[EMAIL PROTECTED] wrote:
Minyak oh minyak
Dilulus terbit pada Tuesday, May 17 @ 19:03:27 MYT oleh LinuxPro
banzai menulis - "Tahukah anda bagi setiap tong minyak yang dijual:
1) 5% diagihkan kepada negeri-negeri sebagai royalty minyak
2) 5% untuk kerajaan pusat
3) 20% untuk Esso atau Shell sebagai gantirugi kos pencarian (investment on exploration)
Baki 70% dikongsi antara Petronas dan Esso atau Shell:
1) 70% dari 70% atau 49% dari jumlah keseluruhan untuk Petronas
2) 30% dari 70% atau 21% dari jumlah keseluruhan untuk Esso atau Shell
Untuk mengetahui berapakah jumlahnya 5% tu dalam RM:
Jumlah keluaran: lebih kurang 600kBD (thousand barrels per day)
Harga setong: USD50.00 (anggaran semasa)
Jadi, 5% x 600,000 x 365 x 50 x 3.8 = RM2.08 Billion (Kerajaan pusat & kerajaan negeri; Serawak dan Terengganu)
Pendapatan Petronas dari hasil minyak mentah dalam negara ialah lebih kurang RM20 Billion .
Menurut laporan akhbar arus perdana , anggaran pendapatan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 ialah sebanyak RM120 Billion. Dari mana lagi datangnya RM100 Billion tersebut? Jawapannya adalah dari hasil LPG dan lain-lain aktiviti hiliran serta pelaburan Petronas di luar Negara.
Adalah diketahui umum bahawa minyak mentah keluaran Malaysia adalah dari jenis yang bermutu tinggi (sweet) iaitu minyak yang mempunyai kandungan sulfur yang rendah. Minyak ini mempunyai harga yang lebih tinggi di pasaran antarabangsa dan adalah lebih ekonomikal jika minyak ini di eksport keluar negara untuk mendapat tukaran wang asing. Negara pula mengimport minyak yang �sour� dari negara lain untuk kegunaan tempatan. Minyak �sour� memerlukan proses penapisan yang lebih kompleks dari minyak �sweet� kerana kandungan sulfurnya yang lebih tinggi.
Kerajaan tidak mendedahkan siapakah yang membiayai pembelian minyak mentah dari luar negara tersebut. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar harian perdana, saolah-olah segala perbelanjaan tersebut ditanggung oleh kerajaan dimana dengan kenaikan harga petrol dan disel, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM2 billion untuk subsidi minyak.
Daripada pengiraan di atas, kita dapati bahawa kerajaan pusat hanya mendapat 5 % dari hasil minyak mentah Malaysia manakala hampir separuh (49 %) adalah milik Petronas. Kita sedia maklum, walaupun Petronas adalah milik kerajaan Malaysia, tetapi sebagai sebuah syarikat koperat, segala-gala urusan kewangan adalah tertakluk dibawah akta syarikat. Kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang Petronas tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah. Dalam hal ini, Pak Lah terpaksa mengemis dari bekas bos nya, penasihat Petronas.
Wajarkah Petronas menyimpan segala keuntungan terutama dari hasil petroleum yang diperolehi di Malaysia? Memang diakui bahawa pelaburan Petronas di luar negara banyak menyumbang kepada pendapatan syarikat tetapi sebagai sebuah syarikat milik kerajaan, Petronas mesti melakukan lebih banyak tanggung jawab sosialnya daripada terus bermegah dengan menara berkembarnya atau dengan tajaan kereta F1 nya. Kasihanilah Pak Din di Ceruk To�Kun dan Pak Nik di Wakaf Mak Yeh yang akan terus membayar harga kemajuan demi untuk mengisi tangki motosikal buruk masing-masing�.
Sumber:Tranungkite
Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
