Saturday, May 21 @ 12:34:34 MYT
Oleh Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH, 21 Mei (Hrkh) - Kegagalan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Baitulmaqdis adalah jawapan kepada pegangan lunak beliau terhadap Israel selama ini, kata pemangku Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mohd Baki Othman.
Menurutnya, semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah membenarkan pasukan kriket negara itu bertanding di sini serta pernah juga membenarkan kanak-kanak Yahudi melawat Malaysia kononnya untuk menunjukkan keharmonian kaum di negara ini.
Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Razak kononnya menganggap Israel angkuh kerana tidak membenarkan bekas 'bos'nya melawat Baitulmaqdis.
Perlu diingat, Najib adalah anggota kabinet Tun Mahathir yang membenarkan pasukan kriket Israel memasuki Malaysia dahulu.
Menurut Ustaz Baki, memang sudah diketahui sikap angkuh Yahudi itu, hanya pemimpin Umno seperti Mahathir dan Najib sahaja yang tidak mempercayainya dan kini selepas terkena �batang hidung sendiri� barulah mereka faham wal hal keangkuhan Yahudi ini telah diceritakan di dalam Al-Quran.
Beliau berkata, Yahudi apabila menguasai sesuatu kawasan mereka tidak akan memulangkannya dan ini terbukti apabila mereka menguasai sebahagian daripada Pelestin dan menubuhkan negara mereka di situ serta merampas kawasan sekitarnya.
"Di kawasan yang dirampas itu, kemudahan asasnya dimusnahkan, rumah-rumah penduduk dirobohkan, kemudian meninggalkannya setelah kemudahan asasnya musnah. Ini menyebabkan penduduk Palestin hidup melarat tanpa kemudahan asas.
"Malah kawasan yang musnah itu akan mengambil masa puluhan tahun untuk dibangunkan semula semua kemudahan asas yang dimusnahkan Yahudi itu.
�Kegagalan Mahathir memasuki Baitulmaqdis adalah balasan setimpal kepada beliau sendiri yang selama ini mempunyai pandangan positif kepada Israel,� ujarnya. - mks.
Yahoo! Messenger - want a free & easy way to contact your friends online?
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
