Wanita Barat mulai sedar kesempurnaan Islam
Thursday, May 19 @ 19:33:40 MYT


KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) � Wanita di Barat kini mulai sedar terhadap keharmonian dan kesempurnaan Islam bagi mengatur kehidupan manusia di dunia sekarang.

Ini dapat dibuktikan apabila The Times bertarikh 9 November 1993 melaporkan semakin ramai wanita di Britain memeluk Islam sejak 20 tahun lalu dan jumlah itu mengatasi pendatang asing berketurunan muslim.

Manakala akhbar Chronicle di San Francisco pada 20 Mei 2001 pula menyebut ramai wanita di Boston memeluk Islam dan mereka berasa tenang mengamalkan ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Patah Mahmood berkata, keadaan tersebut membuktikan Islam merupakan dasar dan sistem terbaik bagi mengatur kehidupan manusia.

�Wanita diiktiraf sebagai satu unsur terpenting dalam kehidupan sebagai generasi pertama yang membentuk generasi seterusnya. Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah adalah bergantung kepada didikan ibunya,� katanya pada Kursus Kecemerlangan Perkhidmatan Pengurusan Rumahtangga 2005 di Dewan Teratai di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato� Aiseri Alias, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato� Yusof Noh dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Aziz Yunus. Program julung diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan.

Dua diskusi diadakan sempena majlis tersebut iaitu Umi Kunci Kecemerlangan yang dikendalikan Prof Madya Dr Yaacob Yusoff dan Isteri Pengurus Rumahtangga: Cabaran dan Tips Keberkesanannya oleh Hajah Rohani Mohd Shahir.

Abdul Patah berkata, Islam mengangkat darjah wanita dan menjadikan setaraf dengan lelaki dari segi hak dan tanggungjawab.

Bagaimanapun katanya, Islam juga membezakan hak antara wanita dan lelaki berdasarkan kepada perbezaan fizikal dan peranan masing-masing. �Inilah yang perlu kita fahami terutama dalam situasi masyarakat yang semakin kompleks dan adanya gerakan, resolusi yang menuntut persamaan di antara wanita dan lelaki.

�Secara ikhlas beranikah kita mengakui bahawa tubuh dan emosi wanita sama seperti lelaki tanpa sebarang perbezaan. Saya yakin apabila struktur fizikal kita berbeza, sudah tentu peranan kita juga berbeza,� ujarnya.

Pada majlis tersebut juga Exco terbabit tidak lupa mengucap Selamat Hari Ibu kepada golongan muslimat dan kakitangan wanita kerajaan yang hadir. - mj


Yahoo! Messenger - want a free & easy way to contact your friends online?


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke