[EMAIL PROTECTED] wrote:
Suntingan dan terjemahan:
Ust. Zaharuddin Abd Rahman Abu Husna
Al-Yarmouk University , Jordan
[EMAIL PROTECTED]
Malaysia & Yahudi
Menteri Perniagaan, Pembuatan dan Kerja Israel telah membuat ketetapan untuk menghapuskan kewajiban mendapatkan lesen import bagi kebanyakan barang dagangan dari Malaysia dan Indonesia, dan hanya mengekalkannya bagi beberapa barangan shj.
Berkata akhbar Yadi�ut Ahrunut milik Israel, sesungguhnya ketetapan ini dibuat bagi merangsang industri pembuatan, komunikasi, elektronik dan alatan perubatan Israel.
Walapun kedua-dua negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatic yang rasmi, namun beberapa tahun kebelakngan ini telah berlaku aktiviti perniagaan dan perdangangan yang aktif di antara usahawan Yahudi dan Malaysia juga Indonesia. Telah mencecah saiz barang dagngan yg masuk ke Israel dari Indonesia USD 55 Juta , manakala jumlah barangan Israel yg masuk ke Indonesia sebanyak USD 10 Juta. Adapun Jumlah barang DAGANGAN MALAYSIA YANG MASUK KE ISRAEL TELAH MENCECAH USD 17 JUTA TAHUN 2002 DAN SEJUMLAH USD 280 JUTA BARANG DAGANG ISRAEL TELAH MASUK KE MALAYSIA. Di maklumkan bahwa lebih 90 % dari hasil keluaran Isarel yang dihantar ke Malaysia melalui jalan syarikat Intel iaitu terdiri dari komponen komputer yang dikeluarkan di Israel dan dihantar ke kilang Malaysia untuk disempurnakan proses pengeluarannya. (Petikan dari akhbar As-Sabil, Jordan , 3-9 Jun 2003, Bil 493 Tahun ke Sepuluh )
Kutukan Yahudi Terhdap Islam
1. Akhbar Yahudi �Yadi�ut Uhrunut� menegaskan bahwa semua bangsa Yahudi agar jangan takut lagi terhadap Dunia Islam, kerana apa yang digelar Umat Islam itu hanya hidupan yang berpecah serta mundur dan tidak mampu utk menghadapi kemempuan aqal Yahudi yang tersusun.
2. Penganalisa Politik Berbangsa Yahudi Siver Blustker pula menambah kritikannya terhdapa umat Islam dengan katanya �Sesungguhnya setiap negara umat Islam mempunyai masalah masing2, juga sibuk dengan kemandoman ekonomi dan keaman yang cukup menyibukkan mereka utk lebih belasan tahun utk meneyelesaikannya. Dan kepada bangsa Yahudi , mestilah yakin dan menyedari bahawa Yahudi hari ini berada dalam kekuatan yang dicemburui oleh seluruh umat. Sejak 30 tahun yg lalu kami berada dalam keadaan hina dan dianak tirikan di Timur Tengah dan seluruh Dunia Islam, tetapi hari ini kita telah mendahului semuanya��
� Tiada akan ada lagi selepas hari ini, kerana muslimin adalah LEMAH, mereka tidak mampu bersatu dan bersepakat atas apa jua perkara, dan mereka mampu bersepakat utk berpecah dan berselisih�
� Semua harus menyedari bahawa kami adalah negara kelima di dunia di dalam bidang alatan komputer dan teknologi dimana pengeluaran Israel menceah USD 40 Biliion �
� Sesungguhnya Israel maju dari sudut sains dan ekonomi dan rantau Arab dan Islam seluruhnya mundur dan lemah�
�Wajib kita menumpukan falsafah �Israel Mara� iaitu dgn menguasai bidang ekonomi Arab dan islam dan pemerintahan politiknya�
Qatar hari ini
Negara Qatar telah membuka hubungan rasmi dgn Negara Yahudi dan ia merupakan negara pertama yg berbuat demikian, ia adalah selepas perjumpaan Menteri Luar Qatar, Hamad Bin Jasim dengan Menteri Luar Israel Selvan Shaloum.
Dihalang Memasuki Peperiksaan Keranan Tudung
Berita Tunisia : 38 pelajar Perempuan Islam yang bertudung dilarang memasuki peperiksaan hanya kerana tudung mereka, Munzir Ibn �Ukaz , Pengetua Maahad al-Qinal Menengah (60 KM Utara Bandar Tunis) telah melarang mereka menduduki peperiksaan walaupun mereka telah menggantikannya dgn penutup kepala biasa. Selain itu, mereka juga diminta utk pergi ke Balai Polis untuk menandatangani perjanjian agar tidak lagi memakai tudung di masa akan datang. Telah keluar pekeliling kerajaan tahun 1981 yang menganggap tudung sebagai pakain kepuakan justeru dilarang pemakaiannya di Universiti,serta ma�had menengah ( 8 Jun 2003)
Amerika Ingin Serang Iran
1) Beberapa sumber Rusia memberitahu bahawa Amerika benar2 telah merancang serta meletakkan plan untuk melancarkan gerakan tentera terhadapa Iran yg didakwanya menyokong dan mendokong gerakan (Irhab = terrorist) serta memiliki program rahsia untuk menghasilkan Senjata Kimia.
