH,15 Mei 2005; News agencies, 14 Mei 2005). Kita merasa sedih kerana ia disebarkan sedemikian rupa sebagaimana yang telah disiarkan dalam berita utama jam 8 malam tadi. Sumber maklumat ini hanya semata-mata datang dari satu pihak iaitu Islam Karimov. Siapakah Islam Karimov? Islam Karimov adalah seorang yang tidak mempunyai prinsip dan moral. Dia sanggup menipu, putar-belit serta menyiksa, membunuh atau apa sahaja kepada sesiapa yang berani mengatakan berkenaan penyelewengan, kezaliman dan ketidakadilan dalam pemerintahan asalkan dapat mempertahankan kekuasaaannya sebagai Presiden Uzbekistan. Adakah kita masih boleh mempercayai orang yang telah dikecam hebat oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia ini?
Hizbut Tahrir adalah sebuah gerakan dakwah dan politik. Objektifnya adalah untuk melanjutkan semula kehidupan Islam. Untuk merealisasikannya, ia tidak mengambil jalan kekerasan, dengan slogan 'fikriyyah-siyasiah la madiah' (Intelektual-politik tanpa kekerasan) Hizbut Tahrir telah bergerak di seluruh dunia. Sebagaimana ringkasnya adalah seperti di bawah;
Metod Dakwah
Metod yang ditempuh Hizbut Tahrir dalam mengembang dakwah adalah hukum-hukum syara' yang diambil dari thariqah (metod) dakwah Rasulullah saw, sebab thariqah itu wajib diikuti. Sebagaimana firman Allah Swt:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca dzikir dan mengingat Allah)." (Surah Al Ahzab [33]: 21)
"Katakanlah: `Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian." (Surah Ali Imran [3): 31)
"Apa saja yang dibawa Rasul untuk kalian, maka ambilah. Dan apa saja yang dilarangnya bagi kalian, maka tinggalkanlah." (Surah Al Hasyr [59]: 7)
Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Rasulultah saw, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau.
Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur�ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah Swt maka keadaan negeri mereka serupa dengan Makkah ketika Rasulullah saw diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Mekah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Rasulullah saw.
Dengan mendalami sirah Rasulullah saw di Makkah hingga beliau berhasil mendirikan Dautah Islamiyyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Rasulultah saw inilah Hizbut Tahrir mengambil metod dakwah dan tahapan-tahapannya, beserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Rasululah saw dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.
Berdasarkan sirah Rasulullah saw tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan metod perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :
Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.
Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
Ketiga, Tahapan Pengambil alihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia.
Sumber : http://www.mykhilafah.com/
Wassalam
Yahoo! Mail Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
