Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat

Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin.
Ditaip semula oleh : Abdul Kadir

Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda
Nabi S.A.W. : "Sesungguhnya kaum al-'Asy'ariyin
apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau
kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka
himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain.
Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan
sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku
daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong
menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil
berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji
sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-'Asy'ariyin yang
jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud
"Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada
mereka" ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan
tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati
ketaatan kepada Allah S.W.T.

Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa
atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan taqwa tidak
dianggap sebagai perkauman yang sempit. Kata al-Syeikh
Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas
"Sesungguhnya Nabi S.A.W. memerangi asabiyyah
(perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan,
lalu menggantikannya, lalu menggantikannya dengan
ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap
kaum al-'Asy'ariyin sebahagian daripada baginda. Ini
disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin menjamin dan
bantu membantu dalam harta, juga membahagikan harta
sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan".
(Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mubadik wa
qawa'id 'ammah, m.s. 134. Dar al-Fikr, Beirut)

Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi
kadang-kala tidak dapat melaksanakan bantu-membantu
atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua
masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hedaklah dibuat
dalam batasan kelompok yang termampu. Namun konsep
kebajikan tidaklah boleh dihadkan hanya kepada
sekelompok manusia sahaja, jika ada ruang atau
tuntutan maka ianya mesti diluaskan. Tidak boleh pula
menolong sesama sendiri sehingga ada pihak yang
terzalim atau menyempitkan maksud pertolongan sehingga
tidak diberi pertolongan melainkan hanya kepada kaum
atau kumpulan sendiri sahaja. Ini untuk mengelakkan
sikap asabiyyah yang menolong kaum atau kumpulan
sendiri sekalipun atas nilai kezaliman. Apabila
ditanya Nabi S.A.W. :

"Wahai Rasulullah ! apakah termasuk di dalam asabiyyah
jika seseorang mencintai kaumnya ? Jawab baginda
:Tidak ! Tetapi asabiyyah itu seseorang menolong
kaumnya atas kezaliman."

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan
dipuji oleh Rasulullah S.A.W. demi kebajikan
terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah
tolong menolong sesama muslim dalam keadaan Islam
dimusuhi dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong
menolong-menolong, bantu-membantu dan jamin menjamin
sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebajikan
adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah
(persaudaraan Islam). seseorang muslim sentiasa
berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. sabda
Nabi S.A.W. :

"Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang
lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara
satu sama lain." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di
tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam
keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim
menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak
sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar
dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran
muslim. Ini berlaku disebabkan fakktor-faktor
tertentu, mungkin salah satunya perkauman.

Disamping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga
jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim
lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak
sukar selain daripada muslim membeli barangan produk
umat Islam. keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk
sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli digerai,
kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim
mereka. demikian juga keadaan menjadi lebih buruk
sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk
muslim.

Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara umat
Islam masih lagi bergantung kepada dunia barat. Ini
adalah salah satu factor yang menjadikan dunia Islam
dayus kepada Barat. Banyak bahan mentah yang dimiliki
oleh umat Islam terutamanya minyak tetapi masih gagal
untuk menjadikan dunia Islam blok yang digeruni. Kita
masih lagi gagal untuk mewujudkan kesatuan perdagangan
dalam dunia Islam. Maulana Abu Hasan 'Ali al-Nadwi
r.h. pernah mengkritik dunia baratdalam tulisannya
dengan mengatakan :

"Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas
(memeliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri,
dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai
melainkan apa yang tumbuh dibuminya dan ditenun dengan
tangannya... sesungguhnya dunia Arab tidak dapat
memerangi Barat - jika keadaan memerlukan demikian -
selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta,
pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan
untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan barat,
melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada
senjata yang digunakan untuk memerangi Barat,
melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya
adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat
mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan
kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air
kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya
sampai ke tubuh orang lain." (Abu Hasan 'Ali an-Nadwi,
Maza khasira al-'Alam bi Inhitat al-Muslimin, ms. 416,
cetakan : Maktab al-Sunnah, Kaherah)

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi pula : "Kekuatan ekonomi
kita terbengkalai. Kita hudup di bumi Allah yang
paling strategic, paling baik dan subur. Bumi yang
paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan
kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita
tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi
kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan
bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita.... Jadilah
kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar ,
pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita
menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan
kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita
perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta
mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk
membuat basikal sekalipun." (Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah
al-Risalah, Beirut.)

