Di Sini Kita Berrmula Dr. Omar bin Yaakob 14. Lagi Mengenai Menghormati Pendapat Orang Lain
Salah satu golongan yang wujud dalam masyarakat umat Islam kini ialah golongan yang menganggap diri mereka tidak bermazhab. Kita tidak mempertikaikan keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk kembali kepada Sunnah dan jalan ulama terdahulu. Masalahnya ialah dalam masa yang sama mereka membawa aliran yang tidak bertepatan dengan roh dan semangat sunnah dalam menangani perbezaan pendapat dalam masalah furu'iyah seperti yang telah dihuraikan dalam bahagian ke 12 yang lalu. Seperti yang telah diterangkan dalam bahagian ke 10, sebenarnya kita memang dituntut untuk menyelidik dan menyelusuri hujjah dan mengambil tahu tafsiran dan ta'wilan terbaik untuk dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama silam. Kita juga boleh berpegang pada mana-mana pendapat ulama yang kita yakini, yang semasa atau yang silam berdasarkan kekukuhan hujjah mereka. Tidak ada masalah jika kita tidak mahu berpegang kepada salah satu mazhab tertentu kerana mengikut mana-mana imam atau ulama' itu bukan mutlak. Masalah hanya timbul apabila ada aliran yang berpegang kepada satu pendapat dan kemudian mengekslusifkan kebenaran kepada pendapat itu sahaja. Misalnya terdapat satu pandangan yang seolah-olahnya membayangkan: "Untuk kembali kepada Kitab dan Sunnah, kita tidak boleh berbeza! Di sana hanya ada satu tafsiran sahaja dalam memahami sumber-sumber dalam tuntutan agama iaitu cara yang kami pelopori sahaja. Tafsiran Sheikh, ustaz dan Imam kami sahaja yang benar. Maka sesiapa yang mempunyai pandangan lain dari ini atau tidak mengikuti pendapat kami adalah batil atau melakukan bid'ah!". Ringkasnya, menurut mereka, hanya SATU cara sahaja perincian tatacara sembahyang yang ditunjukkan oleh Rasulullah, juga hanya satu sahaja perincian tatacara berwudhu', hanya satu cara Haji Rasululullah dan sebagainya. Cara lain tidak benar dan tidak sah! Ini seolah-olah hanya itu sahaja yang benar yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. lantas melihat tafsiran/ta'wilan lain sebagai tidak benar dan batil walaupun pendapat yang lain itu juga diasaskan kepada nas dan tafsiran yang sahih oleh Imam Mazhab yang muktabar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, kumpulan ini seolah-olah berpandangan bahawa hanya pendapat sheikh mereka sahaja yang benar manakala pendapat sheikh dan ulama-ulama lain, yang semasa dan yang silam adalah salah dan terseleweng. Tidakkah disedari oleh mereka bahawa sheikh, ustaz atau imam mereka tersebut hanyalah merupakan salah seorang lelaki yang mungkin berilmu tetapi tidak ada lebih istimewanya berbanding dengan ulama lain, masing-masing dengan hujjah, takwil, kelemahan dan kesilapan yang tersendiri. Sheikh mereka juga tidak maksum dan oleh itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan atau mengambil tafsiran atau takwilan berdasarkan ilmu dan pengalamannya yang mungkin juga terbatas. Seperkara lagi, perkataan 'mazhab' membawa maksud jalan pemikiran atau metod ijtihad dalam perolehan hukum dari sumber-sumber primer dan sekunder. Oleh itu jika satu kumpulan membawa satu aliran atau jalan pemikiran tertentu dalam menilai sumber dan menyarikan hukum-hakam daripadanya, maka itu merupakan satu 'mazhab'. Yakni dakwaan mereka bahawa mereka tidak bermazhab sebenarnya tidak berasas kerana hakikatnya mereka tetap bermazhab, cuma mereka mungkin tidak berpegang kepada mazhab yang Imam yang empat. Maksud saya mereka tetap bermazhab dengan 'mazhab' yang dibawa oleh sheikh atau guru mereka. Bahkan ada kalanya mereka pula menjadi terlalu rigid dan tidak bertolak-ansur kerana ta'asub dengan 'mazhab' sheikh yang menjadi rujukan mereka. Kesimpulannya, mengikut mana-mana ulama yang kita yakini itu dibolehkan dan tidak semestinya terhad kepada salah satu dari yang empat. Tidak ada salahnya bagi kita, sekiranya kita lebih yakin untuk berpegang dengan penilaian hujjah asasi olehnya. Tetapi kita tidak berhak untuk sewenang-wenangnya menganggap orang yang mengikut pendapat Imam atau ulama lain sebagai batil, salah, silap atau 'ahli bid'ah dan menyeleweng'. ..bersambung inshaAllah. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