Akbar Varafida menyatakan bhw temujanji untuk melancarkan serangan Amerika terhadap Iran telah ditetapkan di dalam mesyuarat yang dibuat di Rumah Putih pada penghujung Minggu lalu (akhir Mei 2003) . Akhbar tersebut menambah bahawa serangan akan dilancarkan melalui Iraq sebagai tunjang, dan dibantu oleh markaz2 di Adzerbaijan dan Gorgia dari wilayah Soviet Union yang lalu.
Juga ditambah , Ketua Azerbaijan (Haidir �Illif ) telah berstuju dgn pentadbiran Amerika utk membenarkannya menurunkan tentera di al-Qoqaziah dan rencan persediaan menghadapi Tehran. ( 7 Jun 2003)
2) Tehran menegaskan kelmarin bahawa ia telah menolak dari menandatangni perjanjian Protokol Tambhan untuk Perjanjian Menghadkan Sebaran Senjata Kimia, yang mana perjanjian tersebeut akan mengizinkan aktiviti penyiasatan terhadap seluruh kegiatan Kimia Iran.
Berkata Bush � Kami bimbang dgn perkembangan program kimia Iran dan menyeru negara ini untuk memathui kewajibannya yang terhad di dalam Perjanjian Menghadkan Penyebaran Senjata Kimia (8 Jun 2003)
Iraq
1) Perisik Pengkhianat
Berkata sumber dari Iraq di Baghdad bahawa sekitar 3000 rakyat Iraq telah dilatih di salah satu markaz tentera Amerika di Eropah untuk menjalanakn operasi risikan dan mendapatkan maklumat di Iraq. Anatar tuagasan mereka adalah :
1. Mengumpulkan maklumat berkenaan Hizb al-Ba�th dan kepimpinannya.
2. Menyerapkan diri ke dalam saf kumpulan penentang Amerika di Iraq
Lebih menyedihkan , gaji2 mereka dibayar melalui wang negara Iraq walaupun tugas mereka sebagai pegawai kententeraan Amerika.
2) Tentera Amerika Ingin Serbu Masjid Iraq
Tentera Amerika sedang cuba untuk memasuki masjid2 Iraq kerana menganggap ianya tempat membela dan melahirkan para Istishadi serta menjadi tempat menyusun strategi pejuang-pejuang menentang Amerika.
Menurut Pakar Rujuk Agama di Iraq As-Syeikh Abd Karim , tentera amerika telah meminta melalui wakil2 parti2 politik utk memberi persetujuan bagi mereka melaksankan pemeriksaan ke atas seluruh masjid dan pusat-pusat Islam di Iraq.
Berkata seorang aktivis parti Islam Iraq yang diketuai oleh As-Syeikh Muhsin Abd Hamid, satu bentuk ketetapan telah dibuat utk tujuan tersbut iaitu : 1) Mestilah tentera yg ingin membuat pemeriksaan itu berpakaian biasa tanpa senjata ketika memasuki masjid 2) Mestilah polis Iraq mengiringi askar amerika.
Berkata As-Syeikh Iyad Jamaluddin (ulama Najf al-asyraf) , sebenarnya tujuan Amerika dalam hal pemeriksaan masjid ini adalah utk mendapatkan maklumat terhadap peranan masjid serta para aktivis Islam yang dituduh sebagi nucleus gerkan penentangan terhdp Amerika.
2) Gerakan penjualan Dadah secara di Iraq
Penjualan dadah secara terbuka telah tiba ke Iraq di bawah redha tentera2 perampas Amerika, selepas ianya diharamkan dahulunya, yang mana peniaga yg didapati menjualnya akan dihukum mati. Selain itu, di pasar2 yang sama juga dijual senjata dan arak serta kereta-kereta curi, permainan judi.
3) Ratu Cantik Iraq
Ratu Cantik Perancis tahun 2003 , yang mewakili negaranya di Panama pd pertandingan Ratu Cantik , menyatakan minatnya untuk melawat Bandar Baghdad sejurus selepas tamatnya pertandingannya nanti , ia adalah kerana niatanya untuk mencadangkan agar diadakan pertandingan Ratu Cantik Iraq!! Berakata Emanol � Semua Wanita mempunyai haq dan kebebasan menayangkan dan menyertai pertandingan kecantikan�
Islam di Kanada
Perangkaan penduduk di Kanada mendapati Islam merupakan Agama yang paling cepat tersebar di Kanada, dimana peningkatan jumlah penganut Islam di Kanada sepanjnag 10 tahun yang lalu mencecah 579,000 orang iaitu 2 % dari keseluruhan penduduk Kanada , yang mana sebelum ini hanya 1 % shj.
Juga diberitahu bahawa Islam telah menjadi kumpulan minority agama yang teramai selain Kristian. Penduduk Islam teramai adalah di Cybec yang dianggap wilayah yng terbesar di KANADA dimana jumlah muslimin di sana seramai 108,000 org suatu ketika lalu telah meningkat kpd 141,000 orang pada penghujung kurun ke 20. sementara berkurang jumlah kumpulan minority agama lain selain Kristian seperti Yahudi berkurang 8 % kepada 90,000 orang shj, dan bertambah jga minority lain spt Buddha dan Hindu dan Sikh.
�Terrorism� di Saudi dan Afghan
Biro Antarabangsa Bagi Kebebasan Agama, iaitu di bawah pertubuhan Amerika telah membuat kenyataan tahunan tentang keadaan Agama2 di Dunia , menyatakan bahawa telah dikenalpasti �puak pelampau agama� di Saudi dan Afghanistan. Menurt akhbar ABC Sepanyol, mendakwa terdapat di Saudi keadaan yang memaksa penganut bukan Islam untuk melaksankan amalan Islam, juga mendakwa terdapat di Saudi usaha menanamkan qaidah Islam dan pemikirannya yang menyebakan kebencian dan ganas adakalanya.
Maghribi dan Masjid
Menurut sumber , Penguasa Bandar �Ad-Dar Al-Baidha� dgn kerjasama wakil Kementerian Waqaf dan Hal ehwal Islam telah menutp lebih 600 masjid. Berkata akhbar Rayah al-Qatariyah , kata masjid2 tersebut tidak mempunyai lessen yang diwajibkan melalui undang2 negra tahun 1984. Di samping itu juga kononnya ia sbg langkah menghapuskan gerakan pelampau agama , ia juga telah melancarkan gerakan penangkapan beberpa muslimin dan salah seorg mereka pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan.
Islam di Amerika
Akhbar New York Times menyebut , lebih 13,000 umat Islam dan Arab yang tinggal di Amerika telah dianggap sebagai pendatang tanpa izin , lalu diancam utk dihalau.
Kaitan Judi dan Pertandingan Semasa Jenis Perniagaan, Sukan dll
Organization of the Islamic Conference , Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 � 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan ( qarar nombor 127 (14/1) : bahawa semua permainan dan pertandingan yang HADIAHNYA diambil dari hsail kumpulan wang dari peserta. Hukumnya adalah HARAM HADIAH TERSEBUT. Kerana ia mengandungi unsur Judi.
Hadiah yg dibenarkan dalam Islam adalah :-
1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yg tidak memasuki pertandingan. Manakala wang peserta hanyalah utk kegunaan pentadbiran pertandingan.
2. Hadiah diambil daripada separuh wang perserta ..manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.
Sidang Majlis Ulama Sedunia juga menetapkan bahawa dalam pertandingan promosi perniagaan, antaranya :-
1. Jenis Kad yang menawarkan keismtewaan diskaun harga di tempat2 dan perkhidmatan tertentu. Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.
2. Jenis Kad yg diberi percuma oleh syarikat utk tujuan promosi barangan mereka tanpa dikenakan bayaran lalu Hadiah disediakn . Ia adalah HARUS.
3. Pemberian mata apabila menggunakan sesuatu perkhidamatan spt Kapal Terbang dll , lalu di beri mata tertentu dan mata ini kiranya terkumpul dalam jumlah tertentu, melayakkan individu tersebut mendapat hadiah tertentu. Ia adalah HARUS .
4. Membayar harga telefon yang tinggi(lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan melalui kaedah telefon adalah HARAM DAN JUDI
Syarat Umum Pertandingan yg dibenarkan syarak:
1) pertandingan tanpa hadiah adalah dibenarkan dalam perkara2 yg tidak terdapat nas syarak mengharamkannya dgn terang.
2) Pertandingan dengan hadiah adalah Harus jika memenuhi syarat berikut :
a- wajiblah mempunyai matlamat, tujuan serta cara pelaksanaan dan skopnya tidak berlanggar dgn syarak
b- Hadiah mestilah tidak datang dari sumber yuran seluruh perserta.
c- Mestilah tidak membawa kepada melakukan perkara haram dan meninggalkan wajib.
Sekian,
Irbid , Jordan
12 Jun 2003
Sumber : Qarar Majma� Fiqh Sedunia dan, Akhbar As-Sabil, Jordan
Can't remember an address in your address book? Enter the first few letters and Address AutoComplete will automatically finish it. Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