Dalam keadaan sebeginilah umat Islam dalam semua
peringkat individu dan negara dituntut melahirkan
sikap persaudaraan Islam. menghasilkan produk keluaran
muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan
tidak bergantung kepada orang lain. demikian juga
membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang
dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar
tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi
peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat
Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam
yang ada.

Ini salah satu cara terbesar pada masa ini dalam
menunaikan taggungjawab bantu membantu dalam
menguatkan umat. Sekiranya individu umat memiliki
kuasa ekonomi serta mereka beriman dan beriltizam,
maka masarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat.
Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin
ketika menghuraikan hadith : "Bandingan seorang mukmin
dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu
bangunan, kuat menguatkan antara satu sama lain" di
atas, menyebut : "Bandingan yang dibuat dalam hadith
ini bertujuan menggalakkan bantu-membantu dan tolong
menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti
dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna
dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan
menguatkan sebahagian yang lain. seorang mukmin tidak
dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya,
ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan
saudaranya yang mukmin, jika tidak, dia akan gagal
menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah
peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk
dalam golongan yang binasa." (Mustafa al-Khin, Nuzhah
al-Muttaqin. 1/119, cetakan: Muasasah al-Risalah,
Beirut)

Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat,
sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita
akan terus menjadi umat yang lemah. Di peringkat
bawahan, umat Islam wajib terus berusaha mengeluarkan
berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak
bergantung kepada orang lain. lihat pada cuti perayaan
orang lain di negara kita, orang Islam menjadi
terdesak untuk membeli dan berurusan, ini
menggambarkan betapa kita bergantung kepada orang
lain. Bagaimanakah kita ingin menceritakan kehebatan
Islam kepada mereka dalam membina umat ?

Pengajaran Semasa

1- Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di
hadapannya, samaada dia menjadi pengeluar barangan
atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang
lain. mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai
bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat,
juga melupai tanggungjawab ukhuwwah Islamiyyah. Ini
kerana suasana umat Islam sekarang amat tertekan dan
tertindas.

2- Negara-negara umat Islam mestilah berusaha
mengeluarkan keluaran sendiri terutamanya senjata dan
barangan yang menjadi keperluan semua. Barangan asas
yang menentukan kekuatan negara mestilah dihasilkan
sendiri oleh umat Islam.

3- Negara-negara umat Islam wajiblah menjadi kitaran
dagangan antara mereka. ini supaya hasil dan harta
umat tidak jatuh ke tangan musuh. Berdagang sesama
negara adalah tuntutan yang mesti dipikul oleh bahu
para pemerintah umat Islam masa kini. Hasil kecuaian
dan sikap tidak bertanggungjawab maka lihat apa yang
terjadi kepada kekayaan Arab yang dilabur dan
dileburkan di Amerika dan dunia Barat.

4- Di peringkat individu, muslim hendaklah membantu
perniagaan muslim sedaya mungkin. Ini bagi memastikan
kita dapat membina kembali kekuatan masyarakat Islam.
persaudaraan Islam membantah seorang muslim
meninggalkan saudara muslim yang berniaga lalu membeli
dari orang lain.

5- Membantu ekonomi muslim adalah ibadah.

6- Mewujudkan badan kebajikan atau seumpamanya demi
membantu kebajikan sesama muslim juga adalah ibadah
dan perkara yang dipuji dalam Islam.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Log on to Messenger with your mobile phone!
http://sg.messenger.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke