Aku Sudah Tua
oleh Gunx

Penulis tersentak dengan satu ceramah oleh ustaz yg boleh di kategorikan
sebagai warga emas. Suaranya tegas macam komando , ttp sayang fizikalnya sudah
tidak energetic lagi.

"Aku sudah tua"
"Mana orang muda ???"


Wahhh..penulis sekali tersentak!! Ini membuatkan penulis berfikir, adakah tua
menjadi lesen bagi kita supaya tidak aktif lagi dalam dakwah ? Adakah cukup berjihad
dengan kencing berak cucu sahaja ? Bagaimana dengan pengalaman berharga mereka ?
Hendak di simpan di Arkib Negara tak leh , just biarkan bersarang di minda mereka
tanpa di curahkan kepada orang muda ??

Penulis pun tak pasti adakah penulis sendiri akan aktif atau mungkin sama2 bermain
dengan kencing berak cucu juga  ? ttp mengapa mengikut arus ???

Ya ! Rasulullah sayangkan cucunya, itu sebab sewaktu cucunya memanjat di atas
tengkuknya sewaktu solat , di lamakan sujudnya utk memberi ruang kepada cucunya.
Ini menunjukkan tahap kesayangan Rasullullah yang teramat !! Tetapi adakah ini
menjadikan alasan Rasul delegate tugas kepada para Sahabat
dan just monitor dari rumah di samping isteri2 tercinta???

Kebanyakkan hanya rasa cukup dengan berulang-alik ke masjid sahaja. Itu lah jihad
paling champion sekali. Rasa dah tak larat masuk surga . rasa paling bertaqwa sekali.

Syeikh Ahmad Yassin (founder HAMAS di Palestin)  sangat tidak larat. Jika di bandingkan
dengan warga emas di tempat saya, jauh bezanya. Mereka still boleh drive Mercz ke masjid
(alhamdulillah kerana ke masjid ... ) , ada yang boleh lagi tambah 'cawangan baru' ,
ada yang pergi ke haji 5 6 kali dengan alasan mengikut sunnah wal hal sepatutnya sekali
dan wang selebihnya patutnya di halakan kepada insan lemah di Palestin, Acheh, etc....
dan bermacam aktiviti yg tidak sepadan dengan kapasiti yg ada.

Wahai warga emas !! berubahlah menjadi Incredible Hulk !!

blog! blog! blog!
http://gunx.blogspot.com/


           
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke